Tahun ini giliran kami beraya di K. Krai. Kami sememangnya teruja setiap kali beraya di kampung. Teruja untuk bersama-sama ribuan orang KL menyesakkan lebuhraya2 untuk balik beraya di kampung. Kami merancang untuk bertolak sebelum berbuka pada hari Jumaat 28 Ramadhan tetapi disebabkan terlampau banyak perkara yang perlu diselesaikan, kami terpaksa bertolak pada pukul 10 malam. Yelah, masa ni lah nak ambik kek yang di pesan, baju dari tukang jahit, mengemas pakaian, menguruskan hal2 rumah, berjumpa dengan orang tua di Ampang dan nenek di Gombak.
Kami sempat tapau "Burger King" untuk sahur takut-takut lewat tiba di destinasi dan kemungkinan kedai2 makan yang kehabisan makanan disebabkan kenderaan yang bertali arus. Trafik di Karak agak sesak di sekitar Bukit Tinggi dan Petronas. Kami bertuah kerana tidak terperangkap di jalan kerana melalui jalan altenatif. Setibanya di Bentong, kami telah melalui jalan Sertik/Mempaga dan terus keluar di Raub (bersebelahan SMS Raub). Jalan ini gelap dan melalui ladang sawit...ada satu je petrol station sepanjang jalan ini....tapi jalan yg perlu diketahui. Ramai kenalan dan saudara yang pulang pada hari tersebut terperangkap sehingga 10 ke 12 jam. Kami tiba di kampung pada jam 5 pagi, tepat waktu untuk bersahur. 7 jam perjalanan...agak normal.
Overall the weather and traffic were good. Sepanjang perjalanan, kami berhenti beberapa kali untuk mengisi minyak, berehat sambil menikmati burger. Bayangkan kalau anda terpaksa beratur di belakang 20 orang hanya untuk ke tandas di stesen Petronas Benta. Jadi, sekiranya anda balik melalui jalan ini, kami cadangkan supaya anda berhenti di R&R Benta untuk ke tandas dan bersolat. Kalau lapar, gerai D'Cili memang pilihan yang tepat untuk mengisi perut anda dengan masakan panas...provided kedai tu buka!
Lepas sahur kami solat subuh....then the driver pun pengsan sampai tengahari. The kids (yg tido all the way) started their fun early...the cousins were already there. Wifey (pun yg tido 3/4 way)... had the energy to help mom prepare rendang!
Bersambung......
2 comments:
Dear all.
Sambung jangan tak sambung...tak boleh tidur aku ni kalau cerita mati sekerat jalan! Eh ada jumpa senior kita yang nama BENTA tak?
Salam Uncle,
Mesti bersambung....please wait for IQ's reply.
Post a Comment