Friday, January 4, 2013

Kisah Abang dan Kakak....PMR dan Anugerah Kecemerlangan D'Raja

Dalam kekecohan kami mencari sekolah untuk Thaqif, kami tidak lupa pada Abang dan Kakak yang masih memerlukan kami. Walaupun mereka berdua sudah besar panjang dan sudah pandai berdikari, mereka masih perlu diberi perhatian. Pada 19 November 2012 keputusan PMR diumumkan. Ibu dan Faiz ke IQKL untuk  menerima keputusan kerana Abah sibuk dengan kerja. Walaupun Abang target untuk mendapat 7A tetapi dia hanya memperolehi 5A3B1D. Memang Ibu agak kecewa dengan keputusan PMR Abang kerana subjek2 B adalah Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, English dan D Bahasa Arab. Lain2 subjek teras seperti BM, Maths, Sains, Sejarah dan Geografi Abang mendapat A. Kami memang teruja kerana Abang mendapat A untuk Sejarah dan Geografi kerana minatnya yang kurang dalam subjek yang memerlukan bacaan dan mengingat akan fakta2.

Agak sukar bagi Ibu menerima keputusan tersebut pada awalnya kerana bagi Ibu, Abang tidak sepatutnya mendapat B untuk PAI dan  D untuk BA kerana kedua2 subjek tersebut adalah subjek asas pelajar sekolah agama dan tahfiz seperti Abang. Kalau mengikut keputusan2 sebelum ini, Abang jarang sekali tidak mendapat pangkat A dalam kedua2 matapelajaran tersebut termasuk English. Tetapi setelah Ibu melihat kembali jadual peperiksaan, Ibu tahu Abang terlalu menumpukan perhatian pada subjek2 teras dan tidak memberi fokus kepada subjek2 yang bukan teras. Mungkin bukan rezeki Abang untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Abah pula relax menerima keputusan Abang. Katanya pada Ibu, walaupun Abang tidak mendapat 9A, tetapi di dadanya ada 17 juzuk Al Quran yang sudah dihafaz. Itulah kejayaan yang sebenarnya dan yang patut kami syukuri dan bukan keputusan PMR. Kami redha dan terima seadanya dan terus berdoa agar Abang terus gigih berusaha untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM. Sebagai imbuhan, kami belikan Abang sesuatu yang sudah lama diidamkannya, the Inspirational Monster Beats.

Beralih kepada kisah Dini. Ibu bertuah kerana dua orang rakan Ibu akan ke Alex dan sudi membawa kiriman untuk Dini. Lagipun, mereka sudah kenal Kakak dari dia masih kecil. Alhamdulillah, dapatlah Ibu mengirim barang2 yang Kakak perlukan termasuk makanan kegemarannya, tempoyak dan budu. Aida, rakan Ibu semasa Ibu bekerja di Celcom ke Alex pada 7 Disember dan Reha, kawan sekolah Ibu pula ke Alex pada 20 Disember 2012. Kedua2nya akan terus ke Alex apabila tiba di Mesir. Jadi mudahlah Ibu mengirim perishable food. Aida sudi membawa one whole luggage bag dengan berat tidak lebih 20kg, kerana Egypt Air membenarkan penumpang membawa 46kg. Alhamdulillah, banyak benda yang Kakak perlukan terutama winter coats yang Ibu belikan semasa di Turki, IT gadgets, food stuff dan barang2 keperluan lain. Aida pergi bersama Kakaknya untuk bercuti jadi tidak banyak barang yang dibawa. Dapatlah Ibu kirimkan tempoyak dan budu yang telah difrozenkan pada Kakak. Reha pulak pergi bersama keluarga melawat anaknya di sana. Anak Reha pergi ke Alex pada tarikh yang sama dengan Kakak tetapi Afiq mengambil jurusan dentistry. Oleh kerana Reha terus ke Alex dengan Kuwait Airways, Ibu dapat kirimkan sayur seperti kangkung dan kailan dan lain2 daun seperti kesum, limau purut, kunyit dan kari. Alhamdulillah, terimakasih yang tak terhingga pada Aida dan Reha yang sudi bersusah payah membawa barang2 keperluan Dini. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas segala kebaikan mereka.

Luggage Bag Dini
Beg penuh dengan barang!
Stationaries from Typo pun ada
Dini, Aunty Aida and her sis
Dini and Aunty Reha
Seminggu sebelum berakhirnya tahun 2012, Dini menghantar watsapp memaklumkan kepada kami mengenai Majlis Anugerah Kecemerlangan D'Raja untuk SPM 2011 dan namanya tersenarai sebagai salah seorang penerima anugerah. Majlis tersebut diadakan pada 29 Disember 2012 di Istana Negeri dan disempurnakan oleh Sultan Muhammad V. Oleh kerana Dini tiada di sini, dua orang wakil dijemput menerima anugerah tersebut. Jadi Ibu dan Abah walaupun baru balik Kelantan menguruskan hal sekolah Thaqif, tidak mempunyai pilihan kerana perlu hadir mewakili Dini. Kali ini kami hanya balik berdua kerana Abang perlu membuat persiapan sebelum kembali ke sekolah pada 31 Disember 2012 dan Adik pun letih kerana terlalu banyak berjalan sepanjang cuti sekolah. Dua kali kami balik ke Kelantan dan pada minggu cuti Krismas kami bersama2 keluarga Tok Abah ke Fraser's Hill untuk percutian keluarga.

Kami bertolak selepas solat zohor pada 28 Disember 2012 dan tiba di Kuala Krai pada malamnya. Esok paginya kami ke pasar pagi untuk memberi barang keperluan seperti ikan kering dan lain2. Memang menjadi kebiasaan untuk kami ke pasar pagi sekiranya kami berada di Kuala Krai pada hari Sabtu. Kami memang gemar melihat sayur2 kampung, pelbagai makanan, barang2 dari siam dan macam2 barang yang pelik yang dijual di sini. Kami bertolak ke KB lebih kurang jam 9.30 pagi dan sempat singgah di Ketereh untuk menikmati Su Nasi Kerabu sebelum terus ke rumah Wae Nah untuk membincangkan hal kenduri Hafiz. Abah sudah ada part time job, menjadi jurucakap bagi majlis bertunang dan akad nikah keluarga terdekat. Ibu pulak sebagai advisor untuk Abah mengenai adat2 dan protokol untuk majlis2 begini. Kami bertuah kerana selalu diberi kepercayaan menguruskan hal2 keluarga, bukan sahaja hal2 nikah kawin, tetapi lain2 hal seperti masalah keluarga, kematian, urusan harta pusaka, perhimpunan keluarga dan macam2 lagi. Alhamdulillah, bagi kami ini adalah peluang bagi kami mengukuhkan ukhwah dan mengeratkan silaturrahim. Bila umur semakin meningkat, kita perlu menerima tanggungjawab sebagai pelapis menggantikan mereka yang sudah tua.

Istana Negeri Kubang Kerian
Tempat khas VIP dan SMV
Ibu dan Abah mewakili Kakak
Dewan Jublee Intan penuh sesak
Ibu beratur menunggu giliran
Menerima hadiah dari Tengku Puan Laksamana
Rakyat menunggu ketibaan SMV
Kami tiba di Istana Negeri tepat jam dua seusai solat zohor dan jama' taqdim di Majlis Sultan Yahya Petra. Ramai yang sudah tiba dan kami perlu beratur panjang mendaftar di kaunter Yik. Alhamdulillah seronok melihat ramai pelajar dari MTS yang menerima anugerah. Untuk MTS Tanah Merah, seramai 29 orang yang disenaraikan tetapi hanya seorang yang berada di Malaysia. Yang lain semuanya sudah melanjutkan pelajaran di Mesir dan negara lain dalam bidang profesional. In sha Allah, mereka bakal kembali sebagai protaz dan protazah dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara dalam memperkukuhkan Islam di bumi Malaysia. Oleh kerana jumlah penerima yang ramai lebih kurang 530 orang, hanya 18 orang yang mendapat kurniaan terus dari SMV. Yang lain menerima anugerah masing2 dari Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim dan isterinya. Ibu mengambil hadiah berupa Sijil Pengiktirafan yang ditandatangani oleh SMV dan pen yang tertulis "Tahniah SMV".


Petikan dari akhbar Sinar Harian
Hadiah yang diterima
Pen tertulis Tahniah SMV
Majlis ini yang julung kalinya diadakan dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi bagi meraikan pelajar cemerlang. Alhamdulillah, Dini sangat bertuah kerana sebelum ini Majlis Graduasi Tahfiz yang dianjurkan Yik juga adalah majlis yang pertama diadakan. Pelajar2 dan wakil2 selesai menerima anugerah masing2 dalam pukul 4.15pm dan kami diminta menunggu ketibaan SMV bagi meneruskan majlis. Tetapi agak malang kerana SMV tidak muncul2 hingga jam 6pm dan Abah sudah mulai resah kerana duduk terlalu lama. Kami juga tidak dibenarkan keluar dari dewan. Ramai yang mulai resah kerana perlu solat asar dan ramai juga yang sudah kehausan dan kelaparan kerana menunggu terlalu lama. Kami hairan mengapa keadaan seperti ini berlaku. Adakah ia suatu kebiasaan bagi rakyat menunggu kedatangan raja untuk majlis formal seperti ini? Kami akhirnya membuat keputusan untuk balik dan memberitahu polis yang menjaga pintu kami perlu ke airport untuk balik ke KL. Sejurus kami keluar dari dewan, kedengaran bunyi siren. SMV akhirnya tiba di Istana Negeri jam 6.15pm dan kami sudah tawar hati untuk kembali ke dalam dewan dan terus beredar dari kawasan istana. Kami singgah di gerai air kepala muda untuk membasahkan tekak yang kering dan menikmati mee goreng sebelum balik ke Kuala Krai. Walaupun hampa kerana tidak dapat melihat SMV dari dekat kami tetap bersyukur atas kurniaan dari Baginda. Bagi kami yang pertama kali dapat masuk ke Istana Negeri, ianya suatu pengalaman manis dan pahit yang tidak mungkin dapat kami lupakan. TAHNIAH Dini....

4 comments:

Uncle said...

Tahniah juga dari Uncle!

DadaIQ said...

Thanks Uncle. Dah lama tak nampak komen Uncle :)

DadaIQ said...
This comment has been removed by the author.
DadaIQ said...
This comment has been removed by the author.

Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5