Friday, November 25, 2011

Bertani Satu Ibadah

Cerita kami di KB masih belum berakhir dan sejak dari itu, kami sudah dua kali balik ke kampung! Sejak kebelakangan ini, kami agak sibuk dan tidak berkesempatan untuk menulis. Walaupun begitu, apa yang kami lalui masih segar dalam ingatan dan kami akan terus menulis sebagai catatan peribadi dan untuk dikongsi bersama.

Pada hari Tok Mama menjalani pembedahan, iaitu pada 24 September 2011 kami hanya menghabiskan masa di KB. Kebetulan pada minggu itu, Kerajaan Negeri menganjurkan Karnival BERTANI SATU IBADAH bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhamad ke IV berhadapan dengan Perdana Specialist sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan 2011 yang bermula 21 September hingga 2 Oktober 2011. Tema tahun ini ‘Bertani Satu Ibadah Pemangkin Kecemerlangan Pertanian Kelantan’ dan diadakan dwitahunan.

Jadi kami mengambil peluang berkunjung ke tapak karnival untuk melihat apa yang dipamerkan disitu. Kami sungguh bertuah kerana TGNA baru sahaja selesai merasmikan karnival tersebut dan dia serta VIP lain dibawa melawat kawasan pameran. Kami pun mengambil kesempatan mengikut rombongan TGNA sambil mendengar penerangan yang diberikan sambil mengambil gambar TGNA dari jarak dekat.







Kami juga mengambil peluang mengenali berbagai2 jenis buah2an kampung atau yang tumbuh liar di hutan. Karnival sebegini memberi peluang kepada generasi muda menambah ilmu dan menanam minat untuk bertani atau menternak. Ada antara buah2an yang dipamerkan yang kami langsung tidak pernah melihat, mendengar apatah lagi memakan! Berbagai pertandingan juga diadakan untuk petani bagi memperlihatkan hasil tanaman mereka. Berbagai jenis sayuran dan buah2an yang memang terlebih baja kerana saiz yang luarbiasa. Untuk pelajar2 sekolah, mereka mempertaruhkan bakat dalam seni menghias akuarium dan membuat model lanskap. Hasil yang ditunjukkan amat hebat dan ternyata mereka amat kreatif.


































Setelah puas melihat pokok2 and buah2an yang sihat dan segar, kami beredar ke tapak pameran berhawa dingin sambil melihat produk2 baru yang dihasilkan oleh ushawan2 tempatan disamping belajar mengenai jenis2 kayu di terdapat di Malaysia. Sekurang2nya pengetahuan kami mengenai alam semulajadi sedikit sebanyak bertambah dengan kunjungan kami ke sini. Konsep Bersatu Satu Ibadah yang diperkenalkan TGNA pada tahun 2009 ternyata mendekatkan lagi kita kepada Islam dalam menilai ibadah dan kepentingannya dalam kehidupan. Mungkin is lebih baik dari konsep 1Malaysia, waullahu a'lam.

















Kami sempat singgah di Cafe The Red Warriors yang terletak bersebelah Perdana Specialist bagi menghilangkan dahaga setelah hampir 2 jam menghabiskan masa di tapak pameran.

2 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

DadaIQ said...

Salam,
Terimakasih kerana sudi singgah di blog kami yang tak seberapa. Berkesempatan singgah di blog Aku Sebutir Pasir, satu pengembaraan yang hebat. Jauh perjalanan luas pemandangan.


Like TLG facebook @That Little Gerai in AU5