Friday, February 5, 2010

Novel Sejarah Islam terbitan PTS

Antara buku bacaan kami sejak akhir-akhir ini adalah buku-buku yang diterbitkan oleh PTS (http://www.pts.com.my/). PTS adalah sebuah syarikat penerbitan yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun dan menerbitkan berbagai judul buku yang kebanyakkannya berlandaskan islam. Kami berpeluang berkunjung ke pejabat PTS yang terletak di Batu Caves pada hari cuti umum Wilayah yang lepas kerana telah membuat temujanji untuk menukar buku yang rosak yang dibeli secara on-line di Book Cafe.

Judul buku yang menjadi pilihan kami adalah novel sejarah islam mengenai tokoh-tokoh dan pahlawan Islam terbilang yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. Antara buku-buku yang ditulis adalah mengenai empat orang Khalifah Islam, Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khatab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib. Lain-lain tokoh termasuk Khalid bin Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Tariq, Bilal bin Rabah, Ikramah, Salahuddin Al Ayubi dan Hulagu Khan. Yang terbaru adalah Umar Abdul Aziz, Imam Shafie dan Imam Hanafi.

Karya yang dihasilkan oleh penulis dapat memberikan gambaran mengenai kehidupan yang dilalui oleh tokok-tokoh Islam bersama dengan Nabi Muhammad SAW dan selepas kewafatan beliau. Jalan cerita yang mudah serta tidak membosankan membuat kami begitu teruja untuk membaca kesemua koleksi buku penulis. Cerita mengenai kepayahan Nabi Muhammad SAW berdakwah setelah menerima wahyu pertama dari Allah SWT sehinggalah tamadun Islam berkembang luas sehingga dapat menakluk Empayar Rom, Parsi dan Baitulmaqdis begitu memberi kesan dan menyentuh jiwa. Pengorbanan umat terdahulu yang sanggup syahid hanya kerana iman dan islam menyedarkan and menginsafkan diri.

Banyak lagi judul-judul menarik yang diterbitkan oleh PTS seperti buku-buku motivasi, bisnes, komik dan buku kanak-kanak, resipi, tokoh dunia dan novel-novel. Buku-buku ini boleh diperolehi terus dari bilik pameran PTS di Dolomite Business Park, Batu Caves yang menawarkan diskaun sehingga 25%.

"Jadikanlah umur ibarat wang yang diberikan kepadamu sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia" ~ Saidina Ali Bin Abi Talib

Kepada penulis, semoga apa yang anda usahakan mendapat ganjaran dari Allah SWT, insyaAllah. Selamat Membaca.

2 comments:

boy said...

klu dah habis baca bole la kasi pinjam ...

DadaIQ said...

Salam Boy
Apa salahnya, tapi kenalah pulangkan bila dah habis baca sebab buku2 ni koleksi peribadi.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5