Tuesday, October 27, 2009

Profesional huffaz mulai muncul di Kelantan - Harakah isu 26-29 Okt 2009

Pernahkah kita menjadi makmum di belakang imam yang juga seorang doktor pakar, jurutera atau ahli sains? Mungkin ini jarang berlaku. Lebih2 lagi profesional itu seorang hafiz yang mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran. Buat masa ini tentunya sukar untuk ditemui kes seumpama itu. Namun beberapa tahun lagi akan lahir doktor perubatan yang juga seorang hafiz. Inilah yang sedang dilakukan di Kelantan dan usaha ke arah itu akan menjadi kenyataan setelah MTS berjaya dijelmakan pada Februari 2004.

Mesyuarat Lembaga YIK pada 5 November 2003 telah bersetuju meluluskan kewujudan MTS. Ekoran itu pada 4 Febuari 2004, pelajar sulung MTS seramai 120 orang iaitu 60 lelaki dan 60 perempuan memulakan pengajian. Pada peringkat awal, mereka menumpang belajar di Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan di Kota Bahru. Perasmian MTS disempurnakan oleh Tok Guru Nik Aziz pada 25 Januari 2004 bertempat di Dewan Teratai, Kota Darul Naim.

Selepas 2 tahun menumpang di Maahad Muhammadi, MTS berpindah ke Berangan Tumpat dan pada 2 Januari berpindah ke kampus tetap di Kampung Bendang Baru, Bukit Panau, Tanah Merah. Mudir MTS, Haji Tarmizi Said berkata, MTS merupakan aliran tahfiz kedua selepas Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Pulai Chondong yang diwujudkan pada tahun 1992. Namun terdapat perbezaan di antara kedua-dua buah sekolah tersebut di mana MTS memberi penekanan kepada aliran pengajian sains di samping pembelajaran tahfiz Al-Quran.

Bersambung...

2 comments:

Uncle said...

Akan bertambahlah bijak pandai kita nanti....

DadaIQ said...

Salam Uncle
InsyaAllah. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang menjadi pencentus dan pelopor pendidikan berintegrasikan Quran dan Sains. Sememangnya, kedua2 ilmu ini tidak dapat dipisahkan. Semoga generasi akan datang mendapat manfaat.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5