Buku2lah menjadi bahan rujukan kami selain dari ilmu yang diperolehi melalui kursus2 yang kami hadiri dengan bimbangan dari ustaz2 yang pakar mengenai haji . Disini, kami ingin berkongsi buku2 yang memberi motivasi kepada kami untuk tidak melengahkan tanggungjawab menunaikan rukun islam yang ke-5 dan berusaha disamping berdoa agar terpilih menjadi tetamu Allah swt. Buku2 ini adalah tambahan dari buku2 yang diberikan oleh pihak Tabung Haji secara percuma.
Buku TRAVELOG HAJI Mengubah Sempadan Iman karya Prof Muhd Kamil Ibrahim adalah antara buku yang memberi kesan kepada kami mengerjakan haji lebih awal dari tarikh yang ditentukan oleh pihak tabung haji iaitu pada 2020. Coretan yang ringkas dan bersahaja ikhlas dari seorang yang ingin mendekatkan diri pada Allah swt membuatkan kami rasa teruja untuk mencontohi langkah beliau mengubah sempadan iman. Kami juga tidak ketinggalan membaca sambungan kepada travelog haji iaitu Travelog Dakwah Meniti Hari Esok. Buku2 Prof Kamil telah beberapa kali diulang cetak atas permintaan.
Buku yang ditulis oleh rakan sekampung Abah di Guchil, Prof Madya Dr Hj Muhd Najib Abdul Kadir juga menjadi rujukan kami. Ayahnya adalah seorang tok guru dan iman di madrasah yang sering dikunjungi Tok Abah dan kami setiap kali pulang ke kampung. Beliau yang bertugas di UKM menulis dua buah buku berkaitan haji iaitu RAHSIA HAJI Falsafah dan Hikmahnya Menurut Al-Quran dan Sunnah (diterbitkan pada Ogos 2010) dan sebuah lagi buku NOTA KURSUS HAJI BERSIRI yang mengandungi maklumat kursus2 yang dikendalikan oleh Tabung Haji. Buku Rahsia Haji lebih memberi maklumat tentang persiapan diri, manfaat haji dan umrah serta hikmah haji itu sendiri. Isi kandungannya yang disokong dengan dalil yang sahih membuat kita lebih menghayati hikmah dan manfaat yang bakal kita perolehi bila menunaikan ibadah itu sendiri. Buku Nota Kursus Haji Bersiri pula lebih kepada hukum dan tatacara mengerjakan ibadah itu sendiri. Yang menariknya mengenai buku ini ialah penyampaiannya dalam bentuk carta (powerpoint) dan berwarna warni memudahkan kita memahami dan mudah untuk diingati. Buku2 diatas adalah buku bacaan di tanah air. Untuk bekalan di tanah suci, buku2 yang kami jadikan panduan dan pedoman adalah PERISAI MUSLIM tulisan Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan WIRID, DOA DAN ZIKIR oleh Ustaz Zahazan Mohamed. Kedua2 buku ini bersaiz kecil yang mudah dibawa ini mengandungi doa2 yang menjadi amalan Rasulullah swt yang terkandung di dalam hadis2 sahih. Adalah lebih baik bagi kita mengamalkan apa yang diamalkan oleh Nabi dari mengamalkan doa2 and zikir2 yang kita tidak pasti asal-usulnya.
Sekiranya ada kelapangan masa, bolehlah menambah ilmu dengan membaca buku mengenai sejarah Makkah itu sendiri. Buku yang ditulis oleh Dr Basit berjudul MAKKAH AL-MUKARRAMAH Kelebihan & Sejarah mengandungi informasi2 berguna bagi kita untuk lebih menghayati ibadah yang kita lakukan. Sebenarnya terdapat banyak buku2 di pasaran yang boleh kita beli. Lebih banyak membaca, lebih baca ilmu yang dapat kita perolehi bagi mengukuhkan fahaman dalam menjalani ibadah haji.


No comments:
Post a Comment