Friday, October 2, 2009

29 Ramadhan....Malam Raya



Hari ni, 29 Ramadhan 1430H, tengok anak bulan...by 8 pm we should know esok Raya atau tidak tapi the feeling was that ...esok Raya! True enough...esok memang Raya.

Walaupun gembira menyambut Aidil Fitri...sedih dan pilu melihat Ramadhan 1430H berlalu pergi... telah kami lalui malam 23 Ramadhan yg berbeza dari malam2 lain...insyaAllah.

Sebelum pengumuman penyimpan mohor besar Raja2, iftar 29 Ramadhan ini sungguh istimewa. Adik beradik sekeluarga berkumpul untuk berbuka puasa bersama...seronok dan dapur pun dah tak muat, kena la hampar seperah di ruang tamu....lagi la seronok. Bermacam juadah yg ada... yg dimasak dan yg dibeli di bazaar Ramadhan. Faiz sampai sakit perut....pasal pandai sangat minum 1.5 bottles of carbonated drinks lepas berbuka....kena la pergi klinik ambik ubat. Klinik pun dah nak tutup, maklum lah malam raya...

Setelah berbuka and solat Maghrib...kesunyian kampung hilang dek letupan mercun...dam!dam!dum! kabooom!!... macam medan perang....ada mercun yg terbang, yg melompat, yg berpusing, yg dah masuk angin (stok lama)....dan ada yg bunyi macam kentut dan ada pula yg bergegar macam bom / pertunjukan bunga api (macam mercun KLCC). Nak main mercun biar berpada2 la...mesti ada adults supervision and ingat sampah kena buang dalam tong!!!

While budak2 (and some orang2 tua juga) seronok main mercun...ramai juga yg menapak ke masjid bagi solat Isya', solat sunat Tasbih dan bertakbir.....Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Lai-ila-hailallah, huallah..huakbar, Allahuakbar wallillahilhamd.... ucapan dan bunyian yang syahdu menggetar jiwa....Selesai solat, bapak2 sebuk membakar satay. Dah jadi satu kebiasaan, Tok Abah menjamu satay tiap-tiap malam raya sambut anak cucu dan jiran yang balik beraya di kampung. Ibu2 pulak, seperti biasa sebok di dapur. Menu pagi raya selain rendang, kuah kacang, lemang dan nasi impit ada soto resipi Pasir Mas.

Esok raya.....bersambung

2 comments:

Azhanie said...

Baru bawa balik CPU hang, up gred sikit. Nak beli RAM 1G baru laju sikit. Cantik family foto tu ...

DadaIQ said...

Tulah...patutlah lama membisu. Ingat bz lagi. Jumaat ni kami ke Kuantan, esoknyer ke Tanah Merah tengok Dini. Good Luck to Icha. Semoga dia orang berjaya dengan cemerlang.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5