Tahun ini kami tidak menempah baju raya sedondon dek kesuntukan masa. Jadi kami sepakat untuk memakai jubah putih bagi kaum adam dan abaya hitam untuk kaum hawa. Adik pula siap dengan serban ala Pak Arab! Kami juga sempat ke Ampang Park membeli beberapa jenis biskut raya, muruku dan kacang untuk diagihkan ke Gombak, Bukit Indah dan Kuala Krai. Sememangnya menjadi rutin kami untuk membeli semua makanan dalam empat paket berasingan. Ibu ada menempah kek carrot walnut dan lemon untuk dibawa pulang kerana kami beraya di Kuala Krai pada tahun ini. Dan kek lemon dijadikan kek harijadi Farisya yang kedua yang jatuh pada hari raya pertama. Pada pagi raya setelah selesai bersalaman, kami berkunjung ke rumah Dr Abdul Basit, pembimbing kami semasa mengerjakan haji. Terasa seperti berada di negara Arab kerana rumah Dr Basit dihiasi kerusi ala arab yang dibawa dari Madinah.
Sepanjang ramadhan, kami banyak berbuka di TLG. Nenak seperti biasa akan memasak juadah berbuka dan kami akan berbuka bersama2 TLG crew dan Tok dan Tok Wan setelah semua pelanggan berbuka puasa. Abah akan berterawih di surau di rumah dan Ibu pula di surau berdekatan TLG. Tahun ini kami langsung tidak berbuka di luar kerana tidak berkesempatan. Ibu sibuk menguruskan tempahan berbuka di TLG yang hampir penuh setiap hari selepas seminggu berpuasa. Alhamdulillah, walaupun baru beroperasi 2 minggu sebelum puasa, sambutan begitu memberangsangkan dan kami sangat terharu. Terimakasih kepada semua pelanggan TLG, saudara mara dan rakan2 yang memberi sokongan padu kepada kami.
Puasa dan raya tahun ini Kakak dan Abang berpeluang keluar TV. Kakak dalam Dokumentari Syahadah yang diterbitkan oleh RTM di TV1 yang tersiar pada hari Ahad, 14Ogos 2011 pada jam 6.30 petang. Penggambarannya telah dilakukan lebih awal. Kami tidak berpeluang menonton kerana tidak mengetahui tarikh yang sebenar. Abang pula terpilih untuk bertakbir dengan Yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan di Istana Negara bersama rakan2 IQKL pada hari kedua ramadhan dan takbir tersebut tersiar pada malam raya di TV9. Adik lain pula ceritanya. Dia terpilih untuk iklan Maxis bersama Dato' Lee Chong Wei pada 18 Ogos 2011 tetapi dibatalkan pada saat akhir kerana kekalahan Chong Wei pada Kejohonan Badminton Dunia (London) 2011. Adik memang kecewa sebab dia dah pun beli kasut "Power"!
Raya tahun ini kami banyak menghabiskan masa di rumah dan menziarah saudara-mara yang sakit dan uzur. Kami juga tidak mengadakan rumah terbuka tetapi menerima tetamu yang sudi menjengah ke rumah kami. Kami terharu dengan kunjungan dari kawan lama Abah, Adam sekeluarga. Walaupun sukar bergerak kerana lumpuh, tapi masih sudi datang beraya di rumah. Kami lebih suka melayan tetamu yang datang begini, boleh berbual panjang kerana jarang2 sekali berjumpa. kami juga menerima kunjungan dari Catz, seorang blogger yang kami kenali melalui Uncle yang banyak membantu mempromosikan TLG. Catz ada menulis mengenai kunjungan raya di laman blognya dia http://catzscafe1.blogspot.com/2011/09/jamuan-rayaterima-kasih.html
Syawal kali ini walaupun disertai dengan sambutan kemerdekaan negara yang 54 tidak meriah seperti tahun2 yang lalu. Tema hari kemerdekaan yang dahulu sentiasa dalam ingatan setiap kali sambutan kemerdekaan tidak lagi kedengaran. Malah seperti sudah hilang signifikannya. Berapa ramai rakyat yang masih ingat akan tema tahun ini "1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Terimakasih pada google and internet yang membolehkan kita mendapatkan maklumat melalui carian. Mungkin juga rakyat sudah bosan dengan perkataan 1Malaysia yang ada dimana2 dan menjadi perkataan wajib masa kini.
Sambutan Raya Merdeka kami sudah selesai tetapi cerita Syawal kami masih belum berakhir....
No comments:
Post a Comment