Setiap kali kami menjejakkan kaki ke bumi Makkah ini, kami tidak melepaskan peluang menziarah waris2 yang tinggal di sini. Tok Abah mempunyai ramai waris2 yang menetap di tanah suci sejak 50 tahun yang lalu, bilamana mereka datang mengerjakan haji dan tidak kembali ke tanah air. Antara waris2 yang masih menetap di Makkah ialah Makcik Rahmah, Makcik Halimah, Makcik Faridah dan Tok Su Samsiah. Mereka tinggal bersama anak2 kerana suami masing2 telah meninggal dunia. Mereka adalah sepupu kepada Tok Abah dan Tok Abah sering mengingatkan kami supaya mencari waris2 semasa kami ke Makkah bagi mengeratkan silatulrahim.
Setelah selesai haji, pada 22 Zulhijjah 1431H kami mengambil kesempatan untuk bertandang ke rumah Makcik Halimah yang terletak berdekatan kawasan Tanaim. Semasa mengerjakan umrah pada tahun 2008 and 2009, kami tidak berpeluang menziarah rumah Makcik Halimah tetapi dialah yang membawa kami ke rumah Makcik Rahmah. Makcik Halimah masih muda berbanding yang lain dan mempunyai 9 orang anak2 yang sudah dewasa. Kebiasaannya, mereka akan datang mengambil kami di hotel kerana risaukan keselamatan kami sekiranya menaiki teksi. Itu pun terpaksa meminjam kenderaan jiran2. Banyak kejadian2 yang tidak diingini berlaku kepada jemaah haji dan umrah sebelum ini yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa di tanah suci. Pada kesempatan ini, Makcik Rahmah turut bersama kami ke rumah Makcik Halimah.
Kami beruntung kerana ayah Makcik Halimah, Pak Harun yang berumur hampir 120 tahun ada bersama2nya. Dia baru sahaja datang dari Labok, Machang untuk tinggal di sini selepas kematian isterinya. Walaupun sudah terlalu tua, tapi Pak Harun masih sihat dan penglihatan masih baik. Hari2nya dipenuhi dengan membaca Al Quran dan berzikir, MashaAllah. Kami dihidangkan dengan Nasi Mandy Ayam dan Kibas yang dimasak sendiri oleh Makcik Halimah. Memang sedap, Alhamdulillah. Sesudah solat, makan dan berbual, kami dihantar pulang ke hotel. Terimakasih kepada mereka atas layanan istimewa setiap kali kami menjejakkan kaki di bumi Makkah. Setiap kali sebelum kembali ke hotel, Makcik Rahmah selalu berpesan untuk kembali menziarahnya. Makcik Rahmah yang tinggal bersendiri sudah menetap di bumi Makkah sejak berumur 30 tahun dan sudah 50 kali menunaikan haji, MashaAllah.

Menunggu di Mayor's Office di tepi Jalan Ibrahim Al Khalili
Tok Mamie dan Makcik Rahmah di ruang tamu wanita sambil menikmati nasi impit dan kelapa manis
Manisan Arab yang dihidangkan
Pakcik Harun
Makan tengahari di ruang tetamu lelaki
Nasi Mandy Ayam dan Kibas
Abah berbual2 dgn Pakcik Harun
Menikmati juadah
Makcik Rahmah, Makcik Halimah, Tok Mamie & Ibu
Di luar rumah
Tok Su Samsiah, Akmal dan Ibu di lobi Darum Hane
Di Starbuck Abraj Al Bait
Lobi Dar El Iman
Lobi hotel yang mewah
Tok Su dan Ibu
Anak saudara Tok Su
Abah dan Azam
Manisan Arab yang dihidangkan
Pakcik Harun
Makan tengahari di ruang tetamu lelaki
Nasi Mandy Ayam dan Kibas
Abah berbual2 dgn Pakcik Harun
Menikmati juadah
Makcik Rahmah, Makcik Halimah, Tok Mamie & Ibu
Di luar rumah
Kali ini kami tidak berkesempatan berkunjung ke rumah Tok Su Samsiah di Ajyad kerana beliau demam selepas selesai mengerjakan haji. Tapi kami sempat bertemu bila Tok Su dan anaknya, Akmal sudi datang menziarah kami di Ummu Hane. Pada kesempatan kali ini, kami banyak berbicara tentang salahsilah keluarga dan pertalian darah antara mereka dan kami. Abah sempat mencatat informasi mengenai ahli2 kelurga yang menetap di Makkah supaya pertalian antara kami tidak putus. Maklumlah, mereka pun sudah semakin tua dengan Makcik Rahmah mencecah 85 tahun dan Tok Su sudah lebih 70 tahun. Anak2 mereka pula ramai yang tidak fasih berbahasa "jawi" (melayu) dan mereka jarang2 bertemu dengan waris2 di Malaysia. Ada antara mereka yang telah berkahwin dengan orang2 nusantara yang menetap di sana.
Kami juga turut mengambil peluang berjumpa dengan tetamu2 Allah swt yang sama2 dijemput ke sini. Pada 19 Zulhijjah, Ibu ada bertemu dengan rakannya yang sama belajar di Huddersfield, Hajjah Nabiha (pengapit Ibu) di Starbuck yang terletak di Abraj Al Bait Shopping Center. Hajjah Nabiha datang bersama suami dan ibunya dengan pakej Andalusia dan tinggal di Aber Garden, berdekatan dengan hotel kami di Misfalah. Di sini terdapat banyak kedai2 yang menjual pakaian berjenama seperti Next, Debenhams, Mothercare dan banyak lagi. Di tingkat empat pula terdapat food court yang menjual berbagai jenis makanan dan fast food seperti KFC, Pizza Hut, Burger King etc. Di sinilah kami makan malam selepas solat isya' di MH sekiranya bosan dengan makanan yang disediakan di hotel.
Di Starbuck Abraj Al Bait
Ibu dan Hajjah Nabiha
Abraj Al Bait Shopping Center
Lobi Mall menjadi tempat jemaah bersolat sekiranya ruang di MH padat
Di hadapan Abraj Al Bait
SK Hajjah Neeta, SK Hajjah Neng dan Ibu
Srikandi 1981-1985
Masih rapat setelah 30 tahun berkawan
Abraj Al Bait Shopping Center
Lobi Mall menjadi tempat jemaah bersolat sekiranya ruang di MH padat
Di hadapan Abraj Al Bait
Pada hari yang sama Ibu juga sempat bertemu dengan Srikandi Tun Fatimah, Hajjah Neng dan Hajjah Neeta. Mereka berdua datang bersama suami dengan TH Travels dan menginap di Dar El Iman, bersebelahan dengan Al-Safwah. Kami berjumpa di D'Saji sambil makan2 dan bila tiba waktu zohor, kami bersama2 ke MH untuk bersolat di basement. Kami tidak kerap bertemu kerana masing2 sibuk dengan urusan masing2.
SK Hajjah Neeta, SK Hajjah Neng dan Ibu
Srikandi 1981-1985
Masih rapat setelah 30 tahun berkawan
Lobi Dar El Iman
Lobi hotel yang mewah
Setelah beberapa kali cuba menziarah Tok Su, akhirnya kami berjaya bertemu dengannya di hotel 2 hari sebelum berlepas ke Madinah. Alhamdulillah, Tok Su sihat dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan selamat. Tok Su yang tinggal berjiran dengan Tok Abah datang bersama anak saudara dan cucu saudara dengan pakej KAA Travels. Hotel mereka sangat hampir dengan MH dan terletak betul2 di belakang Abraj Al Bait bertentangan dengan Hilton. Walaupun hotel tersebut agak lama tapi sangat selesa dengan bilik yang luas, cuma lif hotel agak menakutkan kerana mempunyai 2 pintu! Di bawah hotel Tok Su terdapat sebuah restoran bernama Al Abrar yang menjual roti nan dan kari kambing yang memang power. Kami beberapa kali singgah makan di situ apabila menziarah Tok Su. Memang sedap dan mengancam!
Tok Su dan Ibu
Anak saudara Tok Su
Abah dan Azam
Abah & his favourite food
Jemaah Pakistan yang memberi kami air zam2 semasa makan di restoran
No comments:
Post a Comment