Thursday, February 10, 2011

Menjelajah Peninggalan Sejarah di Kota Madinah

Oleh kerana kami hanya berada di Madinah selama 9 hari, hari-hari kami dipenuhi dengan berbagai aktiviti. Menziarah Raudah, mendengar beberapa siri ceramah mengenai sejarah Madinah yang disampaikan oleh Abu Anas dan Abu Fatih. Pada ceramah terakhir yang diadakan, Ibu dipanggil untuk mewakili jemaah wanita untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Ibu sempat menziarah makam Nabi saw sebanyak dua kali. Kali pertama diiringi mutawif wanita dari Ash-Har Travels dan kali kedua Ibu dan beberapa jemaah wanita mendapatkan khidmat seorang mutwaif dari Indonesia yang membawa kami dalam kumpulan yang kecil dengan sedikit bayaran. Masa terbaik adalah pada pukul 10 malam ketika jemaah agak berkurangan berbanding waktu siang dan dapatlah kami bersolat dengan aman di kawasan raudhah, alhamdulillah. Abah pula tidak menghadapi masalah untuk ke raudhah kerana tiada sekatan waktu.

Abu Anas dan Ziarah Madinah

Ibu menyampaikan ucapan ringkas

Taklimat perjalanan sebelum kembali ke tanah air

Jalan menuju ke Raudah

Kami juga dibawa menziarah ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Masjid Jumu'ah, Kilang Cetak Quran, Ladang kurma dan Jabal Uhud. Kami tidak banyak memborong kurma di Ladang kurma kerana hargayang agak mahal. Kami juga tidak membeli kurma di Pasar Kurma atau di kawasan pameran kurma (yang hanya terdapat pada musim haji). Kami hanya membeli di kedai2 biasa berdekatan hotel kerana kualiti dan harga tidak jauh berbeza. Kami juga hanya singgah sebentar di kilang cetak quran untuk membeli MP3 Quran yang dikeluarkan oleh Kompleks King Fahd dengan harga SR20 sekeping untuk dijadikan buah tangga apabila kembali ke tanah air.

Abu Fatih berceloteh

Jemaah diberi penerangan mengenai Masjid Quba'

Ibu dan Tok Mamie dalam Masjid Quba'

Kawasan solat wanita

Ibu dan Abah

Abah dan Ustaz Ahmad Husni

Jemaah wanita Ash-Har

Jemaah Ash-Har bergambar beramai2

Masjid Quba'

Tinggalan bangunan sekitar Masjid Tujuh


Masjid Al Fatah (Masjid Tujuh)

Masjid Baru yang dibina sekitar Masjid Tujuh

Cerita Pokok Kurma

Kawasan istirehat dalam ladang kurma

Kilang Cetak Quran

King Fahd Complex

Semasa di Jabal Uhud, kami dibawa mendaki Jabal Rumah, bukit kecil bertentangan dengan Jabal Uhud di mana 50 orang pemanah ditempatkan bagi menghalang tentera quraisy. Walaupun matahari terik memancar, para jemaah khusyuk mendengar kisah Perang Uhud yang disampaikan oleh Abu Anas. Terasa seolah-olah kami berada pada ketika tentera Islam mengalami kekalahan dan melihat 70 para syuhada gugur syahid demi menegakkan syiar Islam. Banyak pengajaran yang kami dapati dari Perang Uhud. Ziarah kami diakhiri dengan bacaan doa memohon rahmat dari yang Esa. Ziarah kami kali ini ke Jabal Uhud sugguh terkesan hingga mengalirkan air mata berbanding ziarah kami ke sini semasa mengerjakan umrah. Benarlah apa yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya Bukit Uhud adalah bukit yang menyintai kita iaitu orang-orang mukmin dan kita juga memang menyintainya.

Kawasan Jabah Uhud

Di atas Bukit Rumah (Bukit Pemanah)

Jabal Uhud di belakang

Abu Anas bercerita mengenai Perang Uhud

Makam Syuhada Uhud

Ibu dan Abah di Jabal Al Rumah

Jabal Uhud

Tuesday, February 8, 2011

Ziarah Kota Madinah Al Munawwarah

Rehlah haji kami masih belum berakhir selagi belum menjejakkan kaki ke tanah haram kedua, iaitu kota Madinah Al Munawwarah. Giliran kami tiba pada tanggal 5 Disember 2011/29 Zulhijjah 1431H dan kami adalah kumpulan terakhir Ash-Har Travels yang menuju ke Madinah. Setelah menunaikan tawaf wada' selepas solat subuh, kami bersiap menunggu bas yang dijangka tiba pada pukul 10 pagi. Alhamdulillah, proses meninggalkan Makkah berjalan dengan lancar dan teratur. Perasaan hiba melanda jemaah tatkala bas yang kami naiki perlahan-lahan meninggalkan tanah suci yang menjadi kediaman kami selama lebih kurang 33 hari.

Hadapan hotel di Misfalah

Bas baru ke Madinah

Bas No.1

Bas kami sungguh selesa

Pek makanan yang disediakan Muasasah Asia Tenggara

Melalui Universiti Ummu Qura

Perjalanan menuju ke Madinah mengambil masa lebih kurang 8 jam dan kami sempat singgah di R&R untuk makan tengahari di Restoran Naif. Setibanya kami di situ, kami sempat menunaikan solat jama' zohor dan asar dan menikmati nasi arab berlauk ikan goreng yang tidak kurang enaknya. Beberapa ketika selepas menyambung perjalanan, bas kami berhenti di tengah-tengah lebuhraya untuk melihat beruk-beruk yang datang berbondong-bondong untuk mengambil makanan yang diberi para jemaah. Dari mana datangnya sebegitu banyak beruk-beruk dan bagaimana mereka tinggal di padang pasir yang tandus hanya mereka yang mengetahui. Kami akhirnya tiba di Madinah lewat petang setelah melalui proses pendaftaran jemaah. Apabila menara-menara Masjid Nabawi mula kelihatan, rindu yang sekian lama terpendam mula terubat. Syukur kepada Allah swt yang memberi peluang untuk kami kembali menziarah makan kekasihNya, Rasulullah saw serta keluarga dan sahabat baginda. Kami checked in di Hotel Royal Dyar, yang terletak betul-betul di belakang Hilton Medina, lebih kurang 70 meter dari Masjid Nabawi.

Restoran Naif

Masjid di R&R

Bilik air dan tempat wudu'

Bahagian dalam bilik kawasan wudu'

Kawasan solat wanita

Abah menjamu selera

Abu Anas mengambil order dari jemaah

Nasi minyak, kuah dal dan ikan goreng

Ibu dan Tok Mamie

Beruk2 dari padang pasir

Merebut-rebut mengambil makanan

Berkeliaran

Kami amat bertuah kerana mendapat bilik yang menghadap ke masjid di tingkat 8. Makanan yang disajikan kepada jemaah disediakan oleh pihak hotel di coffee house. Jadi kami berpeluang menikmati makanan arab, beranika salad dan dessert yang enak. Hampir setiap hari kami dihidangkan dengan daging kambing dan kentang dalam berbagai masakan. Apabila sudah mulai jemu, kami makan KFC atau pun Hardees.

Kami memulakan solat 40 waktu berturut-turut bermula dari solat isya' walaupun Abu Anas sudah memberitahu bahawa hadis yang menganjurkan solat 40 waktu di Masjid Nabawi bukanlah dari hadis yang sahih. Bagi kami, peluang yang ada di bumi Madinah tidak akan kami sia-siakan kerana pahala ibadah di Masjid Nabawi digandakan sebanyak 1,000 kali. Madinah sudah mulai sejuk terutama pada waktu malam hingga ke subuh. Sejuknya menusuk ke tulang hingga kami terpaksa memakai pakaian tebal untuk ke masjid. Jemaah masih ramai sehingga adakalanya kami terpaksa solat di dataran.

Air Zam-Zam yang diedarkan pada jemaah

Pek makanan yang disedekahkan pada jemaah

Tempat mendaftar jemmah haji sebelum masuk ke Madinah

Ministry of Pilgrim

Hotel Royal Dyar

Pemandangan dari bilik

Bilik 810

Monday, February 7, 2011

Barakallah Fathi & Safa

Tanggal 5 Febuari 2011 / 2 Rabiul Awal 1432H adalah hari yang sungguh bermakna buat Ustaz Fathi, ustaz yang mengajar Adik mengaji Al-Quran. Pada hari tersebut, Ustaz diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Safa di Masjid Taman Kosas Ampang.

Kami sekelurga bertuah kerana dijemput menyaksikan upacara akad nikah yang benar-benar menurut syariat Islam, simple and sweet. Pengantin lelaki berjubah putih and berkopiah dan pengantin perempuan, berbaju kurung dan bertudung dengan wajah semulajadi tanpa makeup. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar disaksikan kaum keluarga dan kerabat terdekat.

Setelah selesai majlis akad nikah lebih kurang jam 11.30 pagi, kami beransur ke rumah pengantin perempuan yang terletak berdekatan masjid untuk jamuan ringkas.

Kepada Fathi dan Safa, kami sekelurga mengucapkan Selamat Pengantin Baru, moga-moga Allah memberikan keberkahan kepadamu dan keatasmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan. Barakallah dan semoga redha Allah bersinar selalu.

Pengantin Makan Beradab

Ahli keluarga menjamu selera

Pengantin

Hantaran dari pihak lelaki

Hantaran dari pihak perempuan

Bersedia untuk upacara akad

Majlis Akad Nikah

Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5