Wednesday, February 23, 2011

Kisah Kami di Kota Madinah

Banyak perkara yang berlaku semasa kami di Madinah yang sukar dilupakan seperti kisah Ibu yang terjatuh di luar hotel semasa menuju ke Masjid Nabawi untuk solat Asar. Mungkin kerana azan sudah berkumandang dicampur keinginan untuk solat di dalam masjid. Nasib baiklah Tok Mamie dan Kak Ton ada bersama dan membantu Ibu yang terseliuh kaki ke masjid. Dapat juga bersolat akhirnya, alhamdulillah.

Oleh kerana tidak mahu meninggalkan solat berjemaah, Ibu gagahkan juga ke masjid dengan bantuan Tok Mamie. Selepas sahaja selesai solat magrib sambil menunggu waktu isya', Ibu didatangi dua orang wanita dari Pakistan yang duduk di sebelah Ibu. Melihat Ibu yang menahan kesakitan, salah seorang dari mereka menawarkan untuk mengurut kaki Ibu. Dia mengangkat kaki Ibu dan diletakkan di atas ribanya dan mula mengurut hinggalah azan isya' dilaungkan. Dia kemudian sempat mengambilkan Ibu secawan air zam-zam sebelum solat bermula. Alangkah mulia hatinya dan Ibu sungguh bertuah dipertemukan dengannya. Alhamdulillah, sakit Ibu berkurangan dan Ibu sudah boleh berjalan walaupun masih terasa sakit.

Antara kisah yang agak lucu apabila kami cuba membawa masuk handphone dan kamera ke dalam Masjid Nabawi walaupun ia adalah perkara yang dilarang dan setiap kali kami masuk ke masjid, kami pasti akan diperiksa oleh askar2 wanita yang berpakaian serba hitam. Mereka akan memeriksa isi kandungan bag dan meraba tubuh badan untuk memastikan kedua2 barang ini tidak diseludup masuk ke masjid. Jadi, macam2 cara yang digunakan bagi mengelak dari tertangkap. Ada kalanya kami kurang bernasib baik dan sekiranya bernasib baik, dapatlah kami mengambil gambar di bahagian dalam masjid terutama apabila kubah dibuka, sungguh indah pemandangan ketika itu dapat terus melihat menara masjid. Terdapat 27 buah kubah di masjid Nabawi yang biasanya dibuka setelah selesai solat subuh dan solat asar bagi memberi pencahayaan semulajadi di dalam masjid dan untuk peredaraan udara. Masih terngiang2 suara2 askar wanita yang sering menyuruh kami cepat memenuhi bahagian dalam masjid dan menjerit "Masuk Ibu, masuk Ibu" atau "Cepat Ibu masuk".
Kubah mula dibuka

1 minit untuk kubah dibuka sepenuhnya
Bila kubah dibuka sepenuhnya

Ibu dan Tok Mamie

Ibu dan Jae

Dalam Masjid Nabawi

Tiang2 dalam masjid

Perjalanan menuju ke Raudhah

Satu lagi kisah yang berlaku di Masjid Nabawi adalah ketika kami solat subuh pada pagi jumaat di mana Imam Sheikh Dr. Ali Abdul Rahman al-Huzaifi membaca surah sajadah dan apabila tiba waktu untuk sujud, ramai jemaah yang ruku' sehingga kami merasa bagai ada yang tak kena ketika kami sujud kerana setelah selesai solat, kami diberitahu hampir 90% jemaah yang tidak sujud, mungkin kerana kurang pasti dengan surah tersebut. Tetapi lain pula kisahnya apabila Imam beberapa kali terlupa beberapa ayat dari surah Yassin, ramai pula jemaah yang menegurnya. Oleh itu, Abu Anas membuat kesimpulan bahawa kita hendaklah mempelajari, mengenali dan membaca keseluruhan al-Quran itu, bukan hanya sekadar beberapa surah pilihan tertentu sahaja.

Alhamdulillah kami dapat mengerjakan solat jemaah 40 waktu berturut2 di Masjid Nabawi walaupun tiada hadith yang sahih yang menganjurkan kita berbuat demikian. Tapi sekiranya kita dapat melaksanakannya dengan baik, terserah pada Allah swt untuk menilai dan memberi ganjaran yang setimpal. Alangkah baik sekiranya dapat berbuat sedemikian setelah kembali ke tanah air....sesuatu yang dirasakan terlalu sukar walaupun tidak mustahil.



Bilamana berkesempatan, kami mengambil peluang membeli barang2 untuk dibawa pulang sebagai buah tangan kepada keluarga dan sahabat handai. Walaupun telah beberapa kali menziarah Kota Madinah, kami tidak mengetahui adanya pusat membeli belah bersebelahan Hilton Medina iaitu Taibah Trade & Residential Centre. Harga barangan yang dijual di situ berpatutan dan terdapat banyak pilihan.Kali ini kami banyak membeli buku2 Islam berbahasa Inggeris dan CD mengenai sirah Rasulullah saw dan tiga Masjid Utama dalam bahasa Indonesia dan juga CD MP3 Al Quran yang dibeli dari Kilang Cetak Quran untuk dijadikan buah tangan pada keluarga dan sahabat. Bagi kami ini lebih baik dari barangan lain yang rata2 datang dari Negeri Cina.

Taibah Trade Centre

2 comments:

Intanterpilih said...

Madinah sentiasa menggamit rindu hati saya....memang tenang dan bahagia rasanya....Masa musim haji, balik dari masjid, lepas ziarah nabi, teringat lagi nak ziarah.....eolaholah baginda berada si situ....rindunya!!!

DadaIQ said...

Intan terpilih,
Agaknya semua jemaah yang menziarah Masjid Nabawi dan makam Rasulullah saw akan merasai perasaan yang serupa. Hingga ke saat ini, masih terbayang Raudhah...bilalah agaknya dapat ke sana semula,


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5