Hari yang kami nanti2kan akhirnya tiba, bermulalah pengembaraan Masya'ir dari 8 Zulhijjah, hari tarwiyah hingga hari terakhir tasyrik, 13 Zulhijjah 1431H. Kami berangkat ke Arafah lewat pagi dan tiba di Maktab 81 apabila matahari mulai tegak di atas kepala. Perjalanan yang mengambil lebih dari sejam walaupun jarak hanya 22km kerana bas yang kami naiki tersasar dari laluan dan tawaf di Muzdalifah hampir tiga pusingan.
Kami ditempatkan bersama jemaah lain dari Andalusia, Hidayah, Lintas, Misbah, KSB dan Harom Fast seramai 2,400 orang. Oleh kerana rombongan kami yang pertama tiba, jadi kami dapat memilih tempat yang strategik di dalam khemah. Ibu mengambil tempat di penjuru khemah dan Abah bersebelahan pintu masuk khemah. Khemah muslimin dan muslimat walaupun berasingan tetapi bersebelahan. Alhamdulillah kami dibekalkan dengan tilam, bantal dan selimut dan sedikit bekalan makanan dan minuman.
Tiada banyak aktiviti yang dibuat selain solat berjemaah dan beribadah secara bersendirian. Kami dianjurkan oleh Dr Basit untuk bertadarus dan khatam Al Quran sepanjang pengambaraan kami di Masya'ir. Kami tidak digalakkan berqiam sepanjang malam kerana perlu berehat dan bersedia menghadapi wukuf keesokkan harinya. Banyak cabaran yang kami lalui seperti keadaan khemah yang panas dan berbahang, tempat yang sempit, beratur panjang untuk ke tandas dan makanan yang ala kadar. Tapi ini semua adalah sebahagian dari ujian untuk menguji ketaqwaan kita pada yang Esa. Bayangkan kawasan yang berkeluasan 5.5km x 3.5km dan dikelilingi bukit2 termasuk Jabal Rahmah dapat memenuhi semua jemaah yang dianggarkan berjumlah hampir 4 juta orang. Alhamdulillah, bumi Arafah diliputi pohon2 rendang yang dapat menjadi teduhan selain dari khemah2 sementara yang dipasang untuk para hujjaj.
Sebelum tiba gelincir matahari pada 9 Zulhijjah, kami sempat solat dhuha dan mendengar kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Daud Che Ngah dari Andalusia sambil bersedia untuk berwukuf. Dr Basit amat menekankan kepada perlunya jemaah membuat persiapan awal supaya waktu afdal wukuf selama 330 minit dimanfaatkan sepenuhnya. Inilah keutamaan Arafah sebagaimana sabda Rasulullah SAW ,"Do'a yang paling baik adalah doa di hari Arafah". Dalam riwayat lain Rasulullah SAW juga bersabda ,"Tidak ada hari paling banyak Allah menentukan pembebasan hamba-Nya dari neraka kecuali hari Arafah". Inilah saatnya bumi Arafah dibasahi titisan2 airmata daripada para hujjaj yang memohon keampunan dan redha dari yang Maha Esa.
Jemaah Ash-Har Travels juga amat teruja kerana Dr Basit dipilih untuk menyampaikan Khutbah Arafah untuk jemaah di Maktab 81. Tapi kami agak hampa kerana pihak Tabung Haji membuat penukaran di saat akhir di mana wakil Tabung Haji mengambil alih menyampaikan khutbah. Penyampaian yang agak hambar dengan isi kandungan yang tidak selari dengan khutab wada' yang disampaikan oleh Rasullulah saw membuat kami merasa terkilan. Walaubagaimanapun, kewajipan tetap diteruskan. Setelah selesai solat zohor dan asar jamak qasar, kami memulakan wukuf dengan berwirid and berdoa. Ibu dan Tok Mamie mengambil tempat di dalam khemah di bawah sepohon pokok dibawah terik matahari kerana ingin melalui wukuf sebagaimana Rasulullah saw. Waktu berlalu dengan pantas mungkin kerana kami terlalu khusyuk berdoa. Airmata tak berhenti mengalir memohon keampunan sehingga tidak terasa panas terik matahari yang membakar diri. Helikopter2 sentiasa berlegar2 di bumi Arafah memantau keadaan jemaah berwukuf.

Hampir pukul 4pm, jemaah Ash-Har Travels berkumpul dan kaum muslimat dibenarkan memasuki khemah kaum muslimin bagi mengaminkan doa yang akan dibaca oleh Abu Anas. Doa yang panjang lebar yang dipohon kepada Illahi diiringi titisan airmata yang tak henti2 mengalir mengharapkan keampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat membuatkan jemaah tidak merasa penat berdiri sepanjang doa diaminkan. Ramai jemaah dari travel agents yang lain yang mengambil kesempatan berdoa bersama2 kami kerana begitu terkesan dengan penyampaian Abu Anas. Semoga Allah swt menerima taubat dan mengampunkan dosa2 kami dan memenuhi hajat kami. Setelah selesai, kami menyambung wukuf hinggalah terbenam matahari. Selesai solat jamak qasar maghrib dan isya' kami bersiap untuk ke destinasi seterusnya iaitu Muzdalifah.
Pengembaraan Masya'ir diteruskan...
Masing2 dengan hal sendiri
No comments:
Post a Comment