Monday, April 25, 2011

Suka Makan Ikan Sungai?

Sudah lama kami perasan kewujudan Restoran Ikan Sungai. Ia terletak di Desa Melawati bersebelahan MRR2, jalan yang kami tempoh hampir setiap hari untuk ke pejabat atau menghala ke Ampang. Walaupun sudah agak lama restoran ini dibuka iaitu pada akhir tahun 2008, kami tidak berkesempatan untuk mencuba. Kami ada cuba terbaca mengenai restoran ini di dalam majalah Saji keluaran Febuari 2010.

Akhirnya, pada 24 April 2011 setelah Adik selesai Hari Ihtifal, kami ke sana untuk makan tengahari. Kami disambut oleh Chef Hishammudin, mungkin kerana kami pengunjung pertama untuk hari tersebut. Menu restoran ini memang di luar jangkaan. Bermacam spesis ikan sungai terdapat disini termasuklah ikan kegemaran kami sekeluarga iaitu ikan kelah. Biasanya kami akan ke Kuala Berang untuk menikmati masakan ikan kelah, sekarang kami boleh menikmatinya pada bila2 masa. Restoran ini diusahakan oleh tiga beradik chef yang pakar mengenai ikan sungai hasil dari ilmu yang diturunkan oleh ayah mereka yang mengusahakan kedai makan ikan patin di temerloh semenjak 1976.

Kita boleh memilih mana2 ikan yang kita suka seperti kelah, patin, jelawat, baung, sebarau, lampam, kerai, tengalan, temoleh, toman, lais, tapah atau belida, untuk dimasak samada gulai masak asam, gulai lemak cili api, gulai masak tempoyak, goreng panas atau bakar kunyit. Oleh kerana ikan sungai ini liar dan bukan yang dibela di dalam sangkar, permintaan bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari peraih dari Perak dan Pahang. Setelah membuat pilihan, chef akan menunjukkan dulu pada pelanggan ikan yang ditimbang beserta harga kerana harga ikan2 ini dikira mengikuti berat, dari RM10.00 hingga ke RM95.00 untuk setiap 100gm. Setelah mencapai kata sepakat, barulah ikan tersebut dimasak mengikut citarasa pelanggan. Restoran ini menghidangkan makanan secara a la carte dan mengambil masa untuk disediakan bergantung kepada ramainya pelanggan pada satu2 masa.


Restoran ini juga menghidangkan lain2 masakan kampung seperti masak asam batang keladi, pucuk ubi masak tempoyak, gulai lemak rebung/kulat sisir/nangka, sambal janda kaya, sambal tumis petai, ikan pekasam dan sepat goreng. Pilihan sayur pula terdapat kangkung goreng, sayur campur dan ulam2 serta sambal. Tak pastilah pulak sambal janda kaya ini macamana rasanya :-) Restoran ini ada menyediakan pencuci mulut seperti tapai, ais krim dan buahan2an. Ada kalanya, mereka membuat promosi hidangan lain2 seperti sup tulang, ayam goreng kampung dan lain2 masakan kampung.


Kami sempat berbual dengan Chef Hishammudin mengenai ikan2 sungai yang dijual kerana Abah memang pakar ikan sungai walaupun hanya makan ikan kelah, kerai dan gurami. Kami pula peminat ikan kelah, keli dan patin. Tiap2 kali kakak balik bercuti, nenek pasti memasak makanan kegemarannya ikan patin masak tempoyak dan ikan keli goreng cili. Kali ini kami mencuba ikan kelah masak tempoyak, kangkung goreng serta sambal dan ulam. Memang sedap dan menyelerakan walaupun pedasnya sampai ke telinga. Sekiranya berminat untuk mencuba, Restoran Ikan Sungai terletak di No. 9, Jalan 2.4C, Desa Melawati, 53100 dan untuk tempahan boleh menghubungi 03-41053192.













6 comments:

catz said...

salam,

hi, thanks for sharing the info. rasa nak cuba makan di sini. terliur tgk sebab mmg suka makan ikan sungai. nampak sedapnyaaa.

catz.

DadaIQ said...

Salam Catz
Memang sedap tapi kena confirm betul2 dengan chef ikan yang Catz pilih before dimasak sebab ada ikan yang agak mahal sebab susah nak dapat.

Kalau dah sampai ke restoran tu, jemput singgah rumah ya.

insan_marhaen said...

K Dada.. saya suka ikan2 sungai..tapi satu je kebiasaannye ikan sungai ni tulang nye bercabang..masa kecik2 dulu kalu makan, selalu lekat tulang kt tekak..hehe..

DadaIQ said...

Memang betul Zai, tapi kalau dah suka tu tak kira banyak tulang ke tak. Kalau ikan laut, ikan terubuk, ikan parang dan ikan tamban memang favourite Kak Dada walaupun banyak tulang. Bila makan tu kenalah selalu beringat takut lekat tulang. kalau lekat, cepat2 buat nasi kepal dan telan, insyaAllah menjadi.

Anonymous said...

satu lagi yang special kat situ, kulat sisir masak lemak atau goreng dengan telur terangkat habis...cubalah dan beras dia guna beras siam wangi.....sodap...sodap..

saya budak baru belajar said...

Sedapnye ikan sungai


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5