Monday, October 11, 2010

Persiapan Bakal Tetamu Allah swt

Minggu lepas, kami sibuk dengan persiapan haji dengan pihak Tabung Haji dan Ash-har Travels. Pada hari Khamis, 7 Oktober 2010 kami ke Ash-har Travels mengambil barangan yang disediakan seperti luggage bag, hand baggage, beg shopping dan beg kasut. Selain itu, pihak Ash-har turut membekalkan kami kain ihram, telekung, tali pinggang, sarung lengan, uncang batu dan buku doa. Terima kasih kerana membantu kami menyediakan barangan keperluan terutama beg2 yang berbagai saiz dan berkualiti. Terimakasih juga pada Syikin dan Fasha yang banyak membantu kami dalam urusan haji.



Syikin memeriksa beg

Keesokkan harinya, 8 Oktober 2010 kami ke TH Wilayah di Maju Junction bagi mengambil Gelang Pengenalan Haji dan hadiah2 dari Syarikat Korporat yang begitu bermurah hati memberi sumbangan kepada bakal2 jemaah. Lebih kurang 10 syarikat yang menjadi Sahabat korporat TH seperti, Standard Chartered Saadiq, CIMB Islamic, Maybank Islamic, RHB Islamic, Bank Islam, MTD, CCM, KFC, Idaman Pharma, Safwa, Panasonic dengan moto "Berkongsi Barakah". Berbagai barangan yang ditaja seperti selipar, uncang batu, tasbih, bekas ubat, vitamin, buku2 doa dan wirid, ubat gigi, makanan dalam tin dan beberapa barangan lain. Alhamdulillah, semoga sumbangan ikhlas mereka mendapat ganjaran yang setimpal. Dikesempatan tersebut, Ibu dapat bersemuka dengan Tuan Haji Mazlan, Pengurus Pentadbiran THWP. Kami memang selalu melawat blog Hj Mazlan (http://tanahsucimabrur.blogspot.com/) untuk mendapat informasi terkini berkenaan urusan haji. Terimakasih Tuan Haji kerana banyak berkongsi maklumat dan tips2 haji untuk bakal jemaah.


Pada hari sabtu pula, 9 Oktober 2010 kami menghadiri taklimat perdana yang dianjurkan oleh pihak Ash-har Travel. Ini adalah taklimat terakhir sebelum kami memulakan perjalanan rohani ke tanah suci. Taklimat yang diadakan di Dewan Titiwangsa, Hotel Putra dihadiri lebih 100 bakal jemaah.

Setelah selesai pendaftaran seawal pukul 9 pagi, kami dijamu dengan minum pagi. Aturcara majlis dimulakan dengan sesi bersama Dr Abdul Basit Abdul Rahman, pembimbing kami ke tanah suci. Sesi selama lebih 3 jam ini mengimbas kembali apa yang telah diajar oleh Dr Basit dalam kursus2 haji yang diadakan sebelumnya selama 5 minggu. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memastikan para jemaah benar2 faham akan hukum dan tuntutan ibadah haji. Kami memang bertuah mendapat bimbingan dari Dr Abdul Basit atau lebih sinonim dengan panggilan Abu Anas Madani.

Abah dan Tok Papa mendaftar dengan Fasha

Dr Basit memberi ceramah

Tok Papa dan Tok Mami bersedia untuk taklimat

Ustaz Shukri memberi taklimat perjalanan

Demonstrasi memakai ihram oleh Abah

Sedikit infomasi mengenai Dr Abdul Basit. Beliau berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Datuknya, Syeikh Mohammad Daud Bin Sulaiman Al-Kalantaniy adalah seorang guru yang mengajar di Masjidil Haram dan ayahnya, Hj Abdul Rahman adalah pengasas Pondok Sungai Durian di Kuala Krai sejak tahun 1958. Beliau menghabiskan pengajian hingga ke peringkat Phd di Universiti Islam Madinah selama 15 tahun. Sekarang beliau aktif berdakwah dan menulis buku. Beliau adalah panel jemputan rancangan di TV Al-Kuliyah dan Tanyalah Ustaz serta panel di Radio Ikim.fm. Biodata beliau boleh didapati di blognya http://www.abuanasmadani.com/?page_id=2. Selain dari Dr Basit, seorang lagi pembimbing kami adalah Ustaz Ahmad Husni Dato' Abdul Rahman, juga graduan Universiti Islam Madinah dan bertugas di PPZ Wilayah sebagai pendakwah. Beliau juga selalu dijemput sebagai panel Tanyalah Ustaz di TV9.

Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Setelah selesai sesi bersama Dr Basit dan Ustaz Ahmad Husni, kami dihidangkan dengan makan tengahari yang sungguh lumayan, masakan ala kampung. Sebelum taklimat perjalanan dimulakankan, pihak Al Rajhi Bank memberi kami taklimat ringkas mengenai kad musafir-i dan kad debit yang boleh digunakan di tanah suci. Kad musafir-i boleh dibeli dengan harga SR300, 500 atau SR1,000 dan boleh dikeluarkan dimana2 ATM di tanah suci. Sekiranya terdapat baki yang tidak digunakan, kita boleh mendapat balik wang tersebut di mana2 Bank Al Rajhi di Malaysia. Macam kad "top-up".

Walaubagaimana, kami lebih tertarik dengan kad debit Al Rajhi atau dikenali dengan i-Zamzam yang berupa akaun simpanan. Terpulang pada kita berapa banyak wang yang hendak didepositkan di dalam akaun dan dengan kad debit, kita boleh mengeluarkan wang pada bila2 masa di tanah suci atau membeli barang menggunakan kad debit yang akan ditolak terus dari akaun kita. Sekiranya kita memerlukan wang tambahan, waris kita di Malaysia boleh mendeposit terus ke dalam akaun kita melalui CDM atau melalui kaunter. Kesimpulannya, kita tidak perlu membawa banyak wang tunai ke tanah suci dan tidak perlu berjalan dan beratur untuk mengeluarkan wang dari akaun tabung haji di pejabat tabung haji di Mekah atau Madinah. Selain itu, Al-Rajhi mengadakan cabutan bertuah sebanyak 3 kali setahun bagi pendeposit RM1,000 ke atas dan hadiahnya berupa 10 pakej umrah dan 10 pakej haji.

Seterusnya, kami diberi taklimat perjalanan oleh Pengarah Urusan Ash-har Travels, Hj Ahmed Shukri Abd Rahman, iaitu abang kepada Dr Abdul Basit. Terdapat 3 kumpulan seramai lebih kurang 300 jemaah yang diuruskan oleh Ash-har Travels iaitu yang berangkat pada 17 Oktober, 27 Oktober dan 2 November 2010. Kami termasuk di dalam kumpulan terakhir yang akan berlepas dengan penerbangan Saudi Air pada 2 November 2010 jam 1.30 pagi. Kami diberitahu agar berada di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya seawal jam 7.30 malam untuk urusan pendaftaran dan sebagainya. Oleh kerana kami akan mengerjakan haji tamatu' dan terus ke Mekah, kami diminta memakai ihram dari rumah. Pada taklimat tersebut, Abah dipilih mendemonstrasi cara pemakaian ihram. Taklimat selesai lebih kurang pukul 5 petang.

Pada sebelah malamnya, kami mendapat jemputan dari Madrasah Al-Ittihad untuk majlis doa selamat bagi bakal2 haji. Majlis yang diterajui oleh Ustaz Uwais Al-Qorni di mulai dengan solat maghrib berjemaah dan bacaan surah yassin, tahlil dan doa selamat. Setelah selesai solat isya' berjemmah, kami dihidangkan dengan jamuan morey. Ada beberapa pasangan dan individu dari Taman Perwira yang akan menunaikan haji pada tahun ini termasuk seorang yang berpangkat "Dato'" yang akan berangkat ke tanah suci dengan pesawat dan kembali ke tanah air menaiki BAS!!! pasti hebat pengalamannya nanti melalui 7 negara. Kepada semua bakal2 haji dari Taman Perwira, semoga beroleh haji yang mabrur dan kami berdoa semoga segala urusan di permudahkan, insyaAllah. Terimakasih kepada pengurusan Madrasah Al-Ittihad kerana meraikan kami.

Persiapan kami zahir dan batin sebagai tetamu Allah swt diteruskan....

Majlis doa selamat di madrasah

10 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Dada,
Nak share info sikit. ATM Al- Rajhi kat mekah x sumer in English. Last time when we were in Mekah, kita org pi ATM AL-rajhi yg di Abraj Al Bait tu klu nak buat any transaction sbb yg tu in English, yg lain tu in Arabic. Tp kalau u tau Arabic, shud not be a problem lah kan :)

Zah
STF'86

Madam Tai Tai Again said...

Dada and IQ, wish both of you all the best and hope that it will be a wonderful hajj for you.

DadaIQ said...

Salam Zah
Thank you for sharing. Setakat arabic numbers tu, insyaAllah masih ingat lagi masa belajar kat STF dulu. Well, what we could do is to get our ustaz to show us for the first time which button to press :-) I think that would help sebab I don't plan to get that much cash with me.

DadaIQ said...

Salam Gina
THANK YOU for your kind thoughts and we are hoping too that it would be a journey of a lifetime for us.

kay_leeda said...

Salams.

Also to share on the Al-Rajhi ATM card. Use it once or twice here first. I made a silly mistake of not "breaking in" my card here. When I tried to use ATM card in Mekah, the machine somehow failed to recognize it. Apparently I was told it was because I didn't "break it" here.

Have a safe and blessed journey. Haj mabrur, InshaAllah.

DadaIQ said...

Salam Kay
Thanks for the tips. I was asked by the bank officer to change the pin number at any of their ATMs. I guess I still need to keep some money in the Tabung Haji account in case the card doesn't work. Thanks so much for visiting and for the doa, amin.

Uncle said...

Salam IQ and Dada.
I rasa kalau nak pakai al rajhi atm kat abraj al bait tu mahu beratur berjela2 especially hajj season ni. kalau tak dapat kat situ, you can try kat depan hilton yang hampir dengan KFC tu (pun berjela sebab cuma ada 2 atm kat situ), satu lagi kat my former place pun ada ataupun depan D'Saji di Safwah Tower....good luck, btw katanya LRT dah start this hajj ni...Mina-Mudzalifah-Arafah!

Teratak Hami said...

Salam Kak,
Harapan dapat jumpa akak & family di sana.

DadaIQ said...

Salam Uncle,
Thanks for your advise on Al Rajhi card. Doesn't sound convenience if we have to que too long to withdraw money. Will discuss with you on this off-line.

The LRT, kalau ada rezeki boleh cuba but our travel agent doesn't recommend us takut tersesat.

DadaIQ said...

Salam Teratak Hami
InsyaAllah, kalau ada rezeki boleh kita jumpa di sana nanti...you pun Srikandi yer? Selamat Berkenalan.

Tips pasal cover bag haji tu menarik :-) Thanks for the tips.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5