Setelah selesai solat isya' dan ziarah wada' di Masjid Nabawi, kami bersiap untuk ke airport Madinah. Kami dijadualkan pulang pada pukul 7 pagi dan seawal 10 malam, kami sudah menurunkan bagasi ke lobi. Ibu sempat berjumpa dengan Haji Hiruddin, kawan lama Ibu di KUB. Abah sempat terlena sementara menunggu waktu berangkat dan Ibu pula terus berjaga takut2 kami terlanjak! Lebih kurang pukul 2 pagi, kami sudah pun menaiki bas. Proses clearance mengambil masa lebih kurang 2 jam dan kami akhirnya bertolak ke airport jam 4 pagi. Kami tidak mempunyai masalah lebihan muatan kerana semua jemaah telah bersetuju untuk membayar SDR50 untuk bagasi yang melebihi 30kg. Semua proses berjalan lancar dan kami akhirnya berlepas jam 7 pagi, alhamdulillah dengan pesawat Saudi Air SV5124.
Di dalam penerbangan, walaupun kami diminta untuk solat menghormati waktu dan bukan solat jama’ qasar zohor dan asar, kami masih menunaikan solat secara sempurna atas nasihat Abu Anas. Jadi kami bergilir2 menunaikan solat di mana2 bahagian pesawat yang sesuai termasuk di antara tempat duduk. Kami akhirnya tiba pada pukul 10 malam di KLIA. Seperti biasa, Tok, Tok Wan, Tok Abah, Tok Mama, Pak Su serta Abang dan Adik sedia menanti kepulangan kami beserta keluarga Pak Ngah dan Pak Lang. Kami hanya dapat bertemu dengan Kakak lewat beberapa hari setelah dia kembali dari MTS. Terubat akhirnya rindu pada anak2.
Kami tiba di rumah lebih kurang pukul 11 malam dan makan malam kami sudah siap terhidang, berbagai jenis lauk pauk kegemaran kami yang dimasak khas oleh Nenek. Hari2 yang mendatang, kami sibuk melayan tetamu yang sudi datang menziarah kami di rumah. Ambil berkat orang balik haji kata mereka. Kami pula mengambil cuti sakit kerana masih belum sembuh dari batuk, selsema dan demam dan mengambil kesempatan untuk berehat di rumah bersama anak2.
Terimakasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada Tok, Tok Wan, Tok Abah, Tok Mama, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Teh sekeluarga, Ustaz Fatihi yang bersusah payah menengokkan dan melayan kerenah anak2 kami semasa kami di tanah suci. Jutaan terimakasih pada Nenek, pembantu rumah kami yang setia menjaga anak2 kami dengan baik dan juga memastikan rumah kami selamat. Tak terbalas segala pengorbanan yang telah mereka lakukan demi memastikan anak2 dan harta benda kami selamat.
Kami juga amat terharu dengan segala tunjuk ajar dan bimbingan dari Abu Anas Madani dan Abu Fatih Al Mubaraki yang sentiasa memastikan kami melakukan haji serta ibadah lain dengan sempurna dan tak jemu2 melayan kerenah kami. Kami amat berterimakasih kepada pihak pengurusan Ash-Har Travels & Tours, Ustaz Hj Shukri Abdul Rahman, Ustaz Fakhrulrazi Abdul Rahman, petugas2 Ash-Har terutama Hj Wardani, yang banyak membantu kami semasa di tanah suci dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Kami sangat terhutang budi, hanya Allah swt sajalah yang dapat membalasnya. Jazakumullahu Khairan.
Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada khilaf di antara kami dan jemaah Ash-Har yang turut bersama-sama kami dari KT 81 dan KT 26. Maklum sajalah, kami seperti sebuah keluarga besar dan bersama-sama selama lebih 40 hari melalui rehlah yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Dewan makan di Darum Hane di tingkat R1 menjadi tempat kami berkumpul untuk menjamu selera dan menimba ilmu. Semoga kami semua dikurniakan haji yang mabrur, insyaAllah dan moga silatulrahim yang terjalin antara kami akan berterusan setelah kami kembali ke tanah air.
Alhamdulillah perjalanan kami yang bermula dari 1 November 2010 hingga 14 Disember 2011 berjalan lancar. Kami bermohon supaya Allah swt menerima and meredhai segala amalan kami dan mengampunkan dosa serta kesalahan kami samada sedar ataupun tidak dan mengurniakan kepada kami haji yang mabrur. Kami juga berharap agar sentiasa dilimpahi rahmat dan diberi taufik dan hidayah untuk untuk terus bermujahadah mencari redha Allah swt dan beristiqamah dalam amalan menuju taqwa.
Firman Allah swt QS. 5 - Al Maaidah : 35 : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُوْآ إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (5- المائدة-35) “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah pada jalan-NYA agar kamu beruntung.
Semoga rehlah ini bukan yang terakhir buat kami ke Kota Makkah dan Kota Madinah dan kami berdoa agar Allah swt memberi kami peluang untuk kembali lagi ke sini, insyaAllah. Kami berharap agar coretan perjalanan haji bukan hanya sebagai kenangan tetapi panduan kepada bakal-bakal jemaah haji yang akan menunaikan haji pada tahun 1432H dan seterusnya. Segala yang baik adalah dari Allah swt dan segala kekurangan adalah dari diri kami sendiri, wallahualam.
6 comments:
Syukran wa JazakumulLahu Khairan
terjumpa dgn blog dadaiq semasa mencari cerita perjalanan haji. Akak sdg menantikan jemputan istimewa haji tahun ni. Rehlah Haji dadaiq dan Dr Abu Anas sgt membantu.... tak sabar rasanya dan akak sgt mengharapkan panggilan haji tahun ni.
Akak telah pon menelefon pihak Ash-har utk bertanya pakej haji mrk. Mungkin dadaiq boleh membantu akak dgn berkongsi tips2.
Assalamualaikum Kak Naan
Terimakasih kerana sudi singgah dan membaca coretan haji kami yang tak seberapa. Tujuan kami agar coretan kami dapat dijadikan paduan pada bakal2 tetamu Allah swt. Memang ada rancangan nak berkongsi tips2 haji dalam posting akan datang, insyaAllah.
Kami doakan agar Kak Naan mendapat jemputan dan menjadi tetamu Allah swt bagi tahun 1432H, insyaAllah.
puas membaca dan mengingatkan uncle pada saat2 disana..
Alhamdulillah, dapat juga kami mencatat pengalaman menunaikan haji 1431H dalam 20 posting. Haji kami mungkin berbeza sekiranya Uncle ada di sana musim haji yang lepas.
Kak Dada...jiwa rasa bergetar saat teringat kembali kenangan di sana..Rindu yang teramat suasana tu...InsyaALLAH panjang umur,ada rezeki, saya sekeluarga akan berumrah 30 Mei 2011...
Salam Zai
Alhamdulillah, rezeki Zai dan keluarga melimpah dapat kembali ke Tanah Suci lagi. Kak Dada hantar anak yang Form 2 tu, Faiz pergi hari yang sama tapi dengan Tok dia. Mungkin kita boleh jumpa di KLIA nanti, insyaAllah.
Post a Comment