Daging yang telah diproses dibahagikan kepada 7 bahagian sebelum diedarkan pada orang2 kampung. Sebahagian digunakan untuk memasak untuk makan tengahari setelah penat bekerja. Antara menu wajib ialah daging goreng, sup atau kukoq tulang/gearbox, masak asam perut muda dengan limpa, acar mentah, ikan kering dan sambal. Memang mengancam, satu pinggan memang tak cukup.Sambil orang dewasa sibuk menguruskan daging korban, kanak2 pula mengambil peluang mandi-manda di sungai. Air sungai pula agak banyak & bersih kerana baru lepas banjir, memang seronok main sampai ada yang menangis bila disuruh naik. Yelah, bukan selalu dapat mandi sungai tambah2 yang duduk di KL. Lepas mandi, semuanya tak sabar nak menjamah makan tengahari yang sedia terhidang kerana masing2 sudah kelaparan. Kami makan beramai2...ramai sanak saudara berdekatan juga datang kerana Ayah Su juga mengadakan kenduri kesyukuran. Setelah selesai solat zohor, kami semua berangkat balik dengan bekalan daging untuk diagih2kan.
Selain dapat menjalankan ibadah korban yang dituntut agama pada mereka yang berkemampuan, kami juga dapat berkumpul bersama2 dan mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin. Semoga aktiviti seumpama ini akan diteruskan oleh generasi2 muda demi mengukuhkan lagi ukhwah.
Post a Comment
No comments:
Post a Comment