Hari Sabtu yang lepas, program kami dipenuhi dengan jemputan, tapi bukan ke raya open house tetapi ke kenduri doa selamat untuk bakal2 tetamu Allah swt yang akan menunaikan fardu haji ke Mekah pada tahun ini. Kenduri pertama yang kami hadiri adalah atas jemputan Cikgu Yazid, cikgu kelas Dini dari kelas 4 Geliga hingga ke 6 Geliga di SKTS. Cikgu Yazid juga adalah guru tuition Faiz untuk UPSR tahun ini. Terimakasih Cikgu Yazid atas segala usaha dan ilmu yang dicurahkan kepada anak2 kami. InsyaAllah, tahun hadapan Thaqif akan memulakan tuition dengan Cikgu Yazid. Cikgu Yazid dan isteri akan berlepas pada 20hb Oktober 2009.
Kunjungan kedua adalah ke Seksyen 7 Bangi memenuhi undangan Arif, kawan lama hubby di SKF Nilai. Arif dan isteri akan berlepas pada 21hb Oktober 2009. Walaupun hubby sudah hampir 4 tahun meninggalkan SKF, tetapi persahabatan yang terjalin semasa di Nilai masih berterusan dan makin erat. Kami sempat singgah beraya di rumah adik ipar di Bangi sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam.
Kunjungan yang terakhir adalah di Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam. Ini lah kali pertama kami sampai di kawasan perumahan baru yang serba indah. Sekali ni memenuhi undangan dari Kak Leiza dan suami yang akan berlepas pada 24hb Oktober 2009 jam 1.30 pagi dengan KT15. K. Leiza adalah teman seperjuangan di Huddersfield, UK. Kami sama2 belajar di sana dan sehingga kini silaturrahim kami masih kukuh walaupun kami jarang berjumpa.
Kepada Cikgu Yazid dan isteri, Arif dan isteri serta Kak Leiza dan suami, selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah. Tak lupa kepada sepupu kami yang tersayang Kak Ani dan Abang Man yang juga mendapat jemputan menjadi tetamu Allah swt pada kali ini, kami doakan agar semuanya selamat sampai, dipermudahkan menjalani ibadah haji dan umrah serta mendapat haji yang mabrur, insyaAllah.Doakan semoga kami juga diberi peluang menerima undangan menjadi tetamu Allah swt.
2 comments:
Dear DadaIQ.
Tak semua orang bernasib baik dan dapat menunaikan haji....semoga mereka mendapat haji mabruk..
Salam Uncle,
You are among the chosen one, dapat peluang bekerja dan beribadah di sana. Syukur atas nikmat yang diberi.
Post a Comment