Minggu
berikut kami meneruskan pencarian kami. Pada 1 Disember 2012, Thaqif menghadiri
temuduga di IQKL. Ini adalah temuduga pertama yang dilaluinya. Temuduga kali
ini berbeza dari yang dilalui Faiz tiga tahun lalu. Kali ini semua pelajar diwajibkan
menjalani ujian bertulis, tilawah dan hafazan serta temuduga yang dibuat dalam
Bahasa Inggeris. Kawan Ibu juga hadir bersama anaknya Umar untuk sesi temuduga
di IQKL. Setelah selesai, Thaqif ada memberitahu kami akan kesuntukan masa
untuk menghafal satu mukasurat Al Quran dalam masa 30 minit. Dia cuma sempat
menghafaz 4 ayat kira-kira setengah mukasurat dan ayat keempat kurang lancar.
Mungkin Thaqif agak gementar kerana tidak pernah melalui situasi sedemikian.
Setelah
selesai urusan kami di IQKL kami bergegas balik untuk memulakan perjalanan kami
ke Kelantan untuk temuduga kedua Thaqif di SMU(A) Al Kauthar, Peringat Kelantan
pada 3 Disember 2012. Kali ini kami tidak terus balik ke Kelantan tetapi ke
Bukit Fraser untuk merancang percutian keluarga pada akhir Disember. Kami
bermalam di sana dan meneruskan perjalanan keesokkan harinya.
Menunggu giliran ujian hafazan |
Ibubapa menunggu anak menghadapi ujian |
Ibu dan Ibu Umar |
Kami
meneruskan perjalan kami ke Kelantan melalui Lebuhraya Timur Barat dan akhirnya
tiba di Kuala Krai hampir tengah malam. Keesokkan harinya, kami bertolak awal ke
Peringat kerana singgah di Pasar Pagi Machang. Temuduga Thaqif dijadualkan pada
pukul 12 tengahari dan kami tiba jam 11 pagi. Temuduga berjalan lancar. Oleh
kerana permohonan yang melebihi 400, sesi temuduga diadakan selama 5 hari bermula
2 hingga 6 Disember 2012 dan keputusan hanya akan diumumkan pada 16 Disember
2012. Kali ini Thaqif agak yakin ketika menjalani temuduga. Amin, yang tinggal
berjiran dengan Tok Abah juga hadir untuk mencuba nasib. Kami benar-benar berharap
agar Thaqif dan Amin mendapat belajar di sini. Sekurang2nya ada kawan dan
tidaklah perlu Tok Abah datang setiap minggu menjenguk Thaqif kerana Tok Abah sudah mempunyai tugas menjenguk Naif, anak Pak Ngah di MTS, Kok Lanas.
No comments:
Post a Comment