Tuesday, March 12, 2013

Ambo Maghi Doh Kelate...Day 2

Keesokkan harinya kami meneruskan jelajah kami di bumi barakah ini. Destinasi pertama ialah ke Pengkalan Kubor. Oleh kerana kami bertolak awal, kami sempat meninjau Pantai Seri Tujuh di Tumpat dan MRSM Tumpat yang canggih berbanding sekolah Kakak di Tanah Merah yang serba kekurangan. Kami banyak menghabiskan masa di kedai menjual jersi. Thaqif sememangnya arif dengan kedai2 jersi di sini dan menjadi konsultan untuk Aunty Intan yang membeli 14 helai jersi untuk anak2nya. Jersi yang dijual di sini memang murah, berkualiti dan terdapat banyak pilihan. hampir semua jersi pasukan luar negara dan kelab2 ternama ada di sini. Kita juga boleh membuat nama dan nombor dengan harga yang tersangat murah berbanding di KL.

Abah memang telah merancang untuk membawa kawan2 Ibu pulang ke kampungnya di Dewan Besar Labok untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya atau di Kelantan dipanggil "Bekwoh" atau kenduri. Dalam perjalanan ke sana, kami singgah membeli "Etok", sejenis makanan yang hanya boleh didapati di Kelantan. Ia seperti lala yang kecil yang disalai, memang sedap. Tidak semua yang sanggup mencuba tapi rasa sekali pasti nak lagi. Kami kemudian berhenti di Tunjung untuk menikmati air kelapa muda dan pulut mangga bagi menghilangkan dahaga dan mengalas perut. Apabila tiba di kampung, kami singgah di rumah Pok Mae untuk berehat sambil menunggu Tok Abah dan Tok Mama yang datang dari Kuala Krai. Setelah mereka sampai, kami pun terus ke rumah pengantin untuk menjamu selera. Bagi rakan2 Ibu, inilah pengalaman pertama mereka menghadiri bekwoh di Kelantan. Majlis yang sungguh sederhana tetapi meriah dan disajikan dengan lauk-pauk yang sedap. Setelah pengantin tiba, kami beransur pulang kerana masih banyak lagi tempat yang perlu kami cover. Kami singgah di Masjid Kampung Laut untuk solat dan menziarah masjid tertua di Malaysia.

Kami seterusnya ke Nordin Batik sebelum ke Pantai Cahaya Bulan. Sudah lama kami tidak ke sini dan keadaan pantai sudah banyak berubah. Seronok melihat ramai pengunjung yand datang membawa anak2 bermain layang2 dan menikmati colek di gerai2 di tepi pantai. Kami tidak melepaskan peluang merasa colek yang terdiri dari berbagai makanan laut yang digoreng dengan tepung. Bila matahari mula terbenam kami beredar dan singgah di kedai2 di sepanjang jalan yang menjual kaftan. Setelah selesai bershopping, kami berhenti di D'Syaz Cafe untuk menikmati Maggi Ketam tersohor di sini. Sememangnya Kelantan terkenal dengan bermacam2 makanan yang enak2 sehingga kami tidak berhenti makan semenjak tiba di sini. Maggi Ketam di D'Syaz cafe memang awesome, walaupun kami masih agak kenyang, tapi semangkuk besar maggi ketam licin dalam sekelip mata. Kami kemudian singgah di Ajhis Nasi Lemak, atas permintaan Thaqif kerana dia teringin nak merasa nasi lemak Piya, the TRW. Sempat juga dia membeli sehelai T-shirt di gerai Piya. Apabila kami tiba di hotel, Abah ternampak pemain impot baru TRW, Petratos di lobi GRV. Apa lagi, kami pun kelam kabut mengejar Petratos kerana Adik tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengannya.  Adik pun apa lagi terus menyarung jersi TRW yang baru dibeli di Pengkalan Kubor dan bergambar bersama Petratos. Sememangnya, hari ini adalah hari Thaqif, dapat jersi baru TRW, dapat ke kedai Piya dan dapat bergambar dengan Petratos.

Jalan2 di Pengkalan Kubor
Masjid Kampung Laut
Pekena air kelapa dan mangga pulut
Kampung Dewan Besar
Ronda kampung
Rumah Pok Mae
Pengantin tiba
Bekwoh
Nordin Batik
@ PCB
Colek Seafood
Tiga Dara Pingitan
Makan Lagi!!!
D'Syaz Cafe...
Maggi Ketam
Lokasi berhadapan Kem Kijal, PCB
Clear...
Kedai souvenir Piya

Ajihs Nasi Lemak 80sen
Adik and Petratos

No comments:


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5