Tuesday, January 15, 2013

Hari Pertama Thaqif di Sekolah Bina Insan

Hari ini genap seminggu Thaqif berada di SBI. Minggu lepas 7 Januari 2013 kami ke SBI untuk mendaftar dan merupakan hari pertama Adik akan bermalam jauh dari rumah. Kami tiba di Pusat Konvensyen KUIS lebih kurang jam 9 pagi dan sewaktu kami tiba, sudah banyak kereta dan ramai ibubapa sibuk mengisi borang. Proses pendaftaran berjalan lancar, hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan supaya keadaan terkawal. Maklumlah ada lebih kurang 400 lebih pelajar yang mendaftar termasuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Jadi ibu dan adik saja yang masuk dan Abah dan Nenek menunggu di luar bersama Tok Abah dan Pak Ngah. Setelah mengisi borang2 yang diperlukan, kami terus masuk ke dewan. Terdapat tiga seksyen yang perlu kami lalui, mula2 kami perlu membuat bayaran yuran sebanyak RM1,500, kemudian menyerahkan dokumen kepada guru kelas dan akhir sekali mendaftar asrama. Yuran di SBI hanya RM300 sebulan walaupun kos makanan sudah melebihi RM400. Kami dimaklumkan SBI menjana pendapatan melalui yayasan dan dana yang diperolehi dari situ digunakan untuk menampung kos pembelajaran dan gaji guru2 dan kakitangan SBI. Sebuah institusi yang hebat. Thaqif mendapat bilik nombor 203 di Blok C, Qaryah Tok Kenali. Alhamdulillah dia tidak perlu menapak hingga ke tingkat 4 kerana biliknya terletak di tingkat satu.

Setelah selesai urusan pendaftaran, ibubapa diminta ke dewan untuk mendengar taklimat mengenai SBI dan diperkenalkan kepada mudirah, Ustazah Khairunisa dan ahli lembaga pengarah. Kami teruja mendengar penerangan dari salah seorang pengarah SBI, Ustaz Imran Kamal Basah, Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa dan Alumni) KUIS yang menerangkan dengan panjang lebar beserta powerpoint slides mengenai   misi dan visi SBI dalam megubah lanskap pendidikan kontemporari yang ada di Malaysia sekarang kepada pendidikan islam sebenar yang melahirkan insan ta'dibi dan menjadikan masjid sebagai pusat pembelajaran. Semoga usaha murni Kerajaan Negeri Selangor dan JAIS melalui KUIS dalam melahirkan insan berilmu dan berakhlak berteraskan Al-Quran dan Sunnah dapat direalisasi melalui SBI. Kami juga dimaklumkan mengenai peraturan2 sekolah terutamanya mengenai "outing" dan "overnight". Seperti sekolah2 asrama yang lain, kami hanya dibenarkan membawa anak2 keluar outing pada minggu kedua dan overnight pada hujung bulan. Minggu pertama dan ketiga kami hanya dibenarkan datang melawat pada waktu2 yang ditetapkan.

Kami hanya dibenarkan masuk ke asrama pada pukul 2 petang.  Jadi Thaqif dan Abah sempat ke kedai mamak di Bandar Seri Putra untuk makan tengahari dan ibu serta Tok, Tok Wan dan Nenek makan di food court KUIS. Boleh tahan juga makanan yang dijual di KUIS. Sementara menunggu waktu zohor, kami ke asrama Thaqif dan mula mengemas barang2 Thaqif sambil Nenek membersihkan almari dan mengemop lantai. Ramai juga ibubapa yang mengemas barang anak2 mereka jadi kami kira tiada masalah sekiranya kami berbuat demikian kerana bilik asrama sudah ditentukan semasa pendaftaran. Lebih kurang jam 2 petang, beberapa petugas datang dan menegur kami kerana kami tidak dibenarkan masuk ke asrama sebelum barang2 yang dibawa diperiksa. Pada mulanya, ibubapa tidak dibenarkan naik ke asrama, hanya pelajar dibenarkan berbuat demikian. Tapi setelah mendapat maklumbalas dari ramai ibubapa yang ingin melihat bilik dan membantu mengemas barang2 anak masing2, kami dibenarkan naik. Mana mungkin budak tingkatan satu yang tidak pernah meninggalkan rumah tahu apa yang perlu dibuat. Tambahan pula anak2 lelaki yang kebanyakkannya tidak pernah membuat kerja2 rumah tetapi menghabiskan 2 bulan cuti sekolah selepas UPSR bermain PS3, PSP, Computer, Handphone dan macam2 gadjet lain.

Setelah selesai hal asrama, kami ke rumah Pak Ngah untuk berehat dan menghantar Tok Abah balik. Dapatlah Thaqif berehat setelah penat seharian di SBI. Lebih kurang jam 4.30 petang, kami kembali ke SBI untuk solat asar dan terus ke Pusat Konvensyen untuk menyerahkan anak2 kepada SBI. Waktu ini kelihatan ramai ibubapa dan anak2 yang mengalirkan airmata termasuklah kami semasa bersalaman dengan Thaqif. Pada awalnya kami agak yakin Thaqif tidak akan menangis kerana dia sememangnya tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru di SBI. Thaqif memang look forward semasa kami mula mencari sekolah untuknya sebab hendak duduk asrama macam abang dan kakak danbelajar tahfiz. Semasa kami membeli barang2 keperluan Thaqif di asrama, dia yang banyak membuat pilihannya sendiri dan tidak pernah merungut. Harapan kami agar Thaqif cekal dan tabah menghadapi segala ujian dan cabaran di SBI. Maklumlah peraturan di sekolah semestinya lebih ketat dan teratur tidak seperti di rumah, senang dan bebas.

Setelah memberi kata2 akhir dan semangat pada Thaqif, kami beredar untuk pulang. Setelah kami melepasi tol Putra Mahkota, Ibu sedar buku peraturan asrama ada di dalam begnya dan nak tak nak Abah terpaksa berpatah balik ke SBI dan membuat u turn di Bangi. Oleh kerana tidak mahu menggangu taklimat yang sedang berlangsung, kami meninggalkan buku tersebut di biliknya dengan sekeping nota di atas katil. Kami tiba di rumah lebih kurang jam 8 malam dan sejurus kemudian, Ibu mendapat panggilan telefon dari Thaqif. Dengan suara yang tersekat2 sambil menangis teresak2, Thaqif memberitahu kami yang dia tidak mahu tinggal di SBI kerana peraturan yang ketat. Belum pun sampai 2 jam Thaqif di SBI. Tiada apa yang dapat kami lakukan selain memberi kata2 perangsang dan semangat agar dia tabah menjalani kehidupan baru di SBI.

Apa pula cerita Thaqif di SBI setelah seminggu berada di sana? Nantikan posting seterusnya...
Adik dan Abah
Adik dan barang-barang asrama
Adik dan nenek
Adik dan Ibu
Adik mendapat kelas Ibnu Haihtam
Borang Pendaftaran
Taklimat Ibubapa
Adik dan kawan2 baru
Pusat Konvensyen tempat mendaftar
Selesai mendaftar, minum di food court KUIS
Tok Wan, Pak Ngah, Tok, Tok Abah
Bilik 203, Blok C
Study Room
Bilik air
Toilet
Corridoor
Abah dan Tok Abah 
Washing room
Mengemas time
Locker Adik ready
Katil dan locker Thaqif

Asrama Thaqif, Qaryah Tok Kenali
Sebelum berpisah
Saat-saat terakhir dengan Abah
Kelas Thaqif Ibnu Haitham
Majlis Penyerahan

8 comments:

Anonymous said...

Salam,

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Saya tengah pening untuk tempatkan anak di Tingkatan 1 sebab dapat 3A dan Jayyid Jiddan je. Dapat sekolah agama JAIS tapi tak ada tahfiz. Cadang nak hantar tahfiz juga di SBI cuma tak pasti sebab baru first intake.

DadaIQ said...

Salaam,
Terimakasih kerana sudi singgah.

SBI masih mengambil pelajar tingkatan 1. Boleh cuba hubungi pejabat. In sha Allah, mereka akan jadi pioneer untuk SBI. Dari input yang kami perolehi dan setelah 2 minggu anak kami di sana, kami yakin SBI dapat memberi sesuatu yang baik buat pelajar2nya.

ummu ain said...

Assalamualaikum..

mcamna target hafazan di SBI? setahun brp juzuk..
ada exam SMA tak?
1 guru brp org pelajar utk hafazan?

DadaIQ said...

Waalaikumsalam Ummu Ain
Kurikulum SBI dan lain2 maklumat boleh rujuk di blog SBI www.SBI2013.blogspot.com. In sha Allah semua persoalan akan terjawab.

rin said...

Assalammualaikum,

Terima kasih kerana berkongsi ilmu, saya mmg sedang mencari2 feedback dari ibu bapa yang telah menghantar anak ke SBI, secara keseluruhannya adakah puan berpuas hati dengan prestasi anak puan disitu dan cara pentadbira SBI. Semoga anak puan mendapat ilmu yg dapat dimanafaat semula suatu hari nanti.

Anonymous said...

salam,
Anak perempuan saya form 1 di SMAP Kajang. Meskipun sekolah hebat dgn status SBP dan sek kecemerlangan dan berprestasi Tinggi tetapi saya kurang puas hati dgn pengurusan asrama di situ..Asramanya mmg agak daif krn sek lama..saya dapati juga pengurusan kurang memuaskan di peringkat sekolah..rasa mcm nak pindahkan ke SBI..masih terfikir2 adakah satu keputusan yang betul dari SBP ke SBI ni...

Anonymous said...

Perkara yang saya sgt tidak puashati di SMAP Kajang, bila guru sgt kurang masuk kelas..di asrama pula warden kurang memantau..kes kecurian dan buli mental sering berlaku...bila ibu bapa campur tgn jadi lain pula...

ANN said...

Assalamualaikum.
Saya sedang mencari sekolah sains tahfiz untuk anak saya tapi kami Dari Cape Town. Hal ini bermakna anak saya tidak mengambil sebarang peperiksaan awan di malaysia. Jadi Sekarang ni kami tegah mencari hingga je saat ini.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5