Saturday, January 15, 2011

Kesempurnaan Haji @ Masjidil Haram



Tinggal hanya 2 rukun haji sebelum kami boleh bertahlul thani dan dengan terlaksana tawaf dan saie maka sempurnalah haji kami. Setelah berehat sekembali dari bumi Mina, kami bersetuju untuk membuat tawaf dan saie pada pukul 2 pagi dengan harapan keadaan di Dataran Kaabah mempunyai ruang buat kami. Kami beransur ke Masjidil Haram tepat jam 2 pagi dan terus menuju ke arah Baitullah.

Sangkaan kami meleset kerana dataran sungguh padat dengan umat manusia hingga tiada langsung ruang untuk kami. Kami hanya sempat berjalan beberapa langkah bila Tok Papa mengambil keputusan untuk bertawaf di tingkat atas. Walaupun ramai jemaah yang bertawaf di atas, tapi masih banyak ruang untuk kami berjalan dengan selesa. Tingkat atas adalah lebih jauh berbanding di bawah dengan anggaran 15 minit satu pusingan. Agak mencabar untuk kami menghabiskan 7 pusingan! Niat kami untuk menyelesaikan tawaf dan saie sebelum azan subuh tidak kesampaian kerana apabila selesai tawaf, tinggal hanya setengah jam sebelum azan subuh berkumandang.

Dataran Kaabah sebelum memulakan tawaf

Apabila selesai solat subuh, kami memulakan saie di tingkat yang sama. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan dalam masa kurang sejam kami sudah selesai mengerjakan ibadah saie. Maka selesailah haji kerana tahlul thani tidak memerlukan kita mengunting rambut lagi untuk keluar dari 3 lagi larangan ihram kerana kita telah pun bergunting selepas melontar pada 10 Zulhijjah. Kami mengambil kesempatan untuk naik ke tingkat paling atas kawasan saie dan mengambil gambar sekitar Masjidil Haram sebagai kenangan selesainya ibadah haji kami. Kami amat bersyukur kerana diberi nikmat dan keupayaan menyempurnakan ibadah haji tanpa sebarang halangan yang berat.

Bukit Safa yang telah dipagar dengan kaca

Bukit Safa pandangan dari atas

Bersaie di tingkat 1

Gambaran dari tingkat roof top

Hijir Ismail ditutup musim haji

Tiada ruang kosong di dataran

Pembesaran MH

Abah berlatarkan Makkah Clock Tower

Ibu pula berlatarkan Zam Zam Tower

Kawasan luar saie

Hari2 seterusnya, kami berdua ditimpa demam, sakit tekak dan batuk mungkin kerana keletihan dan keadaan cuaca yang tidak menentu. Jadi kami banyak berehat dan hanya solat di bilik. Setelah agak sihat barulah kami berulang alik ke Al Haram. Aktiviti2 kami dipenuhi dengan menghadiri tazkirah oleh Abu Anas, menziarah saudara mara, berjumpa dengan rakan2 tetamu Allah swt dan bershopping. Kali ini kami hanya mula membeli belah pada minggu terakhir sebelum bertolak ke Madinah dan sempat menghantar 2 kotak barang2 menggunakan perkhidmatan kurier dengan kos SR300. Lebih mahal kos penghantaran dari barang2 yang dikirim. Satu kotak hanya dipenuhi dengan 2 set kain ihram Abah dan pakaian2 yang tidak lagi kami gunakan. Kos menghantar air zam2 10 liter adalah SR120. Lebih baik untuk kita membeli di Malaysia dengan harga yang sama.

Ramai juga di antara jemaah Ash-Har yang membuat amal jariah dengan menyumbang nasi mandy ayam, kambing dan daging unta goreng. Alhamdulillah dan terimakasih kami ucapkan. Memang puas kami menikmati nasi mandy semasa di sana. Kami banyak menghabiskan masa bersama jemaah lain di dewan makan di tingkat R. Di situlah silatulrahim antara kami terjalin dengan erat bagaikan satu keluarga besar. Makanan kami disediakan oleh katering Malaysia yang popular di Makkah kerana menyajikan berbagai lauk pauk yang menarik seperti masak lemak ketam, kari daging dan ayam, asam pedas ikan, nasi ayam, nasi beriyani, sambal tumis sotong dan macam2 lagi. Terimakasih kepada Cik Mat, pekerja katering yang sentiasa memastikan perut kami sentiasa diisi.

Wardani menghidangkan nasi untuk kami


Bahagian tulang rusuk favorite Abah


Acar dan sos untuk nasi mandy

Nasi mandy kambing
Nasi mandy ayam

Dewan Makan Level R

Nasi Beryani disediakan oleh pihak katering

Dewan makan

No comments:


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5