Kami telah di arah untuk berada di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya selepas maghrib. Tapi kerana risau terperangkap dalam kesesakan jalanraya kami bertolak awal pada pukul 5.30pm. Alhamdulillah, kami sampai sebelum azan maghrib dilaungkan. Kakak yang dijangka tiba dari KB pada pukul 5.30pm dengan FireFlyz hanya tiba pada pukul 6.30pm kerana kelewatan. Kakak hanya tiba di Kelana Jaya selepas solat maghrib bersama Pak Teh.
Keadaan di Kelana Jaya mulai sesak dengan para jemaah KT82 dan kaum keluarga mereka yang dijadual berlepas pada pukul 1.40am. Ada yang telah tiba lebih awal terutama mereka yang datang dari luar KL. Khemah2 yang disediakan oleh Tabung Haji penuh sesak dengan para jemaah beserta kaum kerabat, bagai satu perkelahan kerana masing2 sibuk mengisi perut dengan bekalan yang dibawa kerana telah tiba waktu makan malam. Kami hanya berbekalkan meehoon goreng untuk mengalas perut, itu pun tidak mencukupi. Nasib baik kami sempat memesan makanan dari Tok Papa dan Tok Mamie yang masih dalam perjalanan ke Kelana Jaya.
Sedang kami sibuk melayan semua yang datang menghantar kami, Ibu mendapat berita yang Tok Wan dan Tok sudah jauh tersesat walaupun pada awalnya mereka mengikuti konvoi kami. Akhirnya, Pak Ngah dan Pak Lang pergi menjemput mereka yang tersadai di kawasan Ara Damansara. Alhamdulillah dapat kami berjumpa mereka sebelum kami berangkat masuk. Adik pulak merajuk kerana tidak sanggup menunggu hingga 14 November 2010 untuk mendapatkan hadiah harijadinya, PSP!!! Adik menangis teresak-esak hingga akhirnya Ibu dan Abah setuju diberikan padanya bila balik dari Kelana Jaya.
Lebih kurang pukul 9.30pm, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada semua yang sudi menghantar kami. Terimakasih kepada semua yang sudi hadir, sekali lagi kami sangat terharu dengan sokongan yang diberi oleh keluarga dan rakan2.Terasa sayu kerana terpaksa meninggalkan Kakak, Abang dan Adik. Tetapi kami yakin, mereka akan diawasi dengan baik oleh Nenek, Tok Wan, Tok, Tok Abah, Tok Mama, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Teh dan Ustaz Fatihi. Kami sedari awal telah merancang aktiviti mereka pada musim cuti sekolah tapi kami yakin ianya akan berubah mengikut keadaan.
Adik, Kakak dan Abang
Bersama Pak Ngah, Pak Lang, Pak Teh, Abg Man, Kak Ani, Abg Mat dan Isteri
Tok Abah dan Tok Mama
Tok dan Tok Wan
Khemah menunggu
Tok Mamie, Tok Onn dan Tok Wan
Sedihnya Adik nak PSP!!!
Mak Teh dan Azilah
Abg Man, Kak Ani dan Tok Mama
Mak Ngah, Mak Lang & Mak Teh
Awin dan Anis dan anak2
Kami sungguh bertuah kerana tiga orang anak saudara sepupu Abah (anak2 Abang Juman) yang bekerja sambilan di TH banyak membantu kami dari mula kami masuk bagi urusan paspot hingga kami tiba di KLIA. Setelah selesai taklimat dan setelah azan dilaungkan, kami dibawa menaiki bas sebanyak 7-8 buah menuju terus ke terminal di KLIA. Perjalanan kami sungguh lancar kerana disusuli dengan motor peronda polis yang menyekat semua laluan sepanjang perjalanan kami.
Taklimat Perjalanan
Terminal KLIA sebelum berlepas
Tok Mamie & Tok Papa
Kami menaiki pesawat charter Saudi SV5125 Airbus 330. Oleh kerana cuaca yang kurang baik, kami hanya dijamu makan malam lebih kurang pukul 3.00am. Memang kami semua kelaparan dan kehausan kerana hanya menjamah meehoon sebelum berlepas dan tidak dibenarkan membawa masuk bekalan air ke dalam pesawat.
Penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 9 jam 40 minit dan ia bukan seperti pesawat komersial di mana kita boleh mengetahui lokasi di mana kita berada, boleh menonton movie atau mendengar audio. Jadi, kami hanya menghabiskan masa dengan tidur, membaca, berzikir dan makan. Abah sempat meminta Abu Anas membuat pengumuman mengenai solat subuh yang kami perlu selesaikan sebelum kami mendarat. Apabila pesawat hampir tiba di Qarnul Manazil (Miqat), kami bersiap untuk berniat ihram untuk menunaikan umrah dan bersedia menjaga 13 pantang larang ihram. Kami memilih untuk membuat Haji Tammatu’ dan akan membuat umrah sebelum berniat haji.
Alhamdulillah, perjalanan kami dari kami meninggalkan rumah ke Kelana Jaya dan terus ke Jeddah sungguh lancar. Perkhidmatan yang disediakan Tabung Haji memang hebat dan wajar mendapat pengiktirafan.