Oleh kerana ziarah Madinah di musim haji lebih panjang berbanding ziarah semasa mengerjakan umrah, kami berkesempatan menziarah sekitar kawasan bersejarah sekitar Masjid Nabawi dengan berjalan kaki. Antara tempat2 yang dilawati termasuklah Saqifah Bani Sa'idah, tempat di mana Saidina Abu Bakar ra dilantik menjadi khalifah setelah wafatnya Nabi saw dan Pasar Lama yang hanya tinggal tembok kira2 200 meter dari Masjid Nabawi. Ada beberapa pelajar dari Universiti Islam Madinah yang turut serta rombongan kami.
Jemaah Ash-Har leka mendengar
Taman Saqifah Bani Sai'dah
Tembok Pasar Lama
Lokasi Pasar Lama
Tok Mamie dan Kak Yam
Terdapat beberapa masjid yang terdapat sekitar Masjid Nabawi seperti Masjid Al Ghamamah, Masjid Abu Bakar, Masjid Ali Abi Talib, Masjid Abi Zar, Masjid Al Sajadah dan Masjid Al Ijabah. Kisah-kisah mengenai masjid-masjid tersebut semuanya terkandung di dalam buku yang ditulis oleh Abu Anas berjudul Madinah Munawwarah - Kelebihan dan Sejarah. Edisi kemaskini diterbitkan semasa kami berada di Makkah. Jauh jugak perjalanan kami pada hari tersebut lebih kurang 2 ke 3 km menjejaki sirah nabi.
Masjid Abi Zar
Masjid Al Ijarah
Masjid Al Ghamamah (Masjid Awan)
Jemaah Ash-Har yang mengambil nota
Setelah selesai menziarah masjid2 yang banyak meninggalkan kesan sejarah pada zaman Rasulullah saw, kami menyusuri bahagian hadapan Masjid Nabawi melalui pintu Babus Salam yang terus ke Makam Rasulullah saw berserta Abu Bakar Ass Siddiq ra dan Umar ibnu Khattab ra. Kami juga sempat melihat Babun Nisa dan Bab Jibril sebelum terus ke perkuburan baqi'.
Jemaah lelaki berpeluang menziarah Perkuburan Baqi' tapi bagi jemaah wanita, kami hanya dapat menziarah dari luar sahaja melalui tepi jalanraya menuju ke Masjid Nabawi. Antara makam2 yang terdapat di Baqi' adalah para isteri, anak2 serta sahabat Rasulullah saw termasuk Saidina Usman bin Affan ra. Abu Anas juga sempat menunjukkan pada kami tempat hukuman hudud dilaksanakan tidak jauh dari perkuburan baqi' seperti pancung kepala dan potong anggota badan. Biasanya hukuman akan dilaksanakan pada hari jumaat setelah mahkamah selesai membuat keputusan.
Bahagian depan Masjid Nabawi
Ibu dan Abah di kubah hijau
Kubah Hijau dan Putih menaungi Makam Rasulullah saw dan Raudhah
Pintu Al Siddiq
Babus Salam
Payung yang mula dibuka
Merenung jauh Perkuburan Baqi'
Jalan menuju Masjid Nabawi
Jemaah berdoa beramai2
Perkuburan Baqi'
Setelah selesai menziarah sekeliling Masjid Nabawi, kami bereder ke Galeri Pameran Boigrafi Rasulullah saw "Gallery Biography of the Prophet pbuh" untuk melihat sejarah Nabi saw seawal kelahiran hinggalah kewafatan baginda. Kami bernasib baik kerana Abu Anas dan Abu Fatih banyak membantu menerangkan kepada kami kerana pameran tersebut adalah dalam bahasa arab. Banyak ilmu dan pengajaran ynag dapat kami ambil dari pameran tersebut terutama mengenai perang2 yang dilalui oleh Rasulullah. Bersebelahan pameran tersebut terdapat pameran kurma yang agak besar. Berbagai jenis kurma dijual di sini dan ramai jemaah yang mengambil kesempatan membeli kerana harganya agak berpatutan.
Alhamdulilah, misi kami menjejaki sirah Nabi saw di sekitar Masjid Nabawi berakhir sebelum waktu zohor dan kami bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenali dengan lebih dekat kota yang mempunyai keistimewaan tertinggi di sisi Allah swt.
"Ya Allah, jadilah kami mengasihi Madinah sebagaimana kami mengasihi Makkah atau lebih lagi, dan sihatkan Madinah (daripada wabak penyakit), dan berilah keberkatan kepada gantang dan cupaknya serta pindahkan humma (penyakit) di Madinah dan jadikan ia di Juhfah" (Sahih Bukhari no. 3926)
2 comments:
Assalammualaikum w.b.t
Saya ingin minta izin..Boleh ke kalau sy nak mintak share beberapa gamba yg ada dalam entri ni?
Sebab sy tk berpeluang ambil beberapa gamba tersebut masa sy pergi baru2 ni..Macam gamba Taman Saqifah Bani Sa'idah dn beberapa Masjid sekitar masjid nabawi.Boleh ke?
Kalau tidak diizinkan pun tak mengapa,sy faham :)
Waalaikumsalam Siti
Maaf kerana tidak perasan comment Siti. Tak ada masalah untuk copy gambar2 yang ada di dalam posting ini untuk simpanan peribadi. Semoga kita semua mendapat manfaat dan iktibar dari tempat2 bersejarah sekitar Masjid Nabawi.
Terima kasih kerana sudi singgah.
Post a Comment