Kami bertuah kerana menghabiskan waktu yang terluang dengan perkara2 yang bermanfaat. Abu Anas banyak memberi bimbingan semasa di Mina dan tidak jemu2 menjawab soalan dan melayan kerenah jemaah. Ramai jemaah yang selesai tadarus selama 6 hari pengembaraan masya'ir. Pada mulanya kami berhajat untuk balik ke Makkah samada menaiki kenderaan atau berjalan kaki sejauh lebih 7 km kerana lebih selesa berada di hotel. Memang ramai jemaah yang berulang dari Mina ke Makkah kerana kurang selesa dengan kekurangan bilik air, hanya 40 untuk 2,000 jemaah dan keadaan di dalam khemah di mana tempat tidur hanyalah sebesar liang lahat. Abu Anas memaklumkan kepada kami bahawa Mina mempunyai keluasan 8.16km termasuk bukit2 disekelilingnya dan kawasan penempatan yang tinggal hanyalah seluas 3km. Mina ibarat perut seorang ibu yang mengandung, boleh menampung samada seorang atau lebih bayi hingga lapan bayi pernah dikandung oleh seorang ibu. Begitulah hebatnya Mina.
Abu Anas menyampaikan tazkirahKami dimaklumkan bahawa Maktab 81 dibenarkan melontar di Jamratul Aqabah pada pukul 5 petang. Jadi, setelah selesai solat jama' qasar maghrib dan isya', kami bersedia untuk melontar. Kami dikehendaki berjalan sejauh 5km pergi dan balik melalui terowong pejalan kaki. Alhamdulillah, kami diberi kemudahan melontar dengan aman dan selesa dan mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan pergi dan balik.
Tempat melontar setinggi 5 tingkat memberi ruang dan dapat menampung kehadiran jemaah yang begitu ramai. Kami dimaklumkan bahawa salah seorang akitek yang terlibat dan pembinaan jamarat ini adalah seorang wanita Malaysia!!! Dalam perjalanan balik, Abah, Tok Papa berserta Abu Anas dan beberapa jemaah lain berhenti untuk bercukur licin menurut sunnah Rasulullah saw! Alhamdulillah, kami dapat bertahlul awal dan keluar dari 10 larangan ihram setelah selesai melontar pada 10 Zulhijjah. Apabila tiba di khemah, kami dihidangkan dengan makan malam yang enak sempena hari raya korban, nasi minyak lauk daging.
Hidangan makan malam
Kami berempat sebelum melontar
Selepas keluar terowong
Jambatan menuju ke tingkat 1 jamarat
Tingkat 1 Jamarat
Rombongan Ash-Har
Abah selepas melontar
No comments:
Post a Comment