Friday, September 24, 2010

Idul Qurra 1431H @ MTS - Bhg 2

Dini menerima sijil tahfiz

Para Huffaz bersedia di luar dewan

Dewan Hassan Al-Banna

Para Huffaz berarak masuk ke dewan
Para huffaz banat berarak masuk

Majlis Khatam bermula

Khusyuk meng"amin"kan doa

Bergambar beramai2

Kakak posing maut :-)

Ibu dan Kakak diakhir majlis

Majlis bermula tepat pada pukul 9.00am dengan perarakan masuk para huffaz banin dan banat. Seramai 133 huffaz yang terdiri daripada 88 banin dan 45 banat yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk sehingga 1 September 2010. Kakak adalah salah seorang daripada mereka yang menamatkan hafazan selama 3 tahun 4 bulan dan 11 hari iaitu pada 11 April 2010. Hari bersejarah bagi kami sekeluarga. Cerita mengenainya ada dalam posting terdahulu. Majlis dimulakan dengan bacaan surah2 lazim oleh beberapa orang banin. Setelah Mudir dan Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan memberikan ucapan masing2, mereka seterusnya menyampaikan hadiah berupa sebuah Al-Quran pra-kata kepada para huffaz. Beberapa orang huffaz yang terdiri dari banin dan banat juga menerima Anugerah Kecemerlangan Tahfiz 1431H. Syabas...

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2004, MTS telah melahirkan seramai 247 orang huffaz dan hafizah dan Kakak adalah pelajar yang ke 194 mengikut senarai yang tertera di dalam buku cenderamata. Pihak MTS menganjurkan majlis ini bagi menghargai usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pelajar sehingga berjaya khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk dan mengajak masyarakat yang pelbagai taraf kehidupan supaya sama2 memperkatakan tentang kelebihan Al-Quran dan pembawa Al-Quran. Majlis ini adalah kemuncak program yang dilaksanakan selama 3 hari termasuk Forum Perdana - Satu Keluarga Satu Hafiz, Motivasi Remaja dan Konsert Amal Bersama In-Team serta pameran pendidikan tahfiz Al-Quran.

Pengarah YIK dalam kata-kata aluannya mengatakan bahawa usaha penubuhan maahad2 tahfiz di Kelantan pada awalnya dipandang sebagai profesyen yang tidak menjana apa2 keuntungan dan masa depan bagi golongan muda. Namun kecemerlangan huffaz telah menangkis persepsi mereka yang pesimis. Pengajian berorientasikan hafazan Al-Quran di maahad2 tahfiz YIK adalah satu anjakan paradigma terhadap budaya membentuk generasi Al-Quran dan kecemerlangan dalam bidang akademik.

Setelah selesai aturcara majlis, kami beredar pada pukul 12.00pm untuk ke Lapangan Terbang di Pengkalan Chepa. Kami sempat singgah di Tesco Kota Bharu untuk membeli barang2 keperluan Kakak dan juga kek di Secret Receipe (kek harijadi Kakak ke-16 pada 29 September 2010). Kami berlepas dari Kota Bharu dengan AirAsia lebih kurang pukul 4.15pm, lewat kira2 sejam kerana kemalangan sebuah pesawat kecil di landasan dan tiba di rumah pada pukul 7.00pm. Kami berada di Kelantan tidak lebih dari 12 jam dan tidur lebih kurang 3 jam sahaja. Memang suatu perjalanan yang memenatkan tetapi amat2 berbaloi. Terimakasih Tok Abah kerana bersusah-payah menghantar kami hingga ke Kota Bharu.

Kepada Kakak, kami ucapkan Selamat Menyambut Harijadi yang ke-16 pada 29 September 2010. Kami berdoa agar Kakak terus tabah mengharungi kehidupan yang mendatang yang sememangnya lebih mencabar. Semoga ilmu yang diperolehi dimanfaatkan sepenuhnya dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Al-Hafizah bukanlah satu gelaran untuk dibanggakan, tetapi satu tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan yang amat besar hingga ke akhir hayat. Sentiasa bersyukur dan berdoa pada Allah swt atas nikmat yang Allah swt beri.

Kakak dan Adik di A&W Tesco

Bergambar dengan Tok Abah

Adik dan AirAsia

4 comments:

Uncle said...

tahniah khas untuk kakak dan keluarga kakak daripada uncle sekeluarga!

DadaIQ said...

Terimakasih Uncle atas ucapan dan sokongan yang tak berbelah bahagi.

the principal said...

tahniah kpd kakak.

" 1 keluarga 1 hafiz" patut diperluaskan di peringkat kebangsaan.

DadaIQ said...

Thank you Emy. Sokong 100% saranan Tok Guru Nik Aziz untuk 1 keluarga 1 hafiz. Harap Kerajaan Pusat contohi apa yang Kerajaan Negeri Kelantan dah buat yang ternyata sudah membuahkan hasil.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5