Friday, October 16, 2009

Pusing-pusing Malaysia ~ Part 2

Esok pagi setelah check-out dari hotel, kami ke Kedai Kopi White House di bandar Kota Bahru untuk minum pagi. Walaupun sudah bersarapan di hotel, kami masih teruja untuk ke White House yang sememangnya popular dengan kopi, roti bakar dan telur separuh masak. Memang best dan memang berpuas hati walaupun terpaksa menunggu lama untuk meja kosong. Our breakfast cost us RM24. Kalau ke KB, pastikan mencuba roti bakar White House. Ia terletak bersebelahan Muzium Lama dan Masjid Muhammadi. Dibuka 4 jam sebelah pagi dan 4 jam di sebelah malam. Sempat budak2 tu merayau-rayau sekitar Muzium Lama.

Seterusnya kami ke Nordin Batik dan Razali Batik yang terletak di Jalan Pintu Geng. Kalau kami ke KB, ini antara tempat-tempat yang selalu dilawati. Faiz kata “Kalau Aunty BJ datang sini mesti dia beli semua batik kat sini!". "Kenapa pulak?" "Ni kan kedai Mr Nordin” Kah, Kah, Kah!!!….Banyak lagi tempat-tempat yang kami tak sempat kunjungi kali ini sebab berkejar nak hantar Dini balik ke MTS. Biasanya kami akan ke Pasar Buluh Kubu, Pasar Siti Khadijah dan Pasar Lama MPKB (tudung2 memang murah). Kami juga singgah di Langgar untuk membeli serunding dan Jalan Telipot untuk membeli Murtabak frozen (memang sedap!)

Dengan berat hati, kami terpaksa menghantar Dini balik ke MTS untuk dia meneruskan perjuangan menghadapi PMR yang tinggal lagi 2 hari. Kami bertolak dari Tanah Merah lebih kurang pukul 1 tengahari dan sempat singgah di Kuala Krai untuk makan tengahari di Restoran Tanjong. Restoran Tanjong memang popular dan menghidangkan lauk daging masak hitam berempah dan ayam kampong goreng. Dihidang panas2 berulamkan timun dan sambal belacan. Memang mengancam! Ada jugak lauk2 lain yang dijual tapi combination ini yang paling laris. Makan tengahari kami dengan teh O ais cuma RM14.50. Macam tak percaya!!!! Sempat jugak singgah di Econjaya (our favourite supermarket kalau balik kampung!).

Kami meneruskan perjalanan balik ke KL tetapi kali ini kami tidak menggunakan jalan biasa melalui Kuala Lipis tetapi melalui Cameron Highlands. Perjalanan dari Gua Musang ke Lojing memang mengerikan kerana hujan turun dengan lebat. Tidak banyak kereta yang melalui jalan ini dan keadaan kawasan cerun dan pergunungan dengan banyak kerja-kerja membaik pulih tanah runtuh yang sedang berjalan memang menakutkan. Kami sempat berhenti di kawasan lapang sebelum meneruskan perjalanan bila hujan sudah mulai reda. Kami tiba di Cameron Highlands pukul 6 petang dan waktu ni memang kebanyakkan kedai sudah pun tutup. Kami sempat singgah di salah sebuah kedai untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan sambil menikmati jagung kukus panas.

Setelah berehat sebentar sambil menghilangkan lenguh2, kami meneruskan perjalanan ke Simpang Pulai dan sebelum memasuki lebuhraya Utara-Selatan, kami sempat singgah di Restoran Z-Karnain Tomyam untuk dinner lebih kurang pukul 7 malam. Memang kami mencari masakan panas setelah berhempas pulas mengharungi hujan lebat dan setelah lebih 8 jam berada di dalam kereta. Masakannya boleh tahan jugak dan kami membelanjakan lebih kurang RM33. Kami meneruskan perjalanan ke KL dan pada masa ini, yang masih berjaga cuma the driver. Yang lain dah dibuai mimpi sehingga kami dikejutkan di R&R Ulu Bernam untuk solat jamak ta'khir. Kami akhirnya tiba di rumah jam 11 malam setelah melalui perjalanan selama lebih kurang 12 jam.

Begitulah kisah perjalanan kami 3 dalam 1 (menghadiri kenduri kawin, menziarah Dini di MTS dan bercuti di KB) selama 3 hari 2 malam. Memang seronok berjalan mengelilingi 6 buah negeri (WP, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak) sepanjang lebih kurang 1,000km. Banyak tempat yang sempat kami kunjungi, banyak barang yang kami shopping dan bermacam jenis makanan yang kami nikmati. Semuanya best-best dengan harga yang amat berpatutan. Ini memang hobi kami, jauh perjalanan, luas pemandangan dan banyak pengalaman.

10 comments:

Azhanie said...

mana gambar nyer ...

Uncle said...

Pergh...ni Malaysian Tourism kena sponsor ni!

DadaIQ said...

Abg
Sorrylah sebab camera tertinggal kat umah. Memang frust sebab tak dapat ambik gambar. Ada ambik pakai handphone, nak ownload tak reti pulak!!!

DadaIQ said...

Hi Uncle,
Sponsorship memang dinantikan untuk over driving tour round Sabah next year. Nak join tak?

Uncle said...

Dear DadaIQ.
I was talking to Faisal today about you and your family members in Mekah. I guess it's quite an interesting story to tell.....what say you?

Bout the Sabah thing, that sounds interesting!

Madam Tai Tai Again said...

Dada, I haven't been to KB since 1991. I'm sure it has changed a lot. Sedapnya descriptions you on the food you have eaten. Rasa nak pergi aje tempat2 tu!

DadaIQ said...

Gina
Jomlah kita pergi ajak BJ sekali for a 3 days 2 nites break. boleh I bawak you all round2 KB and shopping2 sambil makan2. I'm bring my frens kat Stanchart ni 3 of them early December for the same thing.Pergi naik AirAsia or Fireflyz and balik naik tren (sebab takut overweight sebab terlebih shopping!)

DadaIQ said...

Hi Uncle
The story memang interesting. Infact, kenangan terindah yang tak dapat luput dari ingatan. Will get IQ to write soon...

Einaipohmali said...

Salam Dada, K'tan is definitely a 'must visit' place for us this coming hols but it wld be incomplete if we miss Pulau Melaka... so wld u be our "Tourist Guide" if u don't mind..he5x...and f.o.c. pls...

DadaIQ said...

Salam Eina
Sememangnya KB is a 'must visit' place. After all, dari Ipoh tu, cuma beberapa jam aje melalui Simpang Pulai dan Gua Musang. Kalau nak jumpa Tok Guru, boleh lah pergi dengar ceramah mingguan dekat Bangunan PAS every Friday morning. You will not miss sebab ramai orang yang hadir. We will be in Kelantan several times in November and December. Let me know when you are coming. Kalau tak, our frens Roza, Hasneeyah etc pun boleh guide you FOC of course.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5