Sanggup mendengar ucapan di bawah terik matahari
Kami tiba lebih kurang pukul 9 pagi dan pada waktu itu, khemah-khemah yang disediakan sudah hampir penuh. Selesai mendaftar, kami mencari tempat yang sesuai berdekatan dengan pentas utama. Seramai 400 pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PSRA and PMR dijemput untuk menerima sijil dan sumbangan. YB tiba lebih kurang pukul 10 pagi lengkap dengan pakaian sukan. Semasa memberi ucapan, beliau memaklumkan bahawa beliau baru sahaja selesai menghadiri upacara Larian Sg Klang.
Kami begitu teruja mendengar ucapan daripada beliau. YB sememangnya seorang yang bijak dan prihatin terhadap warga Selangor terutama di bahagian Gombak. Setelah selesai memberikan ucapan, beliau menyampaikan sijil kepada kesemua pelajar-pelajar cemerlang. Kami amat kagum dengan kepimpinan YB. Setelah selesai upacara tersebut, kami beredar untuk pulang ke kampung. Tahniah Dini atas anugerah yang kecil tapi amat bermakna.
Kami langsung tidak menyangka gambar kami semasa menghadiri majlis tersebut tersiar di dalam Harakah isu 19-21 Mac 2010.
Pada hari jumaat, 26 Mac 2010 lebih kurang jam 10.30 malam, kami menaiki bas di stesen bas Greenwood. Pengalaman menaiki bas transnasional sememangnya menyeronokkan. Dengan tempat duduk yang selesa, hawa dingin yang nyaman, kami dapat melelapkan mata dan hanya sedar apabila bas berhenti di tempat rehat, Merapoh pada pukul 3 pagi. Kami turun untuk ke tandas dan berehat sampai menikmati kopi O dan burger. Agak malang bagi kami, walaupun terdapat lebih dari lima buah bas transnasional yang berhenti di situ, makanan yang disediakan hanya ala kadar. Patutlah Dini selalu "tapau" makanan dari rumah setiap kali balik dengan bas kerana makanan yang dijual tidak menyelerakan. Kami tiba di Kuala Krai lebih kurang pukul 5 pagi dan Tok Abah sudah sedia menunggu ketibaan kami.
Hentian rehat di Merapoh
Bas-bas transnasional berhenti rehat
Keesokkan harinya, walaupun masih mengantuk, kami gagahkan juga diri kami dan bertolak ke Tanah Merah pada pukul 8 pagi. Setibanya kami di MTS, Dini sudah menunggu dan tidak sabar untuk bersarapan pagi dengan kami. Kami singgah di Kak Zah Nasi Kerabu, kedai yang terletak berdekatan dengan MTS. Kedai ini memang popular dengan nasi kerabu dan sewaktu kami tiba, meja2 sudah hampir penuh. Selesai makan, kami bergegas ke MTS untuk menghadiri program Jayawaris.
Sewaktu kami mendaftar, guru kelas Dini mengucapkan tahniah kepada kami. Kami tidak menyangka yang Dini telah mendapat kedudukan pertama di dalam kelas dan ketiga untuk keseluruhan pelajar seramai 259 orang. Dini telah mendapat keputusan yang cemerlang dengan 19A, 3B dan 1C. Kami amat terharu dengan pengorbanan Dini yang berhempas pulas belajar untuk meraih kejayaan. Walaupun Dini mengambil 23 subjek dan menghafal Al-Quran, Dini jarang sekali merungut. Sememangnya belajar di sekolah tahfiz integrasi memerlukan kecekalan, terlalu banyak cabaran dan ujian. Ramai kawan-kawan Dini yang bertukar ke sekolah lain kerana tidak tahan dengan rutin yang padat dan "expectation" yang tinggi.
Setelah selesai program Jayawaris, kami membawa Dini keluar makan tengahari di Restoran Tepi Sungai dan selepas itu ke Aneka membeli barang2 keperluan Dini. Ini memang rutin kami setiap kali menziarah Dini, ada saja yang tak cukup. Kami bertolak balik ke KL pada malam itu juga menaiki bas. Tetapi kali ini Bas Express Perdana, dengan kerusi yang lebih hebat dan selesa sehingga kami langsung tidak sedar apabila bas berhenti rehat di Merapoh. Walaupun kami terpaksa bermalam di atas bas dua malam berturut2, perjalanan yang kami lalui memang menyeronokkan dan amat berbaloi.
Kami berdoa semoga Allah swt memberkati usaha Dini menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidupnya di dunia dan di akhirat. Semoga Dini menjadi anak yang soleh dan seorang huffaz yang dapat berbakti kepada keluarga dan masyarakat dengan ilmu Al-Quran yang dipelajarinya. We are so proud of you, Kakak.
5 comments:
Tahniah Dini....Uncle tumpang seronok...walaupun Uncle tak pernah dapat result macam Dini tapi Uncle tumpang berbangga....once again, TAHNIAH!
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
Salam Uncle
Ibu dengan Abah Dini pun tak pernah dapat result macam Dini pun. Kami pun tumpang gembira dengan her achievement. Thanks Uncle for the wish.
Nasi Kerabu Kak Zah sedap & agak manis sedikit...
Nasi Kerabu Kak Zah memang sedap, nice and simple. Tapi masih tak boleh lawan Nasi Kerabu di Ketereh.
Post a Comment