Thursday, October 15, 2009

Pusing-pusing Malaysia ~ Part 1

Last Friday we went to Kuantan for our cousin’s wedding. The wedding was held in Vistana and we put up a night there after the ceremony. We thought of having nasi kerabu the next day at a place seberang jambatan. IQ tried the nasi kerabu before and according to him it was excellent. The place is called Kedai Kopi Mie and Pak Loh Nasi Kerabu stall is adjacent to the shop. Nasib kami kurang baik kerana nasi kerabu sampai pukul 8.30 pagi dan kami terpaksa bertolak segera ke Tanah Merah. Sedih tak dapat merasa. So, kita orang cari kedai lain and along the way dekat Beserah, we stopped at one kedai makan for breakfast. Sedap jugak nasi dagang dia, panas sebab sentiasa dalam kukusan. Breakfast cost us RM16.

Memang kami sudah merancang untuk makan tengahari di Restoran Kuala Berang. Setiap kali kami melalui Terengganu, kami cuba melalui Kuala Berang untuk menikmati masak tempoyak ikan kelah. Cerita mengenai restoran ini ada dalam posting kami yang terdahulu. Alhamdulilah, ada rezeki kami untuk makan tengahari di sini walaupun ikan kelah yang ada agak kecil. Jadilah and we paid RM66 for the lunch. (1 kilo ikan kelah is RM80!). Kami sampai di Tanah Merah dan tiba di MTS lebih kurang pukul 2.30 petang. Dini sememangnya menanti dengan sabar kehadiran kami. Biasalah budak yang duduk asrama, memang tak sabar nak keluar dari "penjara"!

Dalam perjalanan ke Kota Bharu, kami divert untuk ke Pengkalan Kubor, ke duty free zone. Waktu kami tiba, hujan turun dengan lebat. Tapi itu tidak menghalang kami bershopping di sana. Pengkalan Kubor terletak di sempadan Kelantan-Thailand (Ta' Bai di seberang sungai) dan tempat ni sememangnya popular dengan barang-barang keperluan dapur seperti corelle, pyrex, vision, corning ware dan seribu satu macam pinggan mangkuk, cutleries dan periuk-periuk memasak. Memang gila kalau datang sini. Barangan dari Thailand pun banyak. Kami sempat membeli baju bola siap dengan nombor pilihan dan nama masing-masing tertera di belakang jersey. Memang setiap kali kami ke sini, kami akan membeli jersey bola especially Liverpool and Man U(bukan ori lah!). Harganya memang berpatutan di bandingkan di KL. Di Pengkalan Kubor, satu nombor cuma RM2. Seperti biasa, barangan yang kami beli mencecah RM500 dan kami hanya dikenakan cukai sebanyak RM30 sahaja. Bayangkan satu pinggan corelle yang dijual di Pengkalan Kubor berharga RM27 dan di Parkson, Kota Bahru harga pinggan yang sama RM47! Preassure cooker imported from Germany pun tak sampai RM200 kalau dibandingkan di KL yang mencecah RM500!

Setelah penat membeli belah di Pengkalan Kubor, kami terus check-in di Grand Riverview Hotel, Kota Bahru untuk bermalam di sana. Inilah kali pertama kami bermalam di KB. Memang pengalaman yang baru menjadi pelancung di tempat sendiri. Pada malamnya, kami makan di Medan Selera berdekatan Masjid Muhammadi. Memang tempat ni masyhur kerana banyak pilihan makanan dari negeri Kelantan. Ada bermacam-macam kueh, daging bakar, pilihan nasi - kerabu, dagang, berlauk, ayam, lemak. Ayam Percik Yati pun ada bukak branch di sini. Thaqif makan sehingga menjilat jari!!!Terlalu banyak pilihan sampai tak tau nak makan apa. Dinner kami memang memuaskan dan tak sampai pun RM50.

Lepas dinner, kami ronda-ronda bandar KB dan singgah di Gedung Parkson yang baru dibuka. Memang hebat bandar KB sekarang. Dah ada Tesco, Giant, Parkson, Mydin dan banyak lain pusat membeli-belah yang lain. IQ pulak sebok cari ubat di farmasi...driver selsema, kesian. Dah puas ronda, kami yang keletihan balik ke hotel tidur. Bilik yang kami duduk amat selesa dengan pemandangan sungai Kelantan. Memang besar dan warnanya tak ubah macam sungai teh tarik!!
Tidur pada malam itu sungguh nyenyak....mungkin penat tapi selesa. Maaf tak ada gambar-gambar menarik sebab camera tertinggal di rumah...

Bersambung.........

2 comments:

Uncle said...

I've heard a lot about this hotel. Sayangnya tak bawak kamera kalau tak, boleh tumpang tengok!

DadaIQ said...

Uncle,
Hotel ni biasa ajer, cuma yang best sebab it is by th river. Memang gerun tengok sungai kelantan yang luas tu. I think it is among the good ones in KB.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5