Pengarah Yik, Ahmad Robert Abdul Rahim berkata, berlaku peningkatan pelajar yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. Katanya Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah mendapat 100 peratus dalam peperiksaan itu manakala 45 pelajar mendapat 9A.
Maahad Muhammadi Perempuan mencatat 97.81 peratus dimana bilangan pelajar yang mendapat 9A paling ramai iaitu seramai 88 orang. Manakala Maahad Muhammadi Lelaki dan MTS Bustanul Ariffin mendapat 91.75 peratus. Ahmad berkata seramai 6,144 pelajar sekolah agama di bawah Yik menduduki peperiksaan tersebut tahun ini.
No comments:
Post a Comment