Sunday, January 16, 2011

Menyusuri Hijrah Nabi saw @ Makkah

Di hadapan Darum Hane

Bergambar beramai2 sebelum ziarah

Sementara menanti giliran kami, KT82 untuk berangkat ke Madinah Al Munawwarah, kami menghabiskan waktu beribadah dan menimba sebanyak mungkin ilmu dari kedua2 pembimbing kami Abu Anas Al Madani dan Abu Fatih Al Mubaraki. Kami sangat bertuah kerana mendapat peluang menyusuri hijrah Nabi saw di sekitar Masjidil Haram dengan berjalan kaki pada hari Sabtu, 21 Zulhijjah 1431H.

Destinasi kami bermula dari hotel, Darum Hane yang terletak di kawasan Misfalah. Rombongan kami dibawa berjalan di lorong yang terletak bersebelahan Jalan Ibrahim Al Khalili hingga sampai di Masjid Saidina Hamzah. Di sini Abu Fatih menceritakan permulaan hijrah Rasulullah saw dan sirah masjid tersebut. Perjalanan diteruskan melalui Hilton Makkah di mana di dalam bangunan tersebut terdapat sebuah musolla, yang pada zaman Nabi saw terletaknya rumah Saidina Abu Bakar ra.

Jalan Ibrahim Al Khalili

Lorong di Misfalah - Hijrah Nabi saw

Abu Fatih dan Abu Anas

Abu Fatih bercerita sirah hijrah

Masjid Saidina Hamzah

Di dalam masjid

Abah dan Abu Fatih

Laluan hijrah bersebelahan Hilton

Destinasi kami seterusnya melalui bahagian kanan Masjidil Haram, besebelahan tempat saie di mana kami ditunjukkan lokasi tapak rumah Siti Khadijah ra, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dan Abu Sufian. Kami juga mengunjungi Maulid Nabi saw, iaitu tapak rumah kelahiran Rasulullah saw yang terletak di Kampung Suqul Lail, Makkah yang jaraknya hanya 150 meter dari Masjidil Haram, arah depan pintu Babussalam. Di situlah Rasulullah saw dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul awal 571M Tahun Gajah. Tapak tersebut telah didirikan sebuah perpustakaan. Abu Anas banyak bercerita mengenai sirah yang berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Abu Anas menerangkan rehlah hijrah nabi di hadapan MH

Abu Anas menerangkan lokasi2 penting bersebelahan kawasan saie
tapak rumah Abu Sufian, Siti Khadijah dan Darul Arqam

Ibu di Maulid Nabi

Maulid Nabi kini berfungsi sebagai perpustakaan

Rombongan kami terus berarak hingga ke Masjid Al Rayah, atau lebih dikenali dengan nama Masjid Kucing (masjid ini telah pun roboh apabila kami kembali ke tanah air). Rayah yang bermaksud Bendera kerana Nabi saw memancakkan bendera di situ sewaktu pembukaan Kota Makkah pada 8 Hijrah. Ada yang menyebutnya sebagai Masjid Abu Hurairah dan ia terletak 750m dari MH. Cerita mengenai tempat2 bersejarah ini semuanya termaktub di dalam buku yang ditulis oleh Abu Anas yang berjudul Makkah, Sejarah dan Kelebihannya. Abu Anas telah membuat research yang mendalam mengenai Kota Makkah dan sirah di bumi anbiya' ini supaya kita dapat menghayati pengorbanan Rasulullah saw dalam mengembangkan syiar Islam. Kami meneruskan rehlah kami ke arah utara MH untuk mengunjungi sebuah lagi masjid iaitu Masjid Jin yang terletak 1.5km dari MH (pertemuan nabi dengan serombongan jin) dan Masjid Syajarah (pokok datang bertemu nabi).

Masjid Al Rayah @ Masjid Kucing

Abu Anas bercerita mengenai kisah di Masjid Kucing
Menuju ke Masjid Jin

Wardani setia mengibarkan bendera Ash-Har

Perjalanan kami diteruskan hinggalah ke Perkuburan Ma'la di mana Siti Khadijah ra disemadikan. Ramai rakyat Malaysia yang meninggal di bumi Makkah pada suatu ketika dahulu dikebumikan di sini. Sekarang, jemaah haji yang meninggal dunia di bumi Makkah dikebumikan di perkuburan Syara'ie yang terletak lebih jauh dari Ma'la. Antara yang dimakamkan di sini termasuklah datuk kepada Abu Anas, Sheikh Daud Al Kalantani dan juga moyang Abah, Hj Maa'rof. Sungguh bertuah mereka2 yang dipilih Allah swt untuk disemadikan di tanah haram. Oleh kerana perkuburan Ma'la ini dibuka hanya untuk jemaah muslimin, muslimat hanya berehat di ruang menunggu sambil mengilangkan penat. Perjalanan kami dari hotel ke sini lebih kurang 2km dan berjalan balik sejauh 2km lagi. Dalam perjalanan balik, kami melalui Maktab 76 yang menempatkan jemaah haji muasasah Tabung Haji. Kami juga sempat menjamu mata melihat kedai2 yang berderetan menjual seribu satu macam barangan untuk dijadikan ole2 oleh jemaah haji musim ini.

Di perkarangan Perkuburan Ma'la

Abu Anas menyampaikan taklimat mengenai Ma'la dan adab berziarah

Doa yang diajar Nabi saw ketika menziarah kubur

Pemandangan di bahagian dalam

Lubang yang di gali siap, tanpa liang lahat

Kubur datuk Abu Anas di kawasan ini

Jannatul Ma'la

Ma'la terletak di daerah Hujun

Hanya batu2 sebagai tanda

Perkuburan Ma'la di tepi lebuhraya

Kaum muslimat hanya boleh melihat dari atas lebuhraya

Makam Siti Khadijah ra disebalik pagar hijau

Menjamu mata tempat2 shopping

Berjalan balik ke hotel

No comments:


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5