.jpg)
Minggu lalu pada 26 hingga 27 September 2010, kami menghadiri kursus Haji Perdana yang dianjurkan oleh TH Wilayah Persekutuan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Precint 3, Putrajaya. Kursus ini lebih kepada simulasi bagi para jemaah mengerjakan tawaf, saie dan melontar jamrah dengan berihram. Kami tidak mengikuti simulasi tersebut kerana pernah mengerjakan umrah sebelum ini. Ramai jemaah yang hadir dan bermalam di masjid mengikut maktab2 yang ditentukan. Terdapat banyak gerai2 yang menjual kelengkapan haji dan kami mengambil kesempatan membeli beberapa barang keperluan termasuk set mandian keluar el-hajj yang boleh digunakan semasa berihram.










Hanya selepas hariraya aidilfitri kami menyelesaikan urusan medical dan suntikan meningitis dan seperti sebelumnya, kami bersedia sekali lagi di hadapan pintu TH Ampang seawal pukul 7.30 pagi bagi urusan serahan paspot antarabangsa bagi mendapatkan visa dan semakan buku rekod kesihatan. Kami masih menunggu maklumat dari TH mengenai gelang pengenalan haji yang perlu diambil dari pejabat TH dan tarikh penerbangan. Semoga segala urusan kami untuk menunaikan haji pada tahun ini dipermudahkan, insyaAllah.
Tujuan kami menulis mengenai persiapan haji hanyalah sekadar berkongsi pengalaman and tips bagi bakal2 jemaah haji untuk musim haji yang mendatang.
8 comments:
Kak Dada,
Just discover ur blog :)Selamat Menjadi Tetamu Allah. Semoga dipermudahkan segala-galanya terutama untuk beribadah. We went last year & indeed it was a journey of a life time even tho we did our umrah before.
Selamat berangkat & pulang ke tanahair.
Wan Noraizah (Zah)
STF'86
Salam Zah
Amin, semoga Allah swt perkenankan doa. Really look forward for the journey of a lifetime. Harap dipermudahkan segala urusan, insyaAllah.
Thank you for dropping by.
kak dada,
my youngest sist & hubby will be leaving on 31/10/2010
selamat pergi & selamat kembali
Dada, really happy for you!! Best nyer jadi tetamu Allah. Insyallah both of you akan dapat haji mabrur.. Amin...
Salam Emy
Thank you. Doa2kan lah agar semua urusan kami dipermudah. Begitu juga dengan your sister and brother-in-law.
Salam Kmar
Memang teruja dan tak sabar nak berangkat. InsyaAllah, dimakbulkan doa Kmar.
Salam Dada,
You may not remember me. Sama 1st year NCUK, my room is just in front of yours at Sect 8 (or was it Sect 6? He!he!). Just discovered your blog and teruja bila baca about your jemputan istimewa from Allah. I went last year alhamdulillah and it was such an amazing experience. Hopefully boleh pergi lagi with kids in tow bila they all dah baligh. Semoga mendapat haji mabrur, insyaAllah. Do take care!
Regards
Kerri
Salam Kerri
Thank you for dropping by...I am trying to recall my memory yang dah berkarat ni. Glad we could get in touch in cyber space.
I brought my kids for umrah in 2008. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh bring them for hajj pulak. I'm sure it was a wonderful journey for you last year, can't wait for my turn to be there this year, insyaallah.
Post a Comment