Wednesday, September 15, 2010

Beraya di kota...2 & 3 Syawal 1431H

Seawal pagi hari raya kedua, kami sudah sibuk di dapur menyediakan laksa penang dan rendang ayam untuk jiran2 yang akan bertandang pada sebelah pagi. Terima kasih kepada jiran2 yang sudi datang beraya dan sentiasa mengambil berat pada Tok dan Tok Wan. Mr Leong sempat merakamkan gambar2 kami sekeluarga dengan kameranya yang canggih. Kami pun apa lagi, ambil peluanglah berposing di laman Tok yang malar hijau. Terima kasih Mr Leong kerana bersusah payah "save"kan gambar2 kami dalam CD. Selepas solat zohor, seluruh keluarga Tok Wan, 12 orang semuanya mula menziarah saudara-mara terdekat. Kami sempat bertandang ke rumah Aruah Tok Chik dan Tok Andak di Ampang dan Keramat dan Kak Chah dan Tok Uncle di PJ. Kami pula mengambil kesempatan menziarah rumah Mak Lang di Kawasan Melayu PJ dan tiba di rumah hampir pukul 10 malam.





Pada pagi hari raya ketiga, kami hanya bermalas2 di rumah, menyelesaikan kerja2 rumah yang sudah beberapa hari terbengkalai seperti menyiram pokok dan membasuh pakaian. Lebih kurang pukul 12 tengahari, Pok Wae sekeluarga datang beraya dan kami terharu atas kunjungan mereka. Kami kemudiannya beredar ke Ampang untuk membantu Tok dan Tok Wan melayan tetamu yang datang beraya di sana. Keluarga Uncle Fazley dan Aunty Hendon dari Kuantan seramai lebih kurang 25 orang datang beraya dan suasana di rumah bertukar gamat! Memang mencabar menyediakan jamuan untuk tetamu yang datang sebegitu ramai tetapi kami amat teruja melayan mereka. Suasana raya terasa meriah dan ceria pada hari ini kerana sedari pagi, beberapa keluarga telah datang beraya. Tok sudah sedia dengan laksa penang yang dimasak kali kedua dengan Uncle Ap!

Lewat petang setelah semua tetamu beredar, Abah tiba2 terpanggil untuk membuat BBQ bersama Uncle Ap. Apa lagi, tanpa melengahkan masa, kami terus ke Iwani Frozen Food dan Carrefour untuk membeli bahan2 dan singgah di "ThatLittleGerai" untuk mengambil perkakasan yang diperlukan. Malam itu, sambil Chef menyediakan bahan2 untuk dipanggang, yang lain sibuk membantu memasang api terutama peminat2 western food "ThatLittleGerai", Abang, Adik dan Kakak. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dan Tok Mamie dan Tok Papa datang beraya bersama kami. Terima kasih Uncle Ap kerana bersusah payah menyediakan BBQ yang enak untuk kami. Kami terpaksa balik ke Gombak pada malam itu juga kerana terpaksa bekerja pada hari esoknya. Walaupun terasa berat kerana masih dalam mood raya, kami akur kerana tugas. Raya kami akan bersambung di kampung di Kelantan pada 7 Syawal 1431H.

2 comments:

Uncle said...

wow...memang seronok kalau dapat berkumpul beramai2 macam ni...uncle tak berkesempatan sebab semuanya dah ada keluarga sendiri yang mesti dilawati...

DadaIQ said...

Memang seronok Uncle bila dah ramai2 berkumpul, gamat satu rumah! Kalau beraya di KL, cuma ada 12 orang ajer dan cucu2 semua dah besar panjang. Kalau raya di Kelantan, satu rumah sampai 22 orang dengan kanak2 dekat 10 orang, memang kecoh satu rumah, tapi meriah :-)


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5