Thursday, March 21, 2013

Ambo Maghi Doh Kelate...Day 3

Hari terakhir kami di Kelantan. Masih banyak lagi yang belum selesai dan yang paling utama agenda untuk bershopping batik di Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu. Pagi2 lagi kami sudah bersiap untuk breakfast di Kopitiam Kita. Satu lagi destinasi popular untuk makan pagi di mana semua makanan Kelantan tersohor ada dijual disini. Kami sendiri belum pernah sampai ke sini dan hanya berpandukan google map. Puas juga kami mencari lokasi Kopitiam Kita dan hampir setengah jam sesat di Jalan Pengkalan Chepa. Akhirnya kami tiba di Kopitiam Kita yang terletak di Taman Desa Jaya berhadapan dengan Hotel Pacific. Lokasinya agak tersorok dan landmarknya signboard Villa Inn. Ramai yang menunggu meja kosong kerana terlalu ramai pengunjung. Maklumlah, semua makanan tersohor ada di sini, Nasi Berlauk Air Dingin Tumpat, Nasi Tumpang, Nasi Berlauk Tanah Merah, Nasi Kerabu dan yang paling best, Roti Kitab. Kami sempat berjumpa Reha, rakan Srikandi yang kebetulan balik kampung. Alhamdulillah, memang puas hati.





Setelah kenyang perut, kami terus ke Pasar Siti Khadijah dan memulakan agenda bershopping. Kami menghabiskan masa di tingkat tiga selama dua jam, dari satu kedai ke satu kedai sampai sesat kerana terlalu banyak kedai dan lorong. Boleh tahan juga kami memborong. Walaupun belum puas window shopping, dan masa yang tidak mengizinkan, kami meneruskan agenda shopping di Bazar Buluh Kubu. Kami hanya sempat membuat satu pusingan di tingkat satu. Abah sudah gelisah menunggu kerana kami perlu kembali ke hotel untuk check out dan menghantar rakan2 Ibu ke airport pada jam 3 petang. Kami sempat kembali ke hotel, packing, freshen up dan solat sebelum check out. Sebelum ke airport, kami singgah di Yati Ayam Percik untuk makan tengahari. Seperti biasa kami menikmati Nasi Kerabu Daging Bakar, Ayam Percik, Solok, Bawang Putih Jeruk dan Telur Masin, makanan kelantan terakhir sebelum kembali ke KL. Alhamdulillah, memang best. Setelah selesai, kami terus ke airport yangterletak tidak jauh dari situ, lebih kurang 15 minit perjalanan.









Berakhirlah percutian rakan2 Ibu di Kelantan selama 3 hari 2 malam. Walaupun masih banyak tempat yang belum sempat dilawati dan masih banyak lagi makanan tersohor yang belum dicuba, kami berharap agar perjalanan singkat mereka di bumi berakah ini dapat memberi gambaran mengenai cara hidup dan budaya orang Kelantan di bawah pimpinan seorang ulama selama lebih 20 tahun. Sekurang2nya mereka sudah boleh  bertutur beberapa perkataan dengan loghat Kelantan seperti "Ambo Maghi Doh Kelate".





No comments:


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5