Tuesday, June 1, 2010

Kenduri di Kampung Dewan Besar, Labok

Sememangnya kami selalu tidak sabar untuk pulang ke kampung sekiranya ada jemputan walimatulurus. Kenduri di kampung memang tak sama dengan kenduri di bandar. Banyak belanja untuk catering yang belum tentu sedap, dewan ataupun khemah yang canggih dan macam2 lagi. Tapi di kampung, semuanya simple, masak sendiri dan khemah cukup untuk melindungi tetamu dari panas terik matahari atau hujan. Lazimnya, orang-orang kampung dan saudara mara bergotong royong membantu keluarga pengantin membuat persiapan bagi meraikan kedua mempelai.

Pada 13 Mac 2010 yang lalu, kami pulang Kg Dewan Besar di Labok Machang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu Abah. Kami bertolak agak lewat dari Kuala Lumpur kerana terpaksa menghadiri majlis anugerah pelajar cemerlang pada sebelah pagi. Kami tiba di Kuala Krai pada pukul 7 malam and selepas bersiap2, kami terus pulang ke kampung bagi menghadari upacara akad nikah. Kami tiba di rumah lebih kurang pukul 11 malam apabila semua telah selesai. Sememangnya ia hari yang amat memenatkan. Apa tidaknya, kami berada di dalam kereta hampir 10 jam! Tapi kami gembira kerana dapat bersama2 meraikan hari yang penting buat sepupu Abah.

Keesokkan harinya, seawal pagi kami sudah ke dapur menyiap lauk pengantin. Keluarga Tok Abah telah diberi tugas menyediakan meja pengantin beserta lauk-pauknya. Pak Ngah seperti biasa mempamerkan kehebatannya menyediakan lauk-pauk yang enak seperti Ikan Masak Merah, Udang Galah, Ayam Golek dan hiasan2 yang cantik. Ahli keluarga yang tidak terlibat membantu Pak Ngah telah bertolak lebih awal bagi membantu memasak di kampung. Sekali ini, keluarga pengantin menumbang seekor lembu. Kerja2 menyembelih telah dijalan sehari sebelum kenduri.

Ini adalah gambar2 yang sempat diambil semasa kerja2 mamasak dijalankan. Mungkin ada yang tak pernah lihat mesin perah santan yang digunakan :-)

Bangsal Memasak

Khemah untuk lelaki
Khemah untuk wanita

Perut muda untuk dibuat Air Asam campur Limpa...sedap!

Makcik2 pakar masak

Ada yang di dapur membuat persiapan

Thaqif dan Naif perah santan. Dapat upah RM10 seorang...

Gulai Darat hampir siap

Abah, pakar perah santan!

Abah dan Pak Teh manjalankan tugas

Setelah Pak Ngah selesai dengan tugasnya, kami bergegas pulang ke kampung lebih kurang pukul 10.00 pagi. Setibanya kami di sana, kami terus menjalan tugas menghias lauk-pauk dan meja pengantin sebelum rombongan pihak lelaki tiba selepas zohor. Antara pekerjaan yang paling mencabar ialah menghias meja pengantin dengan ukiran buah2an. Maklumlah di kampung bukan mudah untuk dapatkan bunga2 dari Cameron Highlands! Pak Ngah telah membuat ukiran buah2an lebih awal di KL dan kami hanya membantu menyusun atur supaya ia menjadi tumpuan para jemputan. Walaupun menggunakan daun2 paku yang diambil di kawasan tepi sungai bersebelahan dengan rumah pengantin dan bersulamkan bunga2 kampung seperti bunga kertas, hasilnya amat menakjubkan. Lihat saja gambar yang tertera di bawah.

Sekali pandang, susun atur meja pengantin macam di dewan hotel lima bintang :-) walaupun hanya di kampung dan di anjung sebuah rumah kayu.







Pasukan Pak Ngah dan Mak Ngah di belakang tabir

Pak Ngah dan Ibu dengan kreativiti masing2

Sememangnya seronok kalau ada kenduri di kampung, ibu dan ayah sibuk membantu tapi kanak2 pula sibuk mandi di sungai. Abah @ Pak Long memang suka melayan budak2 mandi sungai dan bawa mereka ronda kampung sambil menikmati panorama bendang padi yang memang tak dapat dilihat di Kuala Lumpur. Inilah masa untuk mereka jadi "Kampung Boy" macam abah2 mereka zaman kanak2 dulu.

Setelah upacara bersanding dan makan berhidang selesai, tibalah masa untuk petugas2 mula menjamu selera dengan saki baki lauk pengantin! Lauk-lauk yang dihidangkan seperti gulai darat, ayam percik, acar timun, ikan masin dan sambal cukup untuk membuka selera. Setelah selesai kenduri dan hilang penat, kami beransur pulang dengan lebihan lauk-pauk yang tinggal.
Untuk mereka yang masih mempunyai kampung, kita adalah generasi bertuah kerana masih dapat merasa pulang ke kampung dan menikmati suasana kampung yang aman dan menyeronokkan.

Posting ini ditulis khas untuk Hajar. Kepada Hajar dan suami, selamat menempoh alam rumahtangga. Semoga bahagia ke anak cucu dan semoga menjadi isteri solehah dan ibu mithali.




Hajar dan bilik pengantin dan pelamin

4 comments:

Mat Yu said...

gambar tetamu tak de? :D

DadaIQ said...

Mat Yu
Masa tetamu datang, tukang ambil gambar sebok layan rombongan pengantin lelaki makan. Tak sempat nak ambil gambar tetamu lain yang hadir.

Uncle said...

Dear all.
Seronok baca cerita yang macam ni. Rasa dekat sangat dihati...tapi apa nak buat, masa berubah....sampaikan anak2 uncle masa balik penang dulu, bila nampak ayam jantan dok berjalan kat belakang rumah, semua menjerit takut sambil dok kata, 'anjing...anjing...". Bila sekali-sekala baca cerita macam ni, teringat pulak keadaan kat kampung! Thanks Dada and IQ for a beautiful entry like this!

DadaIQ said...

Thanks Uncle for your comment.

Kalau anak2 zaman sekarang tau nikmatnya hidup di kampung, mesti mereka tak akan lepaskan peluang balik ke kampung untuk mandi sungai dan biasakan diri dengan lembu dan kambing :-)


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5