

Sementara menunggu kemuncak ibadah haji pada hari wukuf 9 Zulhijjah 1431H, kami menghabiskan masa selama lebih kurang 10 hari dengan berbagai aktiviti samada secara peribadi atau yang dianjurkan oleh Ash Har Travels. Pada hari pertama kami di Makkah, kami sibuk membeli barang2 bagi melengkapkan bilik yang akan menjadi kediaman kami selama sebulan seperti permaidani, baldi, penyangkut baju, extension wire, pinggan mangkuk dan lain2. Seperti biasa, Bin Dawood menjadi pilihan bagi membeli barang2 makanan untuk memenuhkan peti ais. Sewaktu kami tiba, Darum Hane masih dalam pembinaan bagi tingkat 11 dan 12 dan dijangka siap seminggu sebelum waktu haji!!!
Antara aktiviti2 yang dianjurkan oleh Ash-Har adalah pengisian2 mengenai persiapan haji yang disampaikan oleh pembimbing2 yang bertauliah Dr Abd Basit Abd Rahman @ Abu Anas Madani dan Ustaz Ahmad Husni Dato' Abd Rahman @ Abu Fatih Al Mubaraki. Kedua2nya adalah graduan University Islam Madinah. Banyak ilmu yang disampaikan agar pemahaman jemaah tentang haji benar2 mantap. Antara topik2 yang disampaikan termasuklah Sejarah dan Kelebihan Makkah, Fadhilat 10 hari Zulhijjah, Kesempurnaan Solat dan Persiapan menjelang wukuf. Dr Basit telah menghasilkan dua buah buku mengenai Makkah dan Madinah semasa pengajiannya di Madinah selama 15 tahun. Buku2 ini banyak membantu jemaah menghayati pekerjan yang dilakukan semasa ibadah haji dan rehlah Rasulullah saw semasa berhijrah ke Madinah. Abu Anas juga banyak menterjemahkan buku2 panduan haji dan buku2 lain yang diberi percuma oleh Kerajaan Arab Saudi kepada semua jemaah berbahasa melayu.

Dr Basit menyampaikan ceramah

Dr Basit, Ustaz Shukri dan Ustaz Fahrurazi - tunggak Ash-Har Travels

Kami juga dibawa menziarah Jabal Thur dan kawasan Masyair iaitu Arafah, Mina dan Muzdalifah. Jadi kami dapatlah mengenal pasti kawasan2 yang akan menjadi penempatan sementara semasa mengerjakan haji. Tempat yang hanya hidup 6 hari dalam setahun dengan limpahan jutaan manusia. Kami sempat melihat stesen keretapi monorail yang menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina walaupun tidak berkesempatan mencuba kerana hanya dikhaskan untuk jemaah dari Arab Saudi sahaja. Kali ini kami tidak mengikuti rombongan menziarah Muzium Dua Masjid dan Ladang Unta kerana telah melawat tempat tersebut semasa mengerjakan umrah. Hanya Tok Mamie yang mengikuti ziarah ke tempat2 tersebut. Dalam perjalanan balik ke hotel, ada jemaah yang mengambil peluang mengerjakan umrah dengan memasang niat di Ja'aranah dan Hudaibiah.

Bergambar sebelum bertolak untuk ziarah

Penerangan mengenai kawasan Masyair

Jabal Rahmah @ Arafah

Abah bersama Tok Papa dan Wardani
Hotel RM20k untuk hari2 Tasyrik

Jamrah

Jabal Thur

Mina

Stesen Monorail Mina 2
Kami juga sempat berjumpa rakan2 dan saudara yang datang mengerjakan haji dan kebiasaannya kami adakan pertemuan di Restoran D'Saji. Dapat juga kami bersarapan pagi dengan roti canai, teh tarik, nasi goreng dan mee goreng yang dimasak oleh orang Malaysia. Banyak pilihan yang dijual di D'Saji termasuk kueh mueh, nasi kerabu, laksam dan berbagai lauk-pauk. Tempat yang tidak sunyi dari kunjungan jemaah Malaysia sehingga sukar mendapat tempat duduk!
2 comments:
Salam to all.
Setiap kali tengok gambar2 mekah/madinah, rasa yang keinginan nak kesana lagi sangat meluap2....insyallah...sekali lagi!
As Salam Uncle,
Bagi kami yang baru kembali pun dah terasa nak ke sana lagi. InsyaAllah, semoga kita sama2 dapat kesempatan untuk menziarah tanah suci Makkah dan Madinah.
Post a Comment