Wednesday, October 28, 2009

MTS in Harakah - Part 2


Sejak berpindah ke kampus tetap di sini (Tanah Merah), permohonan pelajar baru memasuki MTS terlalu ramai melebihi 1,000 pada tahun 2007 sedangkan tempat yang disediakan cuma 300 sahaja ketika itu. Ini menyebabkan 700 lagi pelajar tidak berpeluang memasuki MTS.

Sebab itulah pemilihan pelajar dibuat dengan syarat mendapat 5A atau 4A dalam UPSR, kata Mudir ketika ditemui baru2 ini. Syarat lain yang perlu dipenuhi iaitu lulus ujian kemasukan tingkatan 1 dan lulus ujian saringan MTS. Katanya, akademik begitu penting bagi memastikan pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan baik, memandangkan cara pembelajaran berbeza dengan sekolah menengah biasa.

Oleh kerana peluang belajar di kampus induk terhad, YIK turut mewujudkan 2 lagi cawangan MTS di Berangan Tumpat dan Kok Lanas khas untuk pelajar lelaki. Setengah pelajar2 juga ditempatkan di Maahad Amir Indera dan Maahad Yaakubiah Nipah di Bachok serta Maahad Saniah di Pasir Puteh. Mulai tahun 2010, pelajar baru juga akan ditempatkan di Maahad Muhammadi Gua Musang.

Jumlah keseluruhan pelajar MTS yang menumpang di sekolah2 lain adalah seramai 1,262 orang dan jumlah pelajar lelaki seramai 664 orang. Bilangan pelajar di MTS induk di Tanah Merah sahaja adalah seramai 680 orang di mana 435 daripadanya perempuan. Pelajar lelaki hanya memasuki kampus tetap apabila belajar di tingkatan tiga.

Pelajar MTS di kampus induk ditempatkan di 18 kelas dengan jumlah kakitangan seramai 70 orang iaitu 19 guru akademik, 6 guru arab dan agama serta 42 guru Al-Quran. Kurikulum yang digunakan iaitu KBSM membabit 12 subjek dan kurikulum arab dan agama mengikut Maahad Bu’uth Al Azhar, Mesir dengan 16 subjek dan Sains Al-Quran. Selain itu, pelajar juga mengikuti Kurikulum Tahfiz YIK dan 1 subjek tajwid. Bagi hafazan, pelajar tingkatan 1 dimestikan menghafal 6 juzuk, tingkatan 2 (6 juzuk), tingkatan 3 (6 juzuk), tingkatan 4 (7 juzuk) dan tingkatan 5 (4 juzuk).

Satu lagi perbezaan di MTS iaitu pelajar hanya dibenarkan naik tingkatan apabila lulus peperiksaan akhir tahun dengan purata markah 40 peratus and tamat 75% sukatan Al-Quran tahunan. Pelajar lepasan PMR yang mahu ke tingkatan 4 syarat minima 6A dan memenuhi 75% sukatan Al-Quran semasa PMR.

Apa yang menarik pencapaian pelajar sulung dalam SPM tahun lepas iaitu 100% di mana 2 orang mendapat 11A, 10A (3 orang), 8A dan 9A (14 orang), 7A ke 4A (20 orang) dan kurang dari 3A (30 orang). Lebih membanggakan, 61 dari jumlah pelajar terbabit tamat menghafal 30 juzuk. Berdasarkan pencapaian tersebut, kini seramai 9 pelajar melanjutkan pengajian di bidang perubatan dengan 7 pelajar di Mesir dan Jordan dan Ireland masing2 seorang. Seramai 17 lagi pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, asasi sains, farmasi, undang2 dan TESL di universiti2 tempatan. Seramai 16 lagi pelajar mendapat tawaran di peringkat matrikulasi, Kolej (4), Darul Quran Jakim (11 orang) dan menduduli STAM (15).

Pada bulan Mac 2009, seramai lebih kurang 30 orang pelajar lelaki dari tingkatan 5 berjaya dalam "MISI KHATAM AL-QURAN DI PUNCAK KINABALU - menyusuri kembara sufi huffaz" di mana setiap seorang daripada mereka membaca 1 juzuk Al-Quran di atas puncak Gunung Kinabalu.

No comments:


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5