Wednesday, October 21, 2009

MTS ~ Projek Bas Sekolah

Bagi mengumpul dana untuk membeli dua buah bas sekolah untuk para pelajar MTS, Ahli Jawatankuasa Projek PIBG telah melancarkan Masjid Makan Malam pada 22 Mei 2009 bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa. Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan kesanggupan beliau untuk menghadiri majlis tersebut dan melancarkan tabung bagi mengutip dana bas sekolah. Walaubagaimanapun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Tok Guru tidak dapat hadir atas masalah kesihatan.

Walaupun tanpa kehadiran Tok Guru, majlis berjalan lancar dan dihadiri oleh ramai VIP and orang awam selain daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar MTS. Sebanyak 100 buah meja berharga RM1,000.00 setiap satu berjaya dijual. Kebanyakkan Adun-Adun dan Ahli Parlimen di Kelantan turut memberi sumbangan dengan menaja meja-meja. Ibu bapa pelajar-pelajar MTS tidak ketinggalan menghulurkan bantuan and derma demi memastikan kemudahan bas dapat disedia untuk anak-anak mereka.

Kami turut menghadiri majlis makan malam tersebut dan bertolak dari Kuala Lumpur pada awal pagi Jumaat tersebut. Kami tiba di Tanah Merah lebih kurang pukul 11 pagi dan terus ke MTS untuk mengambil Dini, Ain dan Hanisah. Dalam perjalanan balik ke Kuala Krai, kami sempat singgah di Restoran Tepi Sungai untuk makan tengahari dan berhenti di Masjid Sg Durian untuk Solat Jumaat. Hanya selepas solat Asar kami bertolak ke Kota Bahru untuk menghadiri majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Sambil hadirin menikmati makan malam yang sungguh enak, pelajar MTS menyerikan majlis dengan persembahan nasyid. Hadirin dimaklumkan melalui tayangan slaid mengenai rasional and objektif membeli dua buah bas yang mana antara lain:
- mengurangkan bebanan kos pengangkutan yang terlalu tinggi oleh MTS
- melaksanakan program-program luar sekolah yang memerlukan kepada pengangkutan
- pengangkutan untuk pelajar lelaki menunaikan solat fardu jumaat
- status SBP (di bawah YIK)
- dapat membantu sekolah-sekolah YIK lain yang memerlukan kemudahan pengangkutan dengan sewa yang kompetitif.

Setakat ini, pihak MTS telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM130,000.00 dan jumlah keseluruhan untuk membeli dua buah bas adalah sekitar RM650,000 hingga RM700,000. Pada Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan pada bulan Julai yang lepas, para ibu bapa telah bersetuju menyumbang sebanyak RM1,000.00 seorang bagi mencukupkan dana yang diperlukan. MTS masih mengharapkan sumbangan ikhlas dari para dermawan bagi merelisasikan impian 1,262 pelajar MTS. Kepada yang telah menyumbang, Jazakallahu khairul jaza’.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al Imran (3):92 yang bermaksud:
Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan (yang sempurna), sehinggalah kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai; dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentangnya (dan kami akan mengurniakan balasan yang paling setimpal di akhirat nanti).

Sabda Rasulullah SAW:
Apabila sesorang manusia itu mati, segala amalannya akan terputus kecuali daripada tiga sumber: Sedekah Jariah, atau ilmu yang boleh dimanfaatkan atau anak soleh yang sering mendoakannya.

Untuk yang ingin menyumbang, amatlah dialu-alukan. sila hubungi kami pada bila2 masa.


Abah dan besan

Hanisah, Ain dan Dini

Dini and the geng


4 comments:

Uncle said...

InsyAllah, kalau niat dah baik nak dapatkan bas tu, insyAllah akan dipermudahkan nanti!

DadaIQ said...

Uncle tolonglah doa2kan, doa dekat sana lebih mujarab.

Azhanie said...

cuba lagi sekali komen kat blog, bole msk ke tak. abg dah adjust.

DadaIQ said...

Bang
Nanti try lagi sekali.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5