Ramai yang bertanya apa yang perlu dibawa bila anak dapat tawaran belajar di sekolah berasrama. Biasanya sekolah akan menyediakan senarai barang2 yang perlu dibawa dan barang2 yang dilarang sama sekali untuk dibawa ke asrama. Oleh kerana kami berdua pernah duduk di asrama lebih kurang 30 tahun dahulu dan ketiga2 anak kami tinggal di asrama, sedikit sebanyak ada pengalaman apa yang perlu dibawa.
Biasanya baju uniform ditetapkan oleh pihak sekolah sekiranya berbeza dari uniform sekolah2 kerajaan. Oleh kerana ketiga2 anak kami bersekolah di sekolah tahfiz swasta atau tahfiz kerajaan negeri, uniform mereka biasanya jubah. Kakak dengan jubah berwarna purple gelap dan setelah bergelar hafizah perlu memakai jubah biru turquoise, Abang pula jubah kelabu dan kopiah tahfiz manakala Adik dengan jubah putih, serban putih dan kain rida hijau. Seronok melihat mereka ke sekolah berjubah.
Berbalik kepada senarai barang2 yang perlu dibawa, mengikut pengalaman kami dengan tiga sekolah yang berlainan. Mungkin di SBP, MRSM atau sekolah2 lain sebahagian daripada barang2 yang tersenarai tidak diperlukan. Terpulanglah kepada kebijaksanaan masing2 membuat keputusan semasa membeli belah. Senarai ini pun dibuat atas permintaan sepupu yang anaknya menerima tawaran ke MRSM Parit dan ada yang meminta dikongsi untuk rujukan masa akan datang.
1. Quran, buku solat sunat, buku solat yg ada zikir lepas solat, mathurat
2. Telekung (untukperempuan), baju solat yang sesuai (untuk lelaki) and Sejadah
3. Penyapu and sodok sampah
4. Tong sampah and plastic biru
3. Penyapu and sodok sampah
4. Tong sampah and plastic biru
5. Kain buruk dan axion (nak cuci almari and tingkap etc)
6. Mop and ubat lantai (kalau bilik kotor masa mendaftar)
7. Plastik sampah hitam, kalau2 banyak sampah yang ditinggalkan pelajar2 senior
8. Feather duster
9. Alas kaki
10. Spray nyamuk
11. Kertas lapik almari
12. Alarm clock
13. Torch light
14. Cermin muka
15. Air Freshener untuk almari
16. Ubat gegat
17. Tempat sangkut yang boleh lekat tu kalau nak sangkut apa2 dlm almari ker
18. Padlock
19. Key chain nak letak kunci –satu kunci untuk anak simpan, satu lagi lekat di bawah katil atau tempat tersembunyi dengan selotep, kalau kunci hilang ada spare, satu kita simpan dalam wallet. Kadang2 bila kunci hilang, kita tak perlu ke sekolah sebab ada kunci spare bawah katil :-)
20. Engsel – ikut alamari jenis macamana, kalau kayu boleh gunakan engsel, kalau besi biasanya dah tersedia
21. Hammer and paku (paku biasa and paku dinding) atau tool box nak pasang engsel kalau takde
22. Ubat2 – ambik kat klinik yang kita dah biasa bawak anak untuk dapatkan rawatan. (ubat demam, selsema, batuk, sakit perut/cirit, lozenges ) – letak dlm satu bag or bekas
23. Lain2 ubat – plaster, kapas, minyak mestika, minyak gamat, vicks, minyak kapak ker apa2lah yang dia biasa pakai (kalau budak lelaki elok bawak deep heat takut terseliuh masa riadah)
24. Kain batik / kain pelekat
25. Baju biasa untuk pegi prep, baju sukan, baju tidur. Kalau lelaki elok beli beberapa helai pagoda, lebih selesa kalau bilik panas dan perempuan tudung yang bersesuaian
26. Pad, panty liner untuk perempuan
27. Tisu paket kecik (selalunya minggu pertama masih homesick :-)
28. Barang Katil – Cadar, Bantal and Selimut 2 set
29. Towel 2 helai
30. Toiletries (berus gigi, ubat gigi, sabun, shampoo, facial wash etc) and baldi kecik untuk letak perkakas mandi
31. Barang basuh kain – Baldi, sabun basuh, sepit and hanger
32. Bekas Plastik nak letak barang2 make up (bedak, deodorant, perfume, sikat etc) dalam almari kalau tidak bersepah
33. Kepit kuku, cotton bud, sewing kit
34. Beg sekolah and stationeries (calculator and oxford pencil box for maths)
35. Kasut sekolah, kasut sukan, kasut pegi prep,sliper asadi dan slipper toilet
36. Mug, sudu garpu, bekas tupperware utnuk simpan makanan atau biskut
37. Makanan– mineral water elok beli mungkin sekolah tak ada water cooler
38. Wallet, Photostat IC and syilings/phone card seperti italk untuk buat panggilan talian hayat!
39. Boleh lah nak bawak satu family photo kalau2 rindu pada keluarga

40. Kalau nak buat stiker nama pun boleh utnuk dilekat pada barang2 tertentu untuk mengelakkan dari tertukar
Setengah2 sekolah membenarkan pelajar membawa seterika dan kettle tetapi ada sekolah yang menyediakan bilik gosok dan pantry. Biasanya setelah mendaftar barulah pelajar dimaklumkan samada mereka boleh membawa barangan elektrik ke sekolah. Barang2 larangan termasuklah smartphone, MP3, MP4 dan barang2 tajam seperti pisau. Di MRSM, pelajar dibenarkan membawa handphone yang basic.
Barang2 yang siap dikemas |
Barang2 Adik ke SBI |
Ada sekolah yang menyediakan bilik asrama dan bukan dometri seperti MTS, satu bilik 8 orang (4 katil double decker) dan SBI juga 8 orang (4 katil single dan 2 double decker). IQKL boleh memuatkan 12 orang sebilik dengan katil single. Ada ibubapa yang bermurah hati menyediakan tikar getah atau tikar buluh agar anak2 lebih selesa. Ada yang membawa meja jepun pelbagai guna, untuk makan, buat kerja sekolah etc dan ada yang membawa rak buku, rak tuala, rak kasut dan sebagainya. Terpulanglah kepada pengurusan sekolah dan keadaan sekolah yang mengizinkan barang2 tersebut dibawa. Apa yang penting, apa yang kita bekalkan pada anak2 biarlah menjadi manfaat kepada semua rakan2 dibiliknya dan bukan untuk anak kita seorang. Bawalah barang yang anak kita rasakan perlu dan bincang dengan mereka apa yang perlu dibeli. Sebaik2nya jangan bawa barangan berjenama walaupun kita mampu menyediakan untuk mereka kerana kita tidak mahu ada perbezaan di antara anak kita dengan anak2 yang ibubapa mereka kurang berkemampuan. Sekiranya kita mampu, tiada salah membantu rakan2 anak kita yang kekurangan. In sha Allah, segala sedekah yang kita buat untuk anak2 yang mencari ilmu Allah swt akan menjadi amal jariah untuk bekalan kita di akhirat nanti.
8 comments:
Salam.. dekat mana yea nak carik alas katil/cadar putih? terima kasih
Salam Umi
Maaf kurang pasti kerana cadar putih kami beli beberapa tahun lepas untuk Kakak dan tidak digunakan, jadik Adik yang guna. Cuba cari di Mydin.
Assalamualaikum.. Nak tanya, boleh bawa handphone basic tu kat semua MRSM ke?
Salam...bole je...adik sy bawak je...
MP3 memang dah pasti ke tak boleh bawa dekat MRSM?
Assalamualaikum.
tahun ni sy mendaftar mrsm. Kalau meja empat segi dlm ukuran 20cm × 20cm, boleh bawak ke?
Boleh kot... kite pun x tahu
aku dulu budak asrama jugak...takde la banyak beno bawak brg ni...zaman budak2 dah manje skrg
Post a Comment