Kami selamat tiba di Terminal Haji di Jeddah pada pukul 6.20am (waktu Saudi) dengan menaiki bas setelah bas tersebut tawaf terminal sebanyak dua kali. Terminal Haji ketika itu penuh dengan jemaah dari Indonesia. Setelah semua jemaah selamat turun, kami dikejutkan dengan satu bunyi yang kuat semacam bom meletup! Rupa-rupanya air suspension system pecah! Nasib baik bukan ketika kami masih di dalam bas, syukur.
Sambil menunggu visa clearance lebih kurang 2 jam kerana jemaah haji dari Indonesia yang tiba awal daripada kami dengan Boeing 747, kami menikmati roti yang dibekalkan oleh Is dari The Loaf. Terimakasih Is kerana membekalkan kami roti untuk mengalas perut. Kami agak pelik melihat jemaah haji Indonesia yang tiba dengan pakaian biasa dan bukan dalam ihram. Mungkin mereka akan ke Madinah dahulu. Tapi setelah selesai urusan paspot baru mereka memakai ihram. Keadaan itu membuat kami tertanya2.
Abah dan Ustaz Fahrurazi
Kami menginap di Darum Hane, sebuah hotel yang baru sahaja siap yang terletak di kawasan Misfalah, lebih kurang 300 meter dari Masjidil Haram. Hotel ini berdekatan dengan kawasan burung merpati. Kami beruntung mendapat bilik 107 yang terletak di tingkat 1. Kami terpaksa menunggu selama 2 jam untuk bilik disiapkan dan setelah check in, hujan turun dengan lebat sekali dan kilat sambar menyambar beserta guruh. Syukur, kedatangan kami disambut dengan hujan rahmat yang tidak turun selama 11 bulan di bumi Makkah! Abah mengambil peluang keemasan menyelesaikan tawaf dan saie di dalam hujan bersendirian tanpa menunggu jemaah yang lain. Alhamdulillah Abah selesai mengerjakan umrah lebih kurang pukul 8pm tetapi Ibu masih di dalam ihram dan hanya duduk di hotel berehat. Ibu selesai mengerjakan umrah hanya pada hari Jumaat, 5 November 2010 yang juga Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-17.
No comments:
Post a Comment