Thursday, October 22, 2009

Laman Nurani...


Laman Nurani adalah nama yang kami berikan untuk taman kecil kami. Itu pun setelah lebih kurang 4 tahun kami mengusahakan taman ini. Oleh kerana komitmen kerja dan sebagainya, hal-hal penyelenggaraan taman ini bermusim-musim. Kadang2 ikut mood. Kalau rasa rajin, kita orang buat, pagi2 dah ke Sungai Buloh mencari pokok2 baru. Kalau datang rasa malas tu...kenalah ditangguhkan dulu.

Hari Ahad lepas, kami anak beranak bertungkus-lumus menyelenggara taman kecil kami. Kami bergotong royong membersihkan rumput2 dan lalang2 yang tumbuh segar di laman di luar kawasan rumah kami disebabkan hujan yang turun setiap hari kebelakangan ini. Memang mencabar tugas kami sekali ini kerana sudah 2 bulan kami tidak berkesempatan membersihkan laman kami disebabkan bulan ramadhan dan raya. Ditambah pula dengan ketiadaan pembantu rumah yang selalunya membantu kami membuat maintanence.

Antara pokok2 yang mendiami Laman Nurani termasuklah dari spesis bunga2 wangi seperti gardenia kuning dan putih, kenanga, melor, cempaka, jasmine, honey suckle, kemboja, melati, kerak nasi, rangoon creepers dan beberapa spesis lain yang tidak diketahui nama mereka. Kami juga banyak menanam spesis keladi, paku, palm dan pokok2 berdaun hijau. Antara pokok yang menjadi pilihan hati kami adalah sejenis pokok berbentuk pedang, yang tidak diketahui namanya. Ada orang panggil pokok tanduk kerana bentuknya yang panjang dan hujungnya yang tajam. Ada satu lagi pokok yang kami minati dari jenis menjalar. Namanya juga tidak diketahui tetapi kami hanya menggelar pokok "janggut" di sebabkan akar yang tumbuh dari dahan2nya yang berwarna merah jambu. Pokok ini sememangnya unik dan menarik kerana merambu2. Pokok ini adalah pemberian dari Abah yang bersusah payah mendapatkan anak pokok tersebut dari sebuah rumah di kampung.

Hampir setiap hari, tidak kira siang atau pun malam kami akan melepak di anjung rumah kami sambil menikmati kehijauan, bau wangian dan desiran air dari Laman Nurani. Sememangnya inilah tempat istirehat kami, ala-ala duduk di kampung sambil minum kopi O. Di sini juga lah tempat kami melayan tetamu kerana mereka lebih suka berbual di sini. Ada kala, bila dah keletihan, pangkin di anjung ni jadi sasaran. Dah lama kami berhajat nak buat sebuah kolam ikan beserta air terjun, tapi sehingga kini impian kami masih belum dapat direalisasikan.

Berbalik pada cerita hari Ahad lepas, setelah penat membanting tulang dan matahari pun dah tegak di atas kepala, kami pun berhenti sambil menikmati kerang rebus dan colek mangga.



7 comments:

Uncle said...

Dear DadaIQ.
Memang menyegarkan duduk kat situ. Teringin jugak nak buat tapi compound public punya. Heh3...

DadaIQ said...

Hi Uncle,
Rumah Uncle lagi besar compund dia, macam2 boleh buat. Kalau dah cantik, mesti orang lain pun tumpang suka.

MrsNordin said...

Kerang rebus and colek mangga? Best nyaa!!

MrsNordin said...

Anyway, Dada, your garden is really nice. You're supposed to do up mine, right? Sampai laaa ni plan tu never materialise!

DadaIQ said...

BJ
Memang sedap makan colek lepas gardening!!! Trylah sekali.

I thot I'm suppose to be the consultant, hehehe. Jom lah pi Sg Buloh beli pokok. Tapi kena siapkan bajet lah.

Thanks fo the compliment.

Madam Tai Tai Again said...

Dada,

I'm offering my garden kecik for you to mencantikkan also, if you are interested! ;-)

Memang your laman nurani tu cantik. You guys ada green fingers lah.

DadaIQ said...

Hi Gina
You are back! Hope you had a good break.

Sejak bila pulak I tukar profession to Landscape designer nih? Hehehe. To be honest, buat garden sendiri pandailah. Buat orang punya tak tau lah jadi macamana. Thanks for the compliments, anyway.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5