Wednesday, December 22, 2010

Kenduri Doa Selamat ~ 30 Nov 2010

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kami telah selamat kembali ke tanah air pada tanggal 14 Disember 2010 / 8 Muharram 1431H pada jam 10pm dengan pesawat Saudi Airlines (SV5145)dari Lapangan Terbang Madinah. Terlalu banyak pengalaman dan peristiwa yang ingin dikongsi dengan kaum keluarga dan rakan-rakan dan kami akan cuba mencuri masa mencatat rehlah pengembaraan rohaniah yang kami lalui selama 44 hari.

Bermula dari hari Sabtu, 30 Oktober 2010 kami berdua sepakat mengada majlis kenduri doa selamat. Kami hanya menjemput kaum keluarga terdekat, rakan-rakan rapat dan jiran tetangga. Hasrat kami untuk menjemput Faiz dan rakan-rakannya untuk khatam Al-Quran pada hari tersebut hampa kerana mereka terpaksa menghadari kelas talaqi. Jadi, kami menjemput jemaah dari Madrasah Al-Ittihad yang diketuai oleh Tuan Haji Yaacob Lazim untuk membaca tahlil dan doa selamat. Setelah selesai, Abah memberi ucapan ringkas kepada para hadirin sempena pemergian kami ke tanah suci.

Seperti biasa, kami amanahkan urusan catering kepada Pesona Rasa Katering yang tidak pernah menghampakan para jemputan dengan menu ayam percik, gulai darat daging, sambal tumis udang, sayur, ulaman dan sambal belacan. Terimakasih kepada Pak Ngah, Awi dan semua pekerja yang bertungkus lumus pada hari tersebut. Terimakasih juga kepada Tuan Haji Abdul Razak kerana membenarkan kami menggunakan jalan dan tempat letak kereta rumahnya untuk majlis ini.

Ucapan terimakasih yang tidak terhingga juga kami tujukan kepada semua yang hadir untuk memberikan sokongan rohani dan jasmani. Buat pertama kali kami menerima kunjungan dari jiran kami, Tan Sri Datuk Paduka Zaleha Ismail. Begitu banyak kueh-mueh yang sedap-sedap yang kami terima untuk dijamu pada semua yang hadir, Alhamdulillah. Jazakallah hukhairan kepada semua yang memberi hadiah berupa wang saku, buku-buku rujukan dan doa serta barang-barang keperluan semasa haji. Kami amat terharu dengan sumbangan dan juga doa agar kami selamat pergi dan kembali.

Keesokkan harinya dan hari seterusnya, kami sibuk membuat persiapan terakhir untuk anak-anak yang bakal kami tinggalkan dan "last minute packing" barangan yang akan kami bawa ke tanah suci.














2 comments:

Anonymous said...

Uiii...1st time masuk muka sebesar-besar alam hehehe.

Is

DadaIQ said...

Is
Kalau muka dah comel, apa salahnya. Lagipun sebagai tanda penghargaan sebagai tetamu yang pertama datang dan yang paling banyak membantu di dapur :-)

Terima kasih dan jangan serik yer :-)


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5