Majlis ini pun dirancang "last minute", dua hari sebelum. Oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya menjemput keluarga terdekat serta kawan-kawan Dini dan Faiz. Kami bernasib baik kerana Pak Ngah masih sanggup menerima tempahan katering pada saat-saat akhir begitu juga Ustaz Fatihi yang sudi meluangkan masa menyempurnakan solat isyak dan solat hajat berjemaah.Apa lagi, kami pun kelam kabut menghantar jemputan dan melapangkan rumah untuk jemputan mengerjakan solat.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan kepada semua yang sudi menerima undangan kami, terima kasih kami ucapkan dan mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan.
2 comments:
Dear DadaIQ.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar nampaknya....the food looks good...take care!
Hi Uncle,
We plan to do another one soon, hope you will be around to attend.
Post a Comment