Sunday, December 30, 2012

Pencarian Belum Berakhir....Sekolah Bina Insan

Sambil berdebar menunggu keputusan dari Peringat dan IQKL, kami dikejutkan dengan panggilan dari IQKL meminta Thaqif hadir untuk temuduga kali kedua. Kami dimaklumkan ada beberapa pelajar yang dipanggil untuk melalui ujian hafazan sekali lagi kerana ujian kali pertama mungkin kurang memuaskan. Pada 7 Disember 2012, kami sekali lagi ke IQKL. Thaqif diminta mengulang ujian hafazan dengan Ustaz Haron. Faiz ada memberitahu kami Ustaz Haron sangat strict dalam hafazan dan kami sudah mengagak laluan Thaqif ke IQKL mungkin agak sukar.

Pada 13 Disember 2012, Ibu menerima watsapp dari Abah yang sudah ke ofis awal. Abah menyuruh Ibu mencari maklumat lanjut mengenai Sekolah Bina Insan yang terletak di Bukit Putra, Kajang. Abah jarang2 sekali membeli akhbar Sinar tetapi pagi tu hatinya tergerak untuk membeli senaskah Sinar dan terbaca iklan mengenai pengambilan pelajar tingkatan 1 dan temuduga diadakan pada 13 dan 14 Disember 2012. Sebelum Ibu membuat panggilan ke SBI, Ibu terlebih dahulu menelefon IQKL untuk megetahui keputusan temuduga kedua Thaqif. Sememangnya takdir telah menentukan Thaqif tidak dapat belajar dengan Faiz di IQKL. Walaupun sangat kecewa dan sedih, kami redha dengan keputusan yang dibuat oleh IQKL. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Setelah mendapat tahu keputusan IQKL, Ibu, Abang dan Adik terus bersiap untuk ke SBI. SBI meletakkan syarat 3A2B/Jayyid dan Thaqif sememangnya layak untuk memohon. Kami tidak pernah sampai ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Jaraknya lebih kurang 60km dari Gombak melalui MRR2 dan perjalanan kami mengambil masa 50 minit. Apabila kami tiba di pintu masuk KUIS, Ibu teruja melihat persekitarannya yang cantik dengan adanya tasik dan wakaf2. Apabila kami masuk untuk ke SBI, kami melihat masjid yang tersergam indah di tengah2 kampus.

SBI terletak di bahagian belakang KUIS yang terdiri daripada tiga buah blok. Ketika kami tiba di SBI, sudah ramai ibubapa yang sudah mendaftar anak mereka dan sesi temuduga sebelah pagi sudah ditutup. Jadi kami terus mendaftar untuk ditemuduga pada sebelah petang. Kali ini, bukan sahaja pelajar yang akan ditemuduga tetapi kedua2 ibubapa juga akan ditemuduga. Pelajar juga perlu menjalani ujian bertulis dan hafazan sama seperti mana2 sekolah tahfiz yang lain.

Oleh kerana masih awal, kami berehat di rumah Pak Ngah di Bangi untuk makan tengahari sementara menunggu Abah tiba kerana dia perlu hadir untuk sesi temuduga ibubapa. Tepat jam 2pm, Thaqif terus dipanggil untuk ujian bertulis dan kami pula diarah menunggu di salah sebuah bilik yang disediakan. Kami tertanya juga apakah soalan yang akan diajukan kepada kami sebagai ibubapa. Sesi kami berjalan lancar dan dikendalikan oleh seorang kakitangan KUIS dan seorang guru SBI. Kami ditanya mengenai Thaqif, sifat kepimpinan, akhlak dan minat terhadap hafazan Al Quran. Kami juga diberitahu akan jadual yang ketat dimana pelajar perlu bangun seawal 4.30am bagi memulakan rutin harian. Kami kira ia sesuatu yang normal sekiranya kita tinggal di asrama.

Kami dimaklumkan SBI ingin mengambil seramai 550 orang pelajar tingkatan satu dan 2013 adalah tahun pertama pengambilan tingkatan satu. SBI sudah pun beroperasi bermula 2012 dengan pengambilan pelajar tingkatan 4 dan 5 seramai lebih kurang 80 orang. SBI adalah komponen utama Pelan Induk Pendidikan Islam Negeri Selangor yang diamanahkan kepada KUIS. Adalah menjadi harapan kami agar Thaqif menjadi sebahagian daripada SBI yang menjadi perintis kepada pembentukan pendidikan islam berteraskan Al Quran dan Sunnah, in sha Allah.


Dewan Konvensyen
Bangunan Sekolah 
Bilik Asrama
Masjid Al-Azhar, KUIS
Tasik KUIS
Bangunan Asrama
Sambil menunggu Thaqif selesai menjalani ujian, ibu seperti biasa berkenalan dan berbual dengan ibu-ibu yang juga menunggu anak masing-masing. Sekolah Tahfiz Integrasi ini seperti suatu fenomena, semakin ramai ibubapa yang mulai sedar dan ingin menghantar anak2 mereka belajar di sekolah sebegini. Ramai ibu yang ditemui baru pertama kali ingin menghantar anak mereka ke sekolah sebegini walaupun abang dan kakak bersekolah di SMK atau SBP. Alhamdulillah, kerana  mereka masih berpeluang menghantar anak2 lain ke sekolah sebegini. In sha Allah, sekurang2nya ada seorang anak yang belajar di sekolah agama yang boleh menjadi pakar rujuk adik beradik yang lain sekiranya ada masalah berkaitan fardu ain dan fardu kifayah. Seperti kami yang kurang ilmu agama kerana belajar di SBP, anak2 lah yang menjadi rujukan dan ustazah/ustaz untuk kami bertanya sesuatu. Walaupun ilmu mereka masih belum mendalam, sekurang2nya mereka mempunyai asas yang kukuh. Paling tidak pun, mereka tidak kekok membaca doa dan menjadi imam di majlis perhimpunan keluarga.


20 comments:

Anonymous said...

Good to read this. Kami sekeluarga juga dipanggil temuduga and my daughter telah diterima masuk, InsyaAllah will b there on 29/1

DadaIQ said...

Salaam
Thanks for dropping by and alhamdulillah you find this posting useful. We are just sharing our experience since not much info can be found on SBI in the internet. We sincerely hope that it could be a useful guide for parents who are looking for alternative education for their children.

Congratulation to you and your daughter.

Anonymous said...

This school is a good option for my daughter who'll be sitting for UPSR and PSRA this year. In Sha Allah, if she has no chance to go to Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi at Jugra, Banting, SBI will be our second option.

DadaIQ said...

Salaam
So far we have no regrets sending our son to SBI despite challenges the first two weeks. SBI is definitely a good choice for those who could not attain 5A and Mumtaz.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

ade ke 2nd intake utk ke sbi..anak dpt 4a 1b & mumtaz..agak terlambat utk mengetahui sbb website sbi x bole di buka..bole share kontek no x..tq

DadaIQ said...

Waalaikumsalam,
Pelajar second intake baru mendaftar di SBI semalam dan temuduga diadakan pada 13 Jan 2012. Cuba telefon 03-89117279.

ummu ain said...

Berapa jumlah pelajar utk intake 2013 ye?klu 1st & 2nd intake dh brp org?Lagi satu brp jumlah mata pelajaran,adakah utk tempoh 5 tahun itu dh khatam 30 juzuk..sbb x dpt buka website SBI utk chk kurikulum..adakah sama mcm mrsm ulul albab atau sama mts di kelantan.? tq

DadaIQ said...

Salaam Ummu Ain
Masa 1st intake ada lebih kurang 260 pelajar, kalau tak silap dan 2nd intake lebih kurang 200 lebih sebab SBI target untuk dapatkan seramai 550 pelajat Tingkatan 1, 100 daripadanya asnaf.

Kurikulum lebih kurang MTS sebab anak dah dapat buku Al Azhar dalam bahasa Arab untuk subjek Tafsir, Hadith, Nahu, Sorof, Tarikh Islami, Feqah, Tauhid etc.Buku2 untuk subjek KBSM belum dapat lagi.

Untuk sukatan Al-Quran juga tak pasti kerana pelajar belum betul2 memulakan sesi persekolahan kerana 2nd intake masih dalam minggu ta'aruf.

ummu ain said...

Alhamdulillah ramainya :)

Daripada info,ini mmg intake teramai yg sy tahu drp lain2 tempat sprt mrsm ulul albab,mits,mitib,kittis..

kurikulum pulak rasanya sprt yik ye? di samping kbsm + jais kn?

sebab subjek Tafsir, Hadith, Nahu, Sorof, Tarikh Islami, Feqah, Tauhid etc tu mmg sama mcm kittis (kolej integrasi tahfiz tunas ilmuan selangor),mereka juga mengguna pakai silibus yik.Bole x akak DadalQ share brp jumlah subjek semuanya..kalau kittis 17 subjek.TQ

DadaIQ said...

Ummu Ain
Kurang pasti berapa subjek yang diajar, rasanya lebih kurang 20 kerana subjek KBSM dah 9 dan subjek Al Azhar 10. Cuba call SBI kalau perlukan kepastian.

ummu ain said...

Kak DadalQ,

ada tak akk bertanya mengenai target utk hafaz quran brp thn? biasa klu mcm mrsm tu 7 juzuk setahun kn?sy aritu masa temuduga lupa nk bertanya..syukran

DadaIQ said...

Ummu Ain,
Dalam blog SBI www.Sbi2013.blogspot ada kurikulum hafazan. Tingkatan 1, 2 juz 29 dan 30. Tingkatan 2 dan seterusnya dlm 7-8 juz setahun.

Anonymous said...

Saya baru tau tntg sekolah ni. Boleh saya tanya, sekolah ni terima ke pelajar ting 4?

DadaIQ said...

Assalamualaikum,
Terimakasih kerana sudi singgah.

SBI ada menawarkan pelajar ke tingkatan 4 tertakluk kepada syarat di dalam blog SBI. www.SBI2013.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum... nak tanya pendapat puan. Difahamkan anak puan belajar di IQKL. Apa pendapat puan dgn sekolah tersebut dan mcmana pencapaian ank puan both akafemik dan hafazan. Syukran

Pertanyaan: 0193924102 (Rogayah) said...

Askmwbr.

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan maklumat. Anak saya UPSR tahun ini dan pencarian saya untuk sekolah tahfiz integrasi akan bermula. Anak saya sekarang di Khalifah Model School. Bagaimana tenaga pengajar di sini pengalaman dan terlatih ke? Adakah KUIS terlibat dlm pengendalian pengajaran di sekolah ini?
Semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik puan berkongsi pengalaman.-Rogayah Razak

Anonymous said...

Salam..baru terjumpa page ni. Adakah sbi terima kemasukan ke ting 2 sesi 2014

Unknown said...

Assalamu'alaikum wbt. Alhamdulillah saya bersyukur 'dipertemukan' dgn insan spt Puan yg mempunyai beberapa persamaan dgn saya dlm mencari bbrp institusi pendidikan buat anak-anak.

In sya Allah lusa..Isnin ni..20 Safar 1435 (23 Dis 2013) puteri sulung saya akan menghadiri temuduga di SBI.

Maaf, kalau boleh Puan kongsikan bbrp tips dan panduan..apakah bentuk soalan yg bakal dikemukakan kpd para pelajar sewaktu Thaqif ditemuduga sebelum diterima masuk ke SBI? Berapa lamakah jangka masa temuduga dsb.?

Segala perkongsian Puan, saya dahului dgn ucapan jutaan terima kasih yg tidak terhingga..hanya Allah yg mampu memberikan ganjarannya. Semoga Puan sekeluarga sentiasa dilimpahkan rahmat-Nya dunia dan akhirat, in sya Allah.

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalam..anak saya telah temuduga pada 16/12/2013 & tidak berjaya.Saya sgt2 ingin hantar anak saya ke SBI.Yg berjaya cuma 93 org.Adakah 2nd intake.Bolehkah buat rayuan.Harap ada hamba Allah yg sudi memberi maklumat & membantu

Anonymous said...

Assalamualaikum. . Alhamdulillah. .ank saya berjaya. .saya ada mendapat maklumat bahawa sbi ada lg membuat panggilan temuduga pada hari sblm pihak sekolah membuat panggilan telefon kpd calon yg berjaya..
pihak tuan mungkin blh membuat panggilan telefon utk bertanyakan ttg 2nd intake


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5