Cuti Maulud Nabi yang lepas kami balik kampung lagi...tetapi kali ini kami tidak bersendirian tetapi ditemani tiga orang rakan baik Ibu, Intan, Liz dan Gylle. Dah lama sebenarnya mereka berhajat untuk ke Kelantan sempana Visit Kelantan 2012, tetapi tidak berkesempatan. Maklumlah kali terakhir mereka ke sini mungkin waktu zaman persekolahan. Walaupun Liz selalu jugak ke KB, tapi hanya untuk hadir ke mahkamah dan tak sempat berjalan-jalan dan meneroka bumi Kelantan penuh barakah ini. Abah bersetuju untuk membawa Ibu dan kawan2 JJCM sambil membeli belah di Kelantan untuk 3D2N.
Bagi menjadikan perjalanan kami lebih interesting dan mengembalikan nostalgia zaman sekolah, kami berempat menaiki keretapi Senandung Wau pada 24 Januari 2013 jam 8.30pm di KL Sentral. Apabila pengumuman dibuat, kami begitu teruja dan turun ke platfom B untuk menaiki coach. Walaupun terkejut dengan keadaan keretapi yang sudah agak usang (karat disana sini), kami tidak mempunyai pilihan lain. Kami mengambil dua cabin yang menempatkan dua katil, sebuah kerusi dan sink. Walaupun agak usang, bahagian dalam cabin masih dijaga dengan baik. Kami diberi dua biji bantal dan selimut serta air mineral dan biskut yang diikat didalam "supek" (beg plastik pink). Harga tiket untuk seorang ialah RM105 dan kami membeli melalui on-line. Alhamdulillah, keretapi berlepas tepat pada waktu dan ketika itu perut kami sudah mula berkeroncong. Ibu seperti biasa menyediakan bekal nasi goreng kampung, telur mata,ikan bilis goreng, kicap dan cili padi serta nenes dan asam sebagai pencuci mulut. Apa lagi, setelah puas berposing di dalam cabin, kami pun berpicnic di atas keretapi. Kantin KTM terletak 5 coach dari coach kami dan setelah selesai makan, Liz dan Gylle ke kantin untuk membeli kopi.
Perjalanan yang memakan masa setengah hari memang menyeronokkan, dengan keadaan cabin yang terlalu sejuk dan keadaan keretapi yang bergoyang2. Kami menghabiskan masa berbual dan hanya tidur setelah tiba di Gemas. Stesen Tampin dan Gemas memang sudah banyak berubah. Tiada lagi orang yang naik ke keretapi semasa keretapi berenti untuk menjual minuman panas dan makanan di dalam bungkus seperti dulu. Memang best tidur dalam keretapi dengan bantal yang empuk dan rasa seperti dibuai. Ibu terjaga semasa keretapi berhenti di Kulau Krau dan sambung tidur hingga handphone berbunyi. Ada message dari Abah "Dah bangun subuh ker?". Waktu itu lebih kurang pukul 6 pagi. Jadi kami bergegas bangun dan menunggu giliran untuk ke bilik air dan mengambil wuduk. Surau terletak bersebelahan dengan cabin kami, muat untuk dua orang sekali solat. Memang mencabar untuk solat semasa keretapi berjalan kerana kita terpaksa balance untuk berdiri dan rukuk. Kami akhirnya tiba di Kuala Krai jam 8.40am dan Abah dan Adik sudah menunggu kami di stesen. Abah dan Adik balik dengan kereta supaya senang membawa kami berjalan2 di Kelantan Alhamdulillah. Suasana kampung yang sungguh nyaman membuatkan rakan2 Ibu teruja kerana walaupun matahari sudah mula naik, udara masih sejuk dan berkabus. Itulah perbezaan antara kampung dan bandar.
Setibanya kami di Kuala Krai, perkara pertama yang kami lakukan ialah mencari "breakfast". Breakfast di sini bukan macam di KL atau di mana2 tempat, ada keistimewaan tersendiri. Antara yang popular ialah nasi kerabu dengan daging atau ayam bakar, nasi berlauk ayam atau ikan, pulut pagi dan berbagai jenis kueh mueh. Apa lagi, kami pun memborong bermacam2 makanan untuk breakfast di rumah Tok Abah. Ada yang belum pernah merasa nasi kerabu Kelantan yang original. Selesai makan dan berehat, kami ke Lata Rek, air terjun yang terletak kira2 30km dari K. Krai. Kawan2 Ibu sungguh teruja melihat kecantikan Lata Rek dan hairan kerana tidak ada pengunjung cuma beberapa kerat orang kampung yang bermain air. Sayang sungguh tempat secantik ini ciptaan Allah swt tidak ramai yang menikmatinya. Dalam perjalanan pulang, kami singgah membeli buah rambai, hanya RM2 setangkai. Isinya manis dan sedap.
Oleh kerana Abah harus pulang untuk solat jumaat, kami bergegas balik dan berehat sambil menunggu Abah dan Adik selesai solat Jumaat. Ada yang tidur kerana keletihan. Setelah solat zohor jama' kami berangkat ke KB melalui Tanah Merah untuk singgah di Restoran Tepi Sungai untuk makan tengahari. Terubat juga rindu kami untuk makan di sini kerana Dini sudah tidak lagi sekolah di sini. Terlampau banyak pilihan lauk pauk dan bubur hingga sukar membuat pilihan. Setelah makan, kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang dan sempat singgah di sekolah Dini yang sekarang hanya dihuni oleh banat (pelajar perempuan). Semasa di Rantau Panjang, kami menziarah Masjid Beijing dan sempat membeli sabun beras buatan siam sebelum kedai tutup pada pukul 5pm. Sabun beras di Thailand dijual pada harga RM12 sedozen tetapi di Rantau Panjang kami dapat membeli dengan harga RM17. Di KL katanya harga sebijik sabun beras mencecah belasan ringgit. Banyak juga untung yang diambil untuk sebiji sabun. Baunya wangi dan sedap.
Kami tiba di Grand Riverview lebih kurang waktu Maghrib. Alangkah terkejutnya kami kerana bilik suit yang ditempah Gylle untuk mereka bertiga dihias begitu cantik, sesuai untuk pasangan yang berbulan madu. Rupanya Gylle telah membuat special request untuk bilik kami, tetapi kerana bilik bersebelahan adalah twin deluxe, jadi pihak hotel telah membuat hiasan angsa dua ekor di bilik suit. Seronok juga kami melihat tub yang dipenuhi dengan kelopak mawar, siapalah yang nak mandi dalam tub tu...Rakan kami di STF, Gee tiba sejurus kami check-in. Memanglah seronok bila jumpa kawan sekolah, mulalah tak ingat dunia. Kami kemudian bersiap untuk makan malam di Captain T Restaurant yang terletak di tepi Sungai Kelantan, berdekatan Tesco.
Restoran ini baru dibuka pada Jun 2012 dan berkonsepkan kapal. Sebuah kapal berada di atas sungai dan sebuah lagi di darat. Oleh kerana kapal yang di atas sungai sudah penuh dengan tempahan, kami akhirnya mendapat meja di dalam perut kapal di atas darat tetapi masih berada di atas air. Pelik kan? Kami menempah pakej untuk 6-8 orang yang menyajikan enam jenis makanan pada harga RM240. Sungguh berbaloi. Kami juga order ketam masak cili. Makanan memang best dan sedap ditambah pula dengan suasana di atas kapal. Alhamdulillah, setelah selesai makan, kami say goodbye to Gee. Kami tidak terus balik ke hotel tetapi ke Wakaf Che Yeh, destinasi terkini membeli belah yang beroperasi hingga ke larut malam. Kami tidak sempat cover kesemua gerai kerana terlalu banyak dan badan sudah tidak mengizinkan. Kami akhirnya akur dan balik ke hotel lebih kurang jam 12 tengahmalam. Satu hari yang memenatkan tetapi menyeronokkan dan penuh dengan pengalaman baru.
|
Captain T Restaurant |
|
Mini Reunion |
|
Makan dalam perut kapal |
|
Seafood dinner |
|
Restoran atas air |
|
Our Driver and Bodyguard |
|
Cili Crab, awesome |
4 comments:
hehhhehe tq Dada for jotting it down.... looking forward to the rest - what sweet memories :)
Gylle,
It was a good experience for us too...lepas ni boleh buat private tour to those interested nak explore Kelantan, but with a charge of coz :-)
salam kenal..
memang seronok ke Kelantan.. tapi kalau drive rasa serik.. penat.. baik amik flight je. tp teringin lak naik train macam u..
Salaam Perkenalan Azian
Kami memang selalu balik kampung drive kadang2 sampai 10-15 jam kalau raya atau cuti panjang. Sekali sekala naik bas atau tren memang best. Kami jarang ambik flight sebab nanti balik kampung susah nak ronda :-)
Post a Comment