Maktab 81
Kedai2 di kawasan khemah Muaisim
Hotel yg beroperasi 5 hari setahun!
Solat jumaat 13 Zulhijjah
Hari2 Tasyrik 11 hingga 13 Zulhijjah kami menghabiskan masa beribadah secara bersendirian atau berkumpulan. Oleh kerana masa yang panjang, Abu Anas mengadakan Majlis Takruf di mana setiap jemaah dijemput memperkenalkan diri dan menceritakan sedikit latar belakang mereka. Ini adalah kerana jemaah Ash-Har yang berjumlah hampir 250 orang di Maktab 81 menginap di beberapa hotel di Makkah mengikut pakej masing2. Gambar2 sekitar Muaisim, Mina.
Kedai2 di kawasan khemah Muaisim
Pejabat Tabung Haji dengan kibaran bendera
Beratur pjg membeli brg2 keperluan
Penjaja2 Jalanan
Siapa yg pakai kopiah tajam?
Kawasan khemah jemaah IndonesiaBeratur pjg membeli brg2 keperluan
Penjaja2 Jalanan
Siapa yg pakai kopiah tajam?
Ash-Har juga menawarkan pakej VIP di Mina di mana jemaah boleh memilih untuk menginap di khemah berdekatan dengan jamarat dengan kemudahan yang lebih selesa dan makanan yang lebih enak dan bayaran pun agak lumayan. Ada hotel di Mina yang menawarkan pakej berharga RM20k untuk beberapa hari di Mina. Bagi kami, memadai tinggal di Muaisim sementara kudrat masih mengizinkan. Makanan yang disajikan kepada kami yang tinggal di Muaisim disediakan oleh pihak Muasasah sebanyak 3 kali sehari dan sudah siap dibungkus. Beruntunglah jemaah yang membawa bekalan serunding daging dan sambal ikan bilis, bertambahlah berselera menjamah makanan. Makanan ruji kami semasa di masya'ir adalah Indomie, berkotak2 mee segera disediakan kepada jemaah bagi mengalas perut begitu juga biskut dan buah2an. Ada jemaah dari negara lain yang menginap di khemah2 sekitar Muassir, lebih kurang 6km dari jamarat!
Hotel yg beroperasi 5 hari setahun!
Stesen Makkah Metro di Mina
Mula beroperasi pada musim haji tahun ini khas untuk local
Maktab 81
Kecoh bila khemah mulai bocor dek hujan lebat
Hujan rahmat di Mina
Air mengalir deras
Sliper Abah sekembali dari Mina
Geng di Mina
Mula beroperasi pada musim haji tahun ini khas untuk local
Sewaktu kami berjalan untuk melontar pada 11 Zulhijjah selepas solat maghrib and isya' jama', hujan turun renyai2. Hujan yang membawa rahmat membuatkan kami lebih bersemangat meneruskan perjalanan ke jamarat. Oleh kerana 2 orang petugas Ash-Har jatuh sakit, Abah diberi mandat mengetuai rombongan dengan membawa bendera Ash-Har. Kami berjalan menuju jamarat pada pukul 6.30 petang. Bukan main bersemangat Abah membawa bendera hingga ramai jemaah yang ketinggalan di belakang! Nasib baik ada petugas Ash-Har yang membawa bendera di belakang untuk jemaah yang uzur. Apabila kami kembali ke khemah, tilam2 yang berada ditepi khemah basah dan setengah jemaah terpaksa tidur berlapikkan tikar. Keadaan sungguh sejuk kerana hujan yang turun dan hawa dingin yang agak kuat. Ibu sempat mengambil peluang untuk mandi pada jam 1 pagi kerana tidak mahu beratur panjang untuk ke bilik air. Hari ini Ibu sudah mula kehilangan suara buat kali kedua. Kali pertama semasa di Makkah kerana batuk yang tak henti2 dan sakit tekak yang agak teruk!
Tok Mamie pun bawak bendera!Maktab 81
Lain pula ceritanya pada keesokkan harinya, 12 Zulhijjah apabila kami selesai solat asar, hujan turun dengan lebatnya dan keadaan menjadi kelam kabut. Masing2 menyelamatkan sliper yang diletakkan di luar khemah dan ada yang menyelamatkan tilam dan barang2 lain kerana khemah kami bocor. Air yang deras menghanyutkan apa saja yang ada di laluannya. Ramai jemaah yang kehilangan kasut dan sliper termasuk Abah. Jadi Abah terpaksa mencari sliper dalam tambunan sampah sarap! Abah sempat bermandikan hujan melihat dan merakam keadaan hujan di Mina. Banyak khemah2 kecil rosak dek hujan lebat dan angin yang kuat. Apabila hujan mulai reda selepas waktu isya', barulah kami pergi melontar. Ramai jemaah yang telah kembali ke Makkah kerana Nafar Awal dan kami tidak perlu menunggu terlalu lama untuk ke bilik air.
Hujan rahmat di Mina
Air mengalir deras
Semasa di Mina kami bertemu dengan beberapa kenalan Tok Abah dan Ibu pula berkenalan dengan ramai jemaah Ash Har dari hotel yang lain. Tidak disangka, jemaah yang tidur besebelahan dengan Ibu rupanya orang Guchil dan kenalan rapat Tok Abah. Persabahatan yang terjalin antara kami semoga berkekalan.
Hari terakhir kami di Mina pada 13 Zulhijjah jatuh pada hari Jumaat. Awal2 lagi kami sudah bersedia kerana dijangka pergi melontar selepas subuh kerana akan kembali ke Makkah sebelum solat jumaat. Sekali ini, Abah tidak turut serta kerana demam dan sakit urat. Mungkin kerana banyak main hujan semalam! Abah mewakilkan Ibu untuk melontar dan Ibu meneruskan misi melontar untuk kali yang terakhir bersama2 Tok Papa dan Tok Mamie. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar walaupun kaki Tok Mamie sudah mula sakit. Setelah kembali ke khemah, kami berkemas dan menaiki bas balik ke Makkah. Oleh kerana keletihan berjalan ke jamarat, Ibu tidur sepanjang perjalanan.
Kami tiba di Makkah lebih kurang jam 10.30 pagi dan bas kami ditahan dari memasuki jalan ke Masjidil Haram sejauh kira-kira 2km. Walaupun berbagai cara diusahakan oleh Abu Anas, bas kami tidak dibenarkan masuk. Apa lagi, terpaksalah kami turun berjalan kaki sambil mengangkut beg masing2. Apabila kami hampir tiba di hotel kira2 500 meter, jalan sudah dipenuhi dengan jemaah2 untuk solat jumaat menyebabkan laluan kami bertambah sukar hinggalah kami tiba di lobi hotel penuh dengan hamparan sejadah. Maklumlah, semua jemaah baru kembali dari Mina. Hingga nak masuk lif pun sukar kerana ada jemaah yang menghampar sejadah betul2 di hadapan lif! Sekali pandang, tiada ruang yang tidak dipenuhi hamparan. Itulah gambaran betapa ramainya umat di bumi Makkah.
Kami tiba di Makkah lebih kurang jam 10.30 pagi dan bas kami ditahan dari memasuki jalan ke Masjidil Haram sejauh kira-kira 2km. Walaupun berbagai cara diusahakan oleh Abu Anas, bas kami tidak dibenarkan masuk. Apa lagi, terpaksalah kami turun berjalan kaki sambil mengangkut beg masing2. Apabila kami hampir tiba di hotel kira2 500 meter, jalan sudah dipenuhi dengan jemaah2 untuk solat jumaat menyebabkan laluan kami bertambah sukar hinggalah kami tiba di lobi hotel penuh dengan hamparan sejadah. Maklumlah, semua jemaah baru kembali dari Mina. Hingga nak masuk lif pun sukar kerana ada jemaah yang menghampar sejadah betul2 di hadapan lif! Sekali pandang, tiada ruang yang tidak dipenuhi hamparan. Itulah gambaran betapa ramainya umat di bumi Makkah.
Kami merasa lega dapat kembali ke Darum Hane. Satu pengembaraan yang sukar dilupakan dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Walaupun mengharungi seribu satu macam cabaran dan dugaan, kami tetap teruskan perjuangan demi mengharap redha Allah swt. Hanya tinggal 2 lagi rukun haji yang perlu dibereskan iaitu tawaf dan saie sebelum haji kami dianggap sempurna.
No comments:
Post a Comment