Aidil Adha 1430H tiba pada waktu bulan Disember.... pada waktu musim tengkujuh, musim hujan dan musim banjir, namun sekitar 8 - 13 Zulhijjah, hujannya berhenti, banjirnya surut, langitnya terang dan paginya dingin berkabus... cukup baik untuk sambutan hari kebesaran Islam ini.
Secara tradisionalnya, sambutan di Kelantan dikenali dan diakui lebih meriah dan lebih bermakna...mungkin ada benarnya. Kami juga tidak kurang excitednya untuk balik kampung lagi... lebih seronok agaknya dengan mobil baru (milik syarikat!).
Namun disebabkan kerja dan cuti yg terhad, kami cuma boleh berangkat pada hari Khamis malam Jumaat menuju tol Gombak. Trafik sungguh sesak dan kami terpaksa berpusing balik untuk mengisi minyak penuh. Setelah lebih 30 minit membeli bekal, kami mencuba lagi...kali ini trafik lebih sesak lagi but what choice do we have??...tempuh juga la. Kelajuan cuma 10 - 20 km/j dan kami tiba di Genting Sempah setelah 1 setengah jam!!!
Jam menunjukkan waktu 11:30 malam.....'pukul berapa kita nak sampai ni????' dan setelah berbincang kami membuat keputusan untuk balik KL dan tidor!!! On the way down, we saw what was behind us.....every inch of the highway was filled with cars & lorries!!! So at 12 midnite, we were in our beds!!! Kami akhirnya bertolak balik ke Kuala Krai pada pagi 10 Zulhijjah ie pagi Raya dan perjalanannya cuma mengambil masa 4 jam... banyaklah bukti2 yg menunjukkan keadaan yg sangat sesak pada malam tadi di sepanjang jalan.....so we thought it was a good decision.
Kisah kesesakan jalanraya di Kelantan dan jalan2 menuju Kelantan sangat kritikal terutamanya jalan Kuala Krai - Kota Bharu, a stretch of approximately 60 km which can take up to 4 hours travel time by road at peak times...namun ianya tidak mendapat perhatian dan tindakan yg sewajarnya dari pihak yg berwajib...ianya terus menjadi mangsa politik....jadi orang Kelantan terpaksalah mengharungi keadaan ini tiap2 kali cuti Raya.....ok, ok... we leave it out for a different venue.
Kami tiba sebelum solat Jumaat, just nice...if we had continued our journey last nite, we (especially the driver) would be sleeping right now!! After solat Jumaat, we had lunch at Tok Su's house...standard Hari raya Haji menu ie nasi putih panas, daging goreng, sup tulang, sambal pedas and ikan kering....awesome!!!! Tak cukup satu pinggan, mesti kena tambah. Daging2 korban adalah dari keluarga Tok Su yg telah menjalankan ibadah korban pada sebelah paginya. As for us, we will do it on Saturday 11 Zulhijjah.
Kisah 11 Zulhijjah 1430H seterusnya....
2 comments:
Dear all.
Alahai...seronoknya beraya dengan family...Dah 3 tahun tak berkesempatan. By the time dapat nanti, anak-anak dah tak nak berpimpin tangan lagi dah...sedihnya!
Salam Uncle,
InsyaAllah adalah rezeki Uncle beraya dengan anak2. Don't worry, Marina mesti nak pimpin tangan dengan Daddy dia even when she grows up. Daddy's girl lah katakan. See you soon.
Post a Comment