Friday, October 22, 2010

Bakal-bakal Tetamu Allah swt


Kebelakangan ini kami sering mendapat jemputan kenduri doa selamat bagi meraikan bakal2 tetamu Allah swt. Alhamdulillah, bukan kami sahaja yang terpilih menjadi tetamuNYA pada tahun ini tetapi beberapa kenalan rapat dan saudara-mara terdekat turut mendapat jemputan istimewa ini.

Kami dijangka berlepas pada hari Selasa, 2 November 2010/25 Zulkaedah 1431H jam 1.30am dengan Saudi Air iaitu KT82. Kami akan berangkat bersama Tok Papa dan juga Tok Mamie dan dikehendaki melapor diri di Tabung Haji Kelana Jaya selepas solat magrib untuk urusan pendaftaran.

Ada di antara kenalan kami yang telah pun berangkat terus ke Madinah melalui penerbangan awal. Jihan, kawan sepejabat semasa di Celcom pada tahun 1999-2000 telah berangkat pada 16 Oktober 2010. Kawan semasa belajar di Huddersfield UK, Nabiha dan juga pengapit kami semasa kami melangsungkan perkahwinan juga telah berangkat pada hari yang sama dengan KT24.

Rakan setugas di KUB, Hiruddin sememangnya bertuah. Dia hanya mendaftar dengan Tabung Haji beberapa hari selepas raya aidilfitri dan diberitahu gilirannya pada tahun 2034. Dia kemudian mengambil pakej dari sebuah travel agent walaupun permohonan untuk menunaikan haji tahun ini tutup pada bulan Mei lagi. Tapi, itulah yang dinamakan rezeki, dua minggu lepas, beliau mendapat khabar gembira kerana terpilih menunaikan haji tahun ini dan berangkat pada 30 Oktober 2010.

Boss Abah dan isterinya juga akan berangkat pada 30 Oktober 2010. Ofis Abah di USJ akan sepi dengan ketiadaan Abah dan bossnya :-) Rakan sepejabat Ibu di Standard Chartered Saadiq, Azrul juga akan berangkat bersama isterinya Nina pada 4 November 2010. Kami selalu bertukar2 infomasi di pejabat dari kami mula2 mengemukakan rayuan dengan TH seawal bulan Febuari.

Kawan-kawan yang sama belajar dengan Ibu di STF, KPP/ITM Shah Alam dan di UK, Neeta dan Neng juga akan berangkat pada 7 November 2010 (KT94) dan 1 November 2010. Sekiranya tiada aral melintang dan ada kelapangan, insyaAllah kami akan bertemu di sana.

Minggu lepas, kami berkesempatan menghadiri kenduri doa selamat di Kuala Pilah untuk meraikan bapa saudara Abah, Pak Derek yang akan berangkat pada 22 Oktober 2010 bersama isterinya. Ini adalah kali pertama kami ke Kuala Pilah menggunakan lebuhraya Lekas dan jalan baru Bukit Putus. Kami amat berpuashati kerana jalan yang lenggang dan tidak bengkang bengkok. Perjalanan kami kali ini sangat selesa dan pantas. Setelah menjamu selera dengan ayam masak lemak, sambal tumis udang dan lain-lain, kami bersembang di bawah pokok rambutan di hadapan rumah pusaka sambil Thaqif bermain bola di tengah laman di bawah panas matahari.






Seorang lagi saudara Abah, Tok Su akan berangkat dengan penerbangan terakhir pada 9 November 2010. Kami juga tidak menyangka Tok Su yang tinggal berjiran dengan Tok Abah di Kuala Krai akan menunaikan haji tahun ini. Alhamdulillah syukur pada Allah swt. Sebelah Ibu pula, bapa saudara sepupu, Uncle Len akan berangkat pada 25 Oktober 2010 berseorangan kerana pada mulanya ingin menemani ayahnya Tok Uncle, tetapi oleh kerana keuzuran, Tok Uncle tidak dapat mengerjakan haji tahun ini.

Guru kelas Adik, Cikgu Salina yang juga guru kelas Kakak semasa di darjah 6 dan Guru Besar SKTS, Puan Hajjah Habibah juga terpilih untuk haji tahun ini. Mereka banyak berjasa kepada keluarga kami kerana mendidik anak2 kami.

Kepada semua bakal2 tetamu Allah swt, selamat berangkat menunaikan ibadah haji. Semoga dipermudahkan segala urusan, perjalanan dan kesihatan dan diberi kesabaran dan ketenangan mengerjakan ibadah di tanah suci. Mohon doakan semoga kami pulang dengan beroleh haji yang mabrur, insyaAllah.

Thursday, October 21, 2010

Gombakclan - September Birthday Bash @ TLG

On the 1st of October 2010, the Gombakclanners gathered at ThatLittleGerai to celebrate their members whose birthdays fall in September 2010. Tok Lan, Yana, Haz, Harith, Ewein, Dini and Ira all had their birthdays in September. Tok Papa dan Tok Mamie were kind enough to hold the party. Everyone was present except for Dini since she was not on holiday.

This time round, it was not just us the GC, but we had five "special guests" joining us. They are form The Biggest Loser Asia season II. We were honoured to have them with us.




As usual, the chef had a tough and challenging time trying to serve everyone on time. He was lucky to have Tok Lan to assist him to cope with more than 20 orders of lamb chops, steak, fish & chips and the famour bigS burgers! Although some had to wait for quite a while for their orders to be served, everyone seemed satisfied. While waiting, everyone was busy chit-chatting and taking photos with the "special guests".

The highlight of the celebration was the cake cutting by all the birthday girls and boys and of course the give away of birthday presents. September has always been a tight month for GC since seven of us celebrated birthdays in that month. Nevertheless, we had a wonderful time and enjoyed each other company. A big THANK YOU to both Tok Papa and Tok Mamie for hosting the gathering and thank you to Chef Aidy @ ThatLittle Gerai for having us.
The Chef @ TLG

Who eat the salad???
Chef and his assistant!
Chef preparing the food
The famous BigS burger
Tok Nana and Ewein and the Scrap Book
Lin enjoying her lamb chop!
The Conie's family
Eating time!!!

Appetizer while waiting

Cutest Boy...Afif

Ira and her birthday gift!

Friday, October 15, 2010

Manasik Haji

Walaupun kami telah menghadiri kursus haji bersiri yang dikendalikan oleh Tabung Haji dan Ash-har Travels and Tours Sdn Bhd, masih banyak lagi perkara yang perlu kami tahu dan ilmu yang perlu ditimba. Inilah yang dinamakan "Manasik Haji" iaitu belajar semua ibadah dan amalan yang ada hubung kaitnya dengan ibadah haji setakat yang termampu.

Walaupun pernah menjejakkan kaki ke tanah suci dan mengerjakan umrah, pengalaman tersebut sedikit sebanyak membantu kami untuk lebih menghayati tuntutan ibadah haji. Sekurang2nya kami boleh mendapat gambaran apa yang perlu kami lakukan ketika menunaikan haji, jarak antara satu tempat ke tempat yang lain melalui ziarah yang kami buat semasa mengerjakan umrah, jalan2 persekitaran masjid dan juga keadaan cuaca.

Buku2lah menjadi bahan rujukan kami selain dari ilmu yang diperolehi melalui kursus2 yang kami hadiri dengan bimbangan dari ustaz2 yang pakar mengenai haji . Disini, kami ingin berkongsi buku2 yang memberi motivasi kepada kami untuk tidak melengahkan tanggungjawab menunaikan rukun islam yang ke-5 dan berusaha disamping berdoa agar terpilih menjadi tetamu Allah swt. Buku2 ini adalah tambahan dari buku2 yang diberikan oleh pihak Tabung Haji secara percuma.

Buku TRAVELOG HAJI Mengubah Sempadan Iman karya Prof Muhd Kamil Ibrahim adalah antara buku yang memberi kesan kepada kami mengerjakan haji lebih awal dari tarikh yang ditentukan oleh pihak tabung haji iaitu pada 2020. Coretan yang ringkas dan bersahaja ikhlas dari seorang yang ingin mendekatkan diri pada Allah swt membuatkan kami rasa teruja untuk mencontohi langkah beliau mengubah sempadan iman. Kami juga tidak ketinggalan membaca sambungan kepada travelog haji iaitu Travelog Dakwah Meniti Hari Esok. Buku2 Prof Kamil telah beberapa kali diulang cetak atas permintaan.
Buku yang ditulis oleh rakan sekampung Abah di Guchil, Prof Madya Dr Hj Muhd Najib Abdul Kadir juga menjadi rujukan kami. Ayahnya adalah seorang tok guru dan iman di madrasah yang sering dikunjungi Tok Abah dan kami setiap kali pulang ke kampung. Beliau yang bertugas di UKM menulis dua buah buku berkaitan haji iaitu RAHSIA HAJI Falsafah dan Hikmahnya Menurut Al-Quran dan Sunnah (diterbitkan pada Ogos 2010) dan sebuah lagi buku NOTA KURSUS HAJI BERSIRI yang mengandungi maklumat kursus2 yang dikendalikan oleh Tabung Haji. Buku Rahsia Haji lebih memberi maklumat tentang persiapan diri, manfaat haji dan umrah serta hikmah haji itu sendiri. Isi kandungannya yang disokong dengan dalil yang sahih membuat kita lebih menghayati hikmah dan manfaat yang bakal kita perolehi bila menunaikan ibadah itu sendiri. Buku Nota Kursus Haji Bersiri pula lebih kepada hukum dan tatacara mengerjakan ibadah itu sendiri. Yang menariknya mengenai buku ini ialah penyampaiannya dalam bentuk carta (powerpoint) dan berwarna warni memudahkan kita memahami dan mudah untuk diingati.



Satu lagi buku yang memberi kesan apabila membaca ialah buku yang ditulis oleh Ustaz Ghazali Ibrahim (abang kepada Aruah Ustaz Asri Rabbani) iaitu KEMBARA HATI DI TANAH SUCI. Buku ini memang best, penyampaian yang sempoi hingga kita ingin menghabiskan bacaan secepat mungkin. Buku ini sangat praktikal kerana diselit cerita2 benar yang berlaku di tanah suci melalui pengalaman penulis sendiri. Buku ini memberi kita inspirasi untuk berusaha menunaikan haji tanpa menunggu datangnya seru atau bila kewangan mencukupi.

Buku2 diatas adalah buku bacaan di tanah air. Untuk bekalan di tanah suci, buku2 yang kami jadikan panduan dan pedoman adalah PERISAI MUSLIM tulisan Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan WIRID, DOA DAN ZIKIR oleh Ustaz Zahazan Mohamed. Kedua2 buku ini bersaiz kecil yang mudah dibawa ini mengandungi doa2 yang menjadi amalan Rasulullah swt yang terkandung di dalam hadis2 sahih. Adalah lebih baik bagi kita mengamalkan apa yang diamalkan oleh Nabi dari mengamalkan doa2 and zikir2 yang kita tidak pasti asal-usulnya.


Sekiranya ada kelapangan masa, bolehlah menambah ilmu dengan membaca buku mengenai sejarah Makkah itu sendiri. Buku yang ditulis oleh Dr Basit berjudul MAKKAH AL-MUKARRAMAH Kelebihan & Sejarah mengandungi informasi2 berguna bagi kita untuk lebih menghayati ibadah yang kita lakukan. Sebenarnya terdapat banyak buku2 di pasaran yang boleh kita beli. Lebih banyak membaca, lebih baca ilmu yang dapat kita perolehi bagi mengukuhkan fahaman dalam menjalani ibadah haji.

Monday, October 11, 2010

Persiapan Bakal Tetamu Allah swt

Minggu lepas, kami sibuk dengan persiapan haji dengan pihak Tabung Haji dan Ash-har Travels. Pada hari Khamis, 7 Oktober 2010 kami ke Ash-har Travels mengambil barangan yang disediakan seperti luggage bag, hand baggage, beg shopping dan beg kasut. Selain itu, pihak Ash-har turut membekalkan kami kain ihram, telekung, tali pinggang, sarung lengan, uncang batu dan buku doa. Terima kasih kerana membantu kami menyediakan barangan keperluan terutama beg2 yang berbagai saiz dan berkualiti. Terimakasih juga pada Syikin dan Fasha yang banyak membantu kami dalam urusan haji.



Syikin memeriksa beg

Keesokkan harinya, 8 Oktober 2010 kami ke TH Wilayah di Maju Junction bagi mengambil Gelang Pengenalan Haji dan hadiah2 dari Syarikat Korporat yang begitu bermurah hati memberi sumbangan kepada bakal2 jemaah. Lebih kurang 10 syarikat yang menjadi Sahabat korporat TH seperti, Standard Chartered Saadiq, CIMB Islamic, Maybank Islamic, RHB Islamic, Bank Islam, MTD, CCM, KFC, Idaman Pharma, Safwa, Panasonic dengan moto "Berkongsi Barakah". Berbagai barangan yang ditaja seperti selipar, uncang batu, tasbih, bekas ubat, vitamin, buku2 doa dan wirid, ubat gigi, makanan dalam tin dan beberapa barangan lain. Alhamdulillah, semoga sumbangan ikhlas mereka mendapat ganjaran yang setimpal. Dikesempatan tersebut, Ibu dapat bersemuka dengan Tuan Haji Mazlan, Pengurus Pentadbiran THWP. Kami memang selalu melawat blog Hj Mazlan (http://tanahsucimabrur.blogspot.com/) untuk mendapat informasi terkini berkenaan urusan haji. Terimakasih Tuan Haji kerana banyak berkongsi maklumat dan tips2 haji untuk bakal jemaah.


Pada hari sabtu pula, 9 Oktober 2010 kami menghadiri taklimat perdana yang dianjurkan oleh pihak Ash-har Travel. Ini adalah taklimat terakhir sebelum kami memulakan perjalanan rohani ke tanah suci. Taklimat yang diadakan di Dewan Titiwangsa, Hotel Putra dihadiri lebih 100 bakal jemaah.

Setelah selesai pendaftaran seawal pukul 9 pagi, kami dijamu dengan minum pagi. Aturcara majlis dimulakan dengan sesi bersama Dr Abdul Basit Abdul Rahman, pembimbing kami ke tanah suci. Sesi selama lebih 3 jam ini mengimbas kembali apa yang telah diajar oleh Dr Basit dalam kursus2 haji yang diadakan sebelumnya selama 5 minggu. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memastikan para jemaah benar2 faham akan hukum dan tuntutan ibadah haji. Kami memang bertuah mendapat bimbingan dari Dr Abdul Basit atau lebih sinonim dengan panggilan Abu Anas Madani.

Abah dan Tok Papa mendaftar dengan Fasha

Dr Basit memberi ceramah

Tok Papa dan Tok Mami bersedia untuk taklimat

Ustaz Shukri memberi taklimat perjalanan

Demonstrasi memakai ihram oleh Abah

Sedikit infomasi mengenai Dr Abdul Basit. Beliau berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Datuknya, Syeikh Mohammad Daud Bin Sulaiman Al-Kalantaniy adalah seorang guru yang mengajar di Masjidil Haram dan ayahnya, Hj Abdul Rahman adalah pengasas Pondok Sungai Durian di Kuala Krai sejak tahun 1958. Beliau menghabiskan pengajian hingga ke peringkat Phd di Universiti Islam Madinah selama 15 tahun. Sekarang beliau aktif berdakwah dan menulis buku. Beliau adalah panel jemputan rancangan di TV Al-Kuliyah dan Tanyalah Ustaz serta panel di Radio Ikim.fm. Biodata beliau boleh didapati di blognya http://www.abuanasmadani.com/?page_id=2. Selain dari Dr Basit, seorang lagi pembimbing kami adalah Ustaz Ahmad Husni Dato' Abdul Rahman, juga graduan Universiti Islam Madinah dan bertugas di PPZ Wilayah sebagai pendakwah. Beliau juga selalu dijemput sebagai panel Tanyalah Ustaz di TV9.

Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Setelah selesai sesi bersama Dr Basit dan Ustaz Ahmad Husni, kami dihidangkan dengan makan tengahari yang sungguh lumayan, masakan ala kampung. Sebelum taklimat perjalanan dimulakankan, pihak Al Rajhi Bank memberi kami taklimat ringkas mengenai kad musafir-i dan kad debit yang boleh digunakan di tanah suci. Kad musafir-i boleh dibeli dengan harga SR300, 500 atau SR1,000 dan boleh dikeluarkan dimana2 ATM di tanah suci. Sekiranya terdapat baki yang tidak digunakan, kita boleh mendapat balik wang tersebut di mana2 Bank Al Rajhi di Malaysia. Macam kad "top-up".

Walaubagaimana, kami lebih tertarik dengan kad debit Al Rajhi atau dikenali dengan i-Zamzam yang berupa akaun simpanan. Terpulang pada kita berapa banyak wang yang hendak didepositkan di dalam akaun dan dengan kad debit, kita boleh mengeluarkan wang pada bila2 masa di tanah suci atau membeli barang menggunakan kad debit yang akan ditolak terus dari akaun kita. Sekiranya kita memerlukan wang tambahan, waris kita di Malaysia boleh mendeposit terus ke dalam akaun kita melalui CDM atau melalui kaunter. Kesimpulannya, kita tidak perlu membawa banyak wang tunai ke tanah suci dan tidak perlu berjalan dan beratur untuk mengeluarkan wang dari akaun tabung haji di pejabat tabung haji di Mekah atau Madinah. Selain itu, Al-Rajhi mengadakan cabutan bertuah sebanyak 3 kali setahun bagi pendeposit RM1,000 ke atas dan hadiahnya berupa 10 pakej umrah dan 10 pakej haji.

Seterusnya, kami diberi taklimat perjalanan oleh Pengarah Urusan Ash-har Travels, Hj Ahmed Shukri Abd Rahman, iaitu abang kepada Dr Abdul Basit. Terdapat 3 kumpulan seramai lebih kurang 300 jemaah yang diuruskan oleh Ash-har Travels iaitu yang berangkat pada 17 Oktober, 27 Oktober dan 2 November 2010. Kami termasuk di dalam kumpulan terakhir yang akan berlepas dengan penerbangan Saudi Air pada 2 November 2010 jam 1.30 pagi. Kami diberitahu agar berada di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya seawal jam 7.30 malam untuk urusan pendaftaran dan sebagainya. Oleh kerana kami akan mengerjakan haji tamatu' dan terus ke Mekah, kami diminta memakai ihram dari rumah. Pada taklimat tersebut, Abah dipilih mendemonstrasi cara pemakaian ihram. Taklimat selesai lebih kurang pukul 5 petang.

Pada sebelah malamnya, kami mendapat jemputan dari Madrasah Al-Ittihad untuk majlis doa selamat bagi bakal2 haji. Majlis yang diterajui oleh Ustaz Uwais Al-Qorni di mulai dengan solat maghrib berjemaah dan bacaan surah yassin, tahlil dan doa selamat. Setelah selesai solat isya' berjemmah, kami dihidangkan dengan jamuan morey. Ada beberapa pasangan dan individu dari Taman Perwira yang akan menunaikan haji pada tahun ini termasuk seorang yang berpangkat "Dato'" yang akan berangkat ke tanah suci dengan pesawat dan kembali ke tanah air menaiki BAS!!! pasti hebat pengalamannya nanti melalui 7 negara. Kepada semua bakal2 haji dari Taman Perwira, semoga beroleh haji yang mabrur dan kami berdoa semoga segala urusan di permudahkan, insyaAllah. Terimakasih kepada pengurusan Madrasah Al-Ittihad kerana meraikan kami.

Persiapan kami zahir dan batin sebagai tetamu Allah swt diteruskan....

Majlis doa selamat di madrasah

Friday, October 8, 2010

Open House & Traffic Jam

It is still Syawal and we are still celebrating raya. Almost all our weekends in the month of Syawal are occupied attending to open houses. Last weekend, 2nd and 3rd October 2010 was not an exception. We started early, at 11am attending to the raya celebration organised by IQKL PIBG. They took the opportunity to perform solat hajat for the students taking PMR and SPM exams.

When we arrived, we were looking high and low for Faiz and couldn't find him. Only at around 1.00pm we finally saw him. He just returned from the open house of YB Dato' Dr Hassan Ali, the founder of IQKL. We later found out that he made it a tradition to invite some of the boys from IQKL to recite 30 juzuk Al-Quran during his open house and these boys were given the privilege to eat after they have completed the recitation before the other guests could. Faiz was selected to recite Juzuk 4. He came back with his stomach full!!!


Before we reached home, we stopped by at KFC to get a barrel of KFC chicken. The next open house was a reunion organised by Haslinah for all TRI/Celcom ex-staff. Only Ibu and Faiz attended the open house at Bandar Baru Ampang. Luckily we did not take the MRR2 and got there using Jalan Gombak -Pahang - Tun Razak -Elevated Highway - Jalan Ampang. That took us about 30 minutes instead of 2 hours! It was a good turn up. Ibu was so glad to see her ex-colleagues Shila, Shema, Aida O, Jihan, Meor, Asba, Farrish, Zuni, Ita, Cik A and of course, Rizana (her ex-boss). The food was abundance but Laksa Penang made by Haslinah was the best! Thanks to everyone especially to Kak Ina for making the reunion cum raya gathering a success. We left Ampang using the Elevated Highway and Duke and managed to escape the jam and reached home in about 40 minutes!!




Next on the itinerary was to send Faiz back to IQKL but before sending him back, we fetched Thaqif from school. He went for a one night camping in the school compound! It was his first camping experience. After sending Faiz back, we went to Sime Darby Convention Centre for Sime Darby Open House. Sime Darby open house is always levish with loads of food and come with very nice doorgifts for the staff. They must have spent a lot for the occassion.





That night, we skip dinner and went to bed early with our stomach full!!!! We were so tired since we started the morning exercising, walking up Cemerlang Heights before heading to all the open houses!

Tuesday, October 5, 2010

Jemputan Istimewa

Pada hari Jumaat, 3 September 2010/24 Ramadhan 2010 kami mendapat berita gembira di mana kami telah "terpilih" untuk menunaikan rukun islam yang ke-5. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga atas jemputan sebagai tetamu Allah swt untuk musim haji kali ini. Perjalanan haji kami diuruskan oleh Ash-har Travel & Tours Sdn Bhd, sebuah syarikat pengendali haji yang dipilih oleh Lembaga Tabung Haji. Kami memilih Ash-har kerana syarikat tersebut dimiliki oleh sebuah keluarga yang menjadi kenalan rapat Tok Abah. Keluarga mereka juga menguruskan Pondok Sg Durian yang terletak di Kuala Krai. Pembimbing jemaah haji adalah Dr Abdul Basit Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan Abu Anas Madani.

Persiapan kami bermula seawal bulan Febuari bila kami membuat rayuan untuk menunaikan haji lebih awal dari tahun yang ditetapkan iaitu pada 2020. Kami memang berhajat menunaikan haji secepat mungkin setelah cukup syarat terutamanya istito'ah. Kami mula menghadiri kursus haji bersiri yang dikendalikan oleh pihak TH di Masjid Syakirin Gombak Setia. Kursus tersebut memakan masa selama lebih kurang 3 bulan bermula dari bulan Mei dan berakhir pada bulan Julai selama lebih kurang 17 minggu pada setiap hari Ahad. Kami cuba sedaya upaya menghadiri kesemua kursus tersebut walaupun beberapa kali terpaksa "ponteng" kerana urusan lain. Walaubagaimanapun kami berpeluang menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Ash-har selama 5 minggu di bawah bimbingan Ustaz Basit.

Minggu lalu pada 26 hingga 27 September 2010, kami menghadiri kursus Haji Perdana yang dianjurkan oleh TH Wilayah Persekutuan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Precint 3, Putrajaya. Kursus ini lebih kepada simulasi bagi para jemaah mengerjakan tawaf, saie dan melontar jamrah dengan berihram. Kami tidak mengikuti simulasi tersebut kerana pernah mengerjakan umrah sebelum ini. Ramai jemaah yang hadir dan bermalam di masjid mengikut maktab2 yang ditentukan. Terdapat banyak gerai2 yang menjual kelengkapan haji dan kami mengambil kesempatan membeli beberapa barang keperluan termasuk set mandian keluar el-hajj yang boleh digunakan semasa berihram.










Setelah mendapat surat tawaran yang dikeluarkan oleh TH, kami diminta menerima tawaran tersebut sebelum hariraya aidilfitri. Jadi beberapa hari sebelum raya, kami ke TH HQ di jalan Tun Razak untuk menghantar surat tawaran tapi kami terkejut kerana terdapat lebih dari 60 orang sebelum nombor kami dipanggil dan ramai jemaah yang telah menunggu lebih dari 2-3 jam. Jadi tanpa berlengah, kami terus beredar balik. Keesokkan harinya, kami seawal 7.30 pagi sudah berada di TH Bandar Baru Ampang dan beratur di hadapan pintu walaupun pejabat TH hanya dibuka pada jam 8.30 pagi. Ramai yang mengikut beratur dibelakang kami untuk menunggu pintu dibuka! Bila pintu dibuka kami terus masuk dan mengambil nombor yang pertama. Alhamdulillah urusan penerimaan selesai dalam masa 20 minit.

Hanya selepas hariraya aidilfitri kami menyelesaikan urusan medical dan suntikan meningitis dan seperti sebelumnya, kami bersedia sekali lagi di hadapan pintu TH Ampang seawal pukul 7.30 pagi bagi urusan serahan paspot antarabangsa bagi mendapatkan visa dan semakan buku rekod kesihatan. Kami masih menunggu maklumat dari TH mengenai gelang pengenalan haji yang perlu diambil dari pejabat TH dan tarikh penerbangan. Semoga segala urusan kami untuk menunaikan haji pada tahun ini dipermudahkan, insyaAllah.

Tujuan kami menulis mengenai persiapan haji hanyalah sekadar berkongsi pengalaman and tips bagi bakal2 jemaah haji untuk musim haji yang mendatang.

Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5