Thursday, December 30, 2010

Majlis Graduasi Tahfiz YIK



Tanggal 21 Muharram 1432H/27 Disember 2010 kami diundang menghadiri Majlis Graduasi Pelajar Maahad2 Tahfiz di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Majlis yang diadakan di Balai Islam Lundang adalah yang julung2 kali dianjurkan oleh YIK bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada para huffaz Maahad Tahfiz di bawah kelolaan YIK di atas kejayaan mereka menamatkan hafazan walaupun berhadapan dengan berbagai halangan.

Kami amat bertuah kerana majlis ini dihadiri dan dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz. Walaupun TGNA kelihatan uzur dan hanya duduk di atas kerusi khas yang disediakan, beliau masih bersemangat mencapaikan ucapan yang diselit dengan tazkirah kepada para hadirin terutamanya kepada para huffaz.

Di awal pimpinan TGNA, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ditubuhkan pada tahun 1992 dan semenjak dari itu, ramai para huffaz yang berjaya dilahirkan dan makin banyak maahad2 tahfiz ditubuhkan termasuk Maahad Tahfiz Sains. Hingga kini, setelah lebih kurang 20 tahun, maahad2 tahfiz YIK telah melahirkan lebih dari seribu orang huffaz, satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Di dalam kata2 aluan Pengarah YIK, En Ahmad Robert memaklumkan bahawa terdapat 46 orang huffaz dari MTS yang sedang mengikuti kursus perubatan terutamanya di Timur Tengah.

Bagi majlis yang pertama kali diadakan, seramai lebih 350 orang huffaz menerima sijil dengan pelajar MTS dan MTAQ antara yang paling ramai menerima diikuti SMU(A) lain. TGNA hanya menyampaikan sijil kepada Tokoh Tahfiz 2010 dan beberapa orang huffaz sebelum meninggalkan majlis kerana uzur. Penyampaian sijil diteruskan dan disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan YB Dato' Mohd Amar Hj Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah. Antara anugerah lain yang disampaikan ialah bagi Hafiz sebelum tempoh 3 tahun, Hafiz terbaik setiap maahad dan Mushaf tulisan tangan terbaik.

Setelah selesai majlis, kami sempat bertemu dengan rakan baik Ibu semasa di Makkah, Hajjah Arnizam yang bertugas di Balai Islam dan kami sempat makan tengahari bersama2 di Restoran Syakilla sebelum beredar pulang.
Tahniah Kakak kerana menjadi sebahagian daripada para huffaz yang menerima sijil pada majlis yang pertama kali diadakan. Jangan lupa pesanan TGNA kepada para huffaz untuk menjadi penyambung wadah perjuangan dakwah dalam memperkasakan ummah dan menjadikan Al Quran sebagai teman setia yang menjadi pelindung dari sebarang cabaran dan dugaan duniawi.








4 comments:

quistina_dini said...

hum, interesting..=)

DadaIQ said...

Always interesting if it talks about u :-)

Uncle said...

Tahniah Dini....I am proud of you...go girl!

DadaIQ said...

Thanks Uncle. Dini baru jer balik yesterday. Will convey your message to her.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5