Pada sebelah petang setelah tiba dari rumah kami berbincang dengan panjang lebar. Abah tidak dapat hadir kerana komitmen tugas. Abah mencadangkan agar Ibu dan adik sahaja yang hadir ke majlis tersebut kerana kebetulan adik bercuti kerana peperiksaan UPSR. Apa lagi, kelam kabutlah kami ke Greenwood untuk mendapatkan tiket bas. Walaupun raya sudah berakhir, masih ramai yang balik ke Kelantan hingga banyak bas2 yang sudah penuh.
Oleh kerana ini kali pertama adik menaiki bas, kami memilih perkhidmatan bas Shamisha kerana syarikat ini agak baru dan pastinya bas2nya juga masih baru. Tiket bagi VIP super seat adalah sebanyak RM40. Sememangnya perkhidmatan Shamisha amat memuaskan. Pemanduan yang berhemah mengikut had laju yang ditetapkan dan hentian di Merapoh pula menyajikan makanan yang panas dan enak. Kami tiba di Kuala Krai lebih kurang pukul 4.30am dan Tok Abah tiba 10 minit kemudian mengambil kami di perhentian Guchil.
Kami cuma dapat tidur selama 2 jam sebelum dikejutkan oleh ketukan pintu Tok Mama. Pada hari itu, Tok Abah dan Tok Mama berpuasa hari ke-4 bulan Syawal. Setelah bersarapan dengan nasi berlauk, kami ditemani Tok Abah ke Tanah Merah lebih kurang pukul 7.30am. Apabila kami sampai diperkarangan MTS, Kakak sudah pun menunggu kehadiran kami. Dia hanya mengetahui kehadiran kami pagi itu apabila menelefon Abah. Kami sebenarnya tidak mahu memberitahu Kakak kedatangan kami tapi rahsia kami terbongkor juga. Kakak begitu teruja dan amat mengembira kerana langsung tidak menyangka kami akan hadir walaupun dengan notis yang sangat singkat!
Oleh kerana masih awal, Kakak membawa Ibu melawat kelas dan kantin di bangunan lama yang terletak di bahagian belakang sekolah. Pemandangan ladang getah dan pokok2 getah sangatlah kondusif untuk pembelajaran. Kakak sempat menunjukkan pada Ibu keputusan peperiksaan percubaan Sijil Menengah Ugama (SMU) yang ditampal di tangga sekolah di mana Kakak mendapat pangkat "Mumtaz" dan menduduki tempat pertama untuk kelasnya dan tempat ke empat dari lebih 150 orang pelajar. Syabas Kakak dan harap prestasi ini akan dapat dikekalkan untuk peperiksaan SMU yang akan bermula pada 27 Oktober 2010 ini. Good Luck and give your very best.
Kakak dan kawan2 sekelas
Tingkatan 4 Al-Battari
Kantin sekolah yang sederhana
No comments:
Post a Comment