+of+IMG00432-20100910-1018.jpg)
Dua hari sebelum hari lebaran, kami anak-beranak sudah sibuk di dapur menyediakan rendang. Tahun ini agak istimewa kerana kami menyediakan rendang tok dengan menggunakan dapur kayu, dapur yang kami ubah-suai di luar rumah. Kami mula memasak pada pukul 9 malam dan selesai lebih kurang pukul 1 pagi. Habis kayu2 terpakai kami gunakan dan baru separuh perjalanan memasak, kami sudah kehabisan kayu dan Abah terpaksa mencari kayu api di kedai Lemang Pak Ali tengah2 malam! Alhamdulillah rendang siap seperti yang dirancangkan dan Kakak dan Abang sudah mahir menjaga api.
+of+IMG00427-20100909-0025.jpg)
Seperti biasa, pada pagi 1 Syawal, setelah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Bukit Indah, kami beramai2 menikmati juadah hariraya. Masa yang dinanti2kan pun tiba, iaitu acara bersalam-salaman, bergambar dan pemberian duit raya. Setelah bersalam2an dan memohon maaf, kami beredar untuk ke Gombak, beraya dengan Nyang. Itulah rutin kami pada setiap pagi raya pertama di kota. Ada kalanya, kami akan menziarah puasara Tok Wan Aziz di Segambut. Setelah selesai berhariraya di rumah Nyang, kami beramai2 menyerbu rumah Tok Nani.
+of+IMG00440-20100910-1025.jpg)




Pada sebelah petang, Abah menerima panggilan telefon dari kawan yang sama2 bersekolah di darjah 1 di Kelantan yang kebetulan berada di Taman Melati dan ingin beraya di rumah. Apa lagi, kelam kabutlah kami menyediakan hidangan untuk meraikan tetamu pertama yang datang beraya. Nasib baiklah rendang, nasi impit dan kueh raya sudah disediakan lebih awal. Kami kemudiannya bergegas ke Ampang kerana Uncle sekeluarga dalam perjalanan ke Ampang untuk beraya bersama dan pada sebelah malamnya, kami pula beraya di rumah Pok Wae di Hartamas. Setelah selesai menziarah, kami balik ke Ampang untuk bermalam di sana.
Selesailah sambutan 1 Syawal kami di kota...
2 comments:
andmi
meriah sungguh raya tahun ni walaupun sederhana...
Terimakasih Uncle dan keluarga kerana sudi datang beraya di Ampang :-)
Post a Comment